Bab 77 : TIPS MEMIKAT SUAMI

713 21 0
                                    

Erika menggigit bibirnya dengan debaran di hati. Ditelek penampilannya pada cermin berkali-kali.

" Betul ker apa yang aku nak buat ni?" Gumam Erika sendiri. Berhias di hadapan suami? Itulah yang ingin dilakukannya pada hari itu. Dari Mana dia dapat idea ni? Daripada keluarga moyang belah sepupu dia, Pak Cik GOOGLE!!

Jam dinding dikerling sedikit. Lagi 30 minit Xander akan pulang dari kerja dan dia akan menjadi orang pertama yang menyambut kepulangan suami tercinta! Dengan ini bermulalah misi pentingnya, 'Misi Memikat Suami'!!

30 minit kemudian,

Seperti yang dijangka, dari luar rumah sudah kedengaran ngauman kereta Lamborghini milik Xander.

Masuk sahaja Xander ke dalam rumah, terus sahaja Erika menyambut kepulangan lelaki itu dengan senyuman manis.

" Abang dah makan ker?" Soal Erika mengambil beg bimbit dari tangan Xander. Xander pula memandang tingkah laku Erika hairan.

" Belum" Mulutnya terkunci apabila memandang Erika dari atas ke bawah. Ada majlis apa-apa ker?

" Kenapa pakai macamni?" Soal Xander menginginkan kepastian. Erika pula sudah berdiri kaku bagaikan patung cendana. Cantiknya!

" Okay tak saya pakai macamni?" Soal Erika dengan wajah polos. Tink!! Muncul  idea bernas nak menguji Erika.

" Tak, kau buang tabiat ker pakai macamni?" Perli Xander dengan sarkastik. Prakk!

Ada siapa-siapa dengar benda berkecai tak? Tolong sat kutip hati Erika yang bersepah atas lantai sekarangni, kesian hamba Allah tu. Niat nak berlawa sekarang lain pula jadinya.

Kerana terasa dengan cakap lepas Xander, terus sahaja mata Erika berkaca. Namun kali ini biarlah dia beralah. Mungkin Xander tak boleh nak maafkan dia lagi, dia terima.

" Abang tak makan lagikan tadi? Jom kita makan sekali saya ada masak lauk favorite abang harini." Tanpa sebarang amaran, dia memaut lengan Xander dan membawa suaminya itu ke meja makan.

Ahli keluarga yang lain sekadar menjadi pemerhati sahaja. Diorang tahu Erika cuba nak tambat hati Xander balik. So kasi canlah sikit!

Keesokan harinya,

Xander mendecit geram sambil tangannya ligat mengikat tali leher. Kenapa dalam banyak-banyak hari, hari dia ada meeting pentinglah tie dia tak terbentuk kemas.

Setelah dia cuba mengikat tali leher buat kali yang ketiga, seseorang menarik bahu Xander sehingga dia terpusing ke belakang. Tanpa berkata apa-apa, laju sahaja tangan Erika mengikat tali leher Xander dengan cermat. Dalam masa itu, sempat Xander menilik setiap inci wajah bersih Erika. Fuh, macam bidadari!! Bini siapalah ni?

Erika yang menyedari kelakuan lelaki itu hanya membiarkan sahaja. Memang niat dia nakkan perhatian, jadi ni salah satu taktik nak cucuk jarumlah!

" Siap..." Kata Erika mengukir senyuman lalu menepuk dada bidang Xander lembut.

" Eherm! Aku pergi dulu. Jangan pergi mana-mana pulak harini." Ujar Xander melarikan pandangannya.

Erika yang mendengarnya hanya tersenyum nipis. Aku, itulah bahasa yang akan keluar dari mulut Xander bila dia marah atau benci.

Erika setia mengiringi Xander dari dalam bilik, sarapan hinggalah keluar dari pintu rumah. Setiap kali Xander hendak keluar ke mana-mana terutamanya ke pejabat, Erika akan menyalam dan memohon maaf kepada suaminya walaupun lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.

...

" Sampai bila dia nak dingin dengan aku? Dah dua minggu aku layan dia macam raja. Mintak maaf berhari-hari, semua tips yang aku buat ikut Pak Cik Google tu semua bagai mencurah air ke daun keladi." Keluh Erika meluahkan segalanya pada sahabat baiknya itu melalui telefon bimbitnya.

" Alahh...baru dua minggu, kau sabar jer dulu." Anisa tersengih sendiri mendengar luahan dari Erika Airien.

" Yelah, kau senang ker cakap. Aku yang menaggungnya. Nak tunggu berapa lama lagi?" Semua idea gila ni cadangan Si Anisa tulah. Dia yang kena tebalkan muka setiap kali buat perkara yang dianggap buang tabiat oleh Xander.

" Lagi sebulan confirm berjaya." Jawab Anisa yakin.

" Sebulan?!" Hmm eloklah dia habis bersalin dulu baru nak berbaik.

" Hmmm takpelah wei, aku akan usaha selagi mampu. Bye Assalamualaikum..." Erika mematikan telefon setelah Anisa menjawab salamnya. Betul jugak kata Anisa tu, baru dua minggu memang susah 

Xander yang baru sahaja pulang ke rumah masuk dengan berhati-hati. Tidak mahu kejutkan sesiapa yang sudah tidur, yelah dia tiba-tiba kena jumpa client penting sampai pukul 12 malam. Disebabkan tempat perjumpaan mereka mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke rumah. Kini jarum jam sudah menginjak ke pukul 1 pagi.

Baru sahaja dia ingin menaiki tingkat atas, susuk tubuh seseorang di atas sofa diperhatinya lama dalam keadaan malap. Sofa di ruang tamu didekati dengan rasa sangsi.

Erika yang terbaring di atas sofa ditenung Xander lama. Xander menyelit rambut Erika yang sedikit terjurai ke belakang teling. Senyuman bahagia terpancar pada wajah Xander ketika itu. Tidak disangka isterinya itu sanggup menunggu kepulangannya sehingga lewat malam begini.

Baru sahaja Xander ingin mengangkat Erika, telefon Erika pula terjatuh di atas lantai. Laman web yang terpapar pada screen menarik perhatian Xander untuk mengambilnya.

Tips Memikat Suami

1. Mengambil berat tentang penampilan suami
2. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias di hadapan suami
3. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan
4. Jangan kuat merajuk
5.Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran.
6. Air tangan isteri pengikat selera suami
7. Manja tetapi bukan mengada-ngada

Xander ketawa sendiri setelah membaca 7 tips Memikat Suami yang dicari Erika sampai ke google.

" Haihh...comelnya isteri aku ni. Sayang tak perlu pun bersusah payah buat semuani." Ujar Xander perlahan sambil menyentuh pipi Erika lembut agar si dia tidak terjaga.

" Abang dah lama maafkan sayang..."

To be continued...

Comments and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now