Bab 15 : HANYA TINGGAL JANJI

518 28 6
                                    

Keesokan harinya,

Erika memandang papan putih dengan fikiran yang kosong. Sungguh dia tidak ada mood untuk bercakap.

Anisa hanya memandang simpati ke arahnya. Pada pagi tadi, Erika telah menceritakan segalanya yang telah berlaku. Siapa yang suka kehidupannya dikongkong, tambahan pula soal hati dan perasaan.

" Wei Erika, lepas habis class, kita makan baskin robin's nak tak? Aku belanja kalini," Anisa cuba untuk menceriakannya.

" Thanks, but sorry I'm not hungry," jawab Erika lemah.

Selepas habis sahaja kelas, dia terus meninggalkan Anisa dengan alasan ingin bersiap awal. Sebenarnya, dia ingin melepaskan beban di kepalanya itu. Dia tidak mahu, Anisa terbeban dengan masalah peribadinya sendiri.

Baru sahaja hendak menaiki anak tangga, dia telah dilanggar seseorang dengan kasar sehingga tersungkur.

" Apa masalah kau ni? Jalan tak guna mata ke hah?" Tengking lelaki yang melanggarnya tadi.

" Siapa yang tak guna mata ni?" Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Namun amarahnya berubah kepada mendung. Dia tidak mampu melihat anak mata pemilik suara itu.

Xander pula sudah kaku apabila menyedari mata Erika yang semakin memerah. Lidahnya kelu dan timbul rasa bersalah. Xander sengaja ingin mencari masalah dengan Erika. Namun lain pula yang Jadinya.

" Maafkan saya..." pinta Erika perlahan sambil menunduk.

Erika yang sudah tidak tahan lagi terus berlari menaiki anak tangga.

...

Erika hanya termenung jauh sambil memandang hampir seluruh kawasan Kuala Lumpur dari atas bumbung itu.

" Kau memang suka lepak dekat sini ke?" Suara tersebut mengejutkan Erika.

Dengan serta merta dia terus berpusing ke belakang.

" Awak bu...buat apa dekat sini?" Soal Erika

" Awak?" Soal Xander hairan pula lalu tersenyum sinis.

" Ermmm-"

" Saya saja nak ambil angin dekat sini..." Xander menghampirinya.

" Ouhh... kalau macam tu sa...saya balik dululah. Bye..." Erika meminta pamitan tanpa memandang mata Xander dan terus bergegas untuk turun.

" Tunggu!" Langkah Erika dengan serta merta berhenti. Xander pula laju sahaja berjalan ke arah Erika dan menghadapnya

" Saya minta maaf tentang apa yang terjadi sebelum ni," Erika terus mengangkat wajahnya dan tersenyum nipis.

" Baiklah saya maafkan," Jawab Erika sepatah lalu meninggalkan Xander terlebih dahulu.

" Erika" Panggil Xander.

" Ya?"

" Bye..." kata Xander dengan senyuman manis.

" Bye..."

...

" Tok! Tok! Tok! Assalamualaikum..." Pintu rumah Agam Erika diketuk dan Puan Sri Marissa sendiri yang membuka pintu itu. Kemudian, kedua-dua mereka berpelukan erat.

" Lama akak tak jumpa kau Marissa. Rindu sangat... Tambah-tambah dengan Erika. Mana dia? " soal tetamunya itu.

Sejurus itu, Erika turun dengan memakai dress labuh berwarna biru cair. Sungguh memukau pandangan semua yang berada di situ.

" Ya Allah... Cantiknya kamu Erika! Ingat Mak Long lagi tak?" soal Wanita yang kalihatan agak tua dari mamanya. Erika hanya tersenyum dan mereka semua duduk berkumpul di ruang tamu.

" Maaflah, dia tak dapat hadir hari ni. Katanya ada hal penting dekat luar," Kata wanita yang digelar Mak Long itu.

" Alaa... Tak pelah akak. Tapi Erika tak bolehlah jumpa dia, dulu kalau jumpa tu selalu duduk dengan dia jer... "

" Tapi Erika selalu kena buli dengan dia... kesian akak tengok. Hahaha!" Semua orang ketawa tetapi Erika hanya tersenyum hambar. Siapa laki tupun dia dah tak ingat.

Di Taman,

Xander mundar-mandir di taman itu menunggu kehadiran Erika. Sesekali, dia akan melihat jam tanggannya dan sekotak kecil berwarna hitam yang comel diikat dengan reben merah jambu.

" Manalah awak ni? Dahlah saya tak ada number phone awak... "

Sesudah dua jam menunggu, dia mengambil sekeping kertas dan sebatang pen dari dalam kereta.

...

Erika semakin bosan mendengar perbualan kedua orang wanita di hadapannya itu.

Dia melihat ke arah jam dinding yang kini menandakan pukul 10:30 malam.

Erika's POV

" Haih... Apalah nasib aku ni... Dahlah terpaksa tak jumpa Xander. Huaaa!! Dari mula jumpa, lepas dinner sampai sekarang tak habis-habis lagi,"

" Dahlah aku kena bersiap cantik-cantik malam-malam ni. Last-last dia tu tak datang pun. Hampeh! Sakit hati aku,"

Lama Erika melamun sehinggalah tetamu mereka ingin pulang.

" Okaylah Erika, Mak Long balik dulu yer sayang... Maaflah Ariq tak dapat datang. Kamu mesti rindu diakan?" Erika hanya tersenyum manis lalu menyalam tangan Mak Long.

" Ehh! nama laki tu Ariq ke?" Erika mengingat kembali nama yang disebut oleh Mak Longnya tadi dan terus bergegas naik ke atas.

" Ya Allah... Tengok anak you tu.. " kata Puan Sri Marissa menggeleng.

Erika tergesa-gesa bersiap. Harapannya agar Xander masih berada di sana. Tambahan pula selepas mendengar nama Ariq tadi dia semakin yakin bahawa lelaki itu dia Xander.

Dengan berhati-hati dia keluar dari rumah seperti biasa melalui pintu belakang.

...

Erika berlari sekuat hati ke taman itu. Namun tiada sesiapa lagi. Erika menilik jam tangannya.

" Haihh... Dah pukul 11:00 malam. Mestilah dia dah balik, " Erika mengeluh sendiri lalu duduk di tempat dimana mereka selalu bersama.

Di atas sebuah bangku panjang matanya tertancap pada sebuah kotak kecil dan sekeping kertas.

To be continued...

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now