Erika tercari-cari Xander yang tiba-tiba menghilang selepas sarapan pagi tadi.
Ketika Erika masuk ke dalam bilik, dia terpegun melihat keindahan pagi yang indah. Dia terus menapak ke luar sliding door." Eh, lama dah awak dekat sini?" Soal Erika apabila mendapati Xander sudah berdiri sambil melihat pemandangan dari luar balkoni.
" Bolehlah..."
" Saya nak tanya boleh?" Soal Erika kepada Xander.
" Tak boleh" jawab Xander selamba.
" Ishh! Tak kisahlah. Nak tanya juga."
" Habistu? Tak payahlah tanya boleh atau tak." Kata Xander mencubit hidung Erika geram.
" Sakitlah!" Marah Erika memuncung.
" Cepatlah, nak tanya apa?"
"Awak actually Ada berapa adik-beradik?"
" Tiga"
" Eh, lagi sorang siapa?"
" Adik lelaki saya yang nombor dua. Alisa bongsu."
" Adik awak yang lelaki tu nama apa?"
" Arif Xaiden"
" Ouhh...seronoknya ada adik-beradikkan? Cemburunyaa" Ujar Erika tertunduk. Dari dulu dia nak ada adik-beradik. Tambahan pula dengan hidupnya yang tiada kawan melainkan Anisa.
" Alaa...Tak pe, sekarang awakkan ada Xarra yang sayangkan gila-gila tu. Naik menyampah saya tengok dia tergedik-gedik semalam." Kutuk Xander membuat reaksi geli.
" Ishhh! Awakni tak habis-habis nak mengata kat dia." Suatu ketika, mereka berdua menyepi.
" Sayang..." Soal Xander lembut sambil memeluknya dari belakang membuatkan Erika terpaku. Sayang???
" Ya?" Jawab Erika perlahan dengan jantung yang berdegup kencang.
" Nak honeymoon dekat mana eh?.." Ajak Xander laju.
" Sa...Saya tak kisah pun." Jawab Erika tersipu. Xander yang melihat reaksi Erika ketika itu tersenyum. Malulah tuu...
" I love you..." Bisik Xander dengan penuh romantik membuatkan Erika tersenyum kebahagiaan.
Erika mengubah posisinya berhadapan dengan Xander kini lalu memeluk lelaki itu erat dan melentokkan kepalanya pada dada bidang lelaki itu.
" I love you more..." Jawab Erika tanpa menyedari matanya sudah berkaca.
Sebenarnya dia takut kebahagiaannya akan dirampas kembali jika Xander mengetahui sejarah hitam mereka.
Tiba-tiba Erika teringatkan perbualan terakhirnya dengan Anisa semasa di majlis resepsi mereka semalam.
Flashbacks,
" Kau kena bagitahu Xander juga tentang pertemuan kau dengan dia enam tahun dulu."
" Untuk apa? Aku rasa dia tak perlu tahu kisah yang dia takkan ingat. Sebenarnya aku bersyukur dia amnesia." Erika menjawab tanpa berfikir panjang. Anisa pula menggeleng laju mendengar jawapan sahabatnya itu.
" Hmmm, aku hanya ingatkan kau untuk buat perkara yang betul Erika. Tapi jangan sampai satu hari Xander tahu kisah ni daripada mulut orang lain, rumah tangga kau bakal retak." Anisa keras mengingatkan Erika, dia tidak mahu gadis itu sakit seperti dulu.
" Sampai hati kau cakap macamtu..." Kata Erika agak kecewa. Dia tidak menyangka keputusannya tidak disokong oleh Anisa yang telah dianggapnya seperti daeah daging sendiri.
" Erika...Aku tak mendoakan semua itu berlaku. Aku cuma nak ingatkan kau tentang akibat yang akan ditanggung kalau kau bertindak mendiamkan diri."
" Dia dah jadi suami kau Erika...dia mesti tahu tentang semua ni. Jangan punahkan kepercayaan dia kepada kau. Sesungguhnya cinta tanpa kejujuran seperti cinta tanpa hati dan perasaan."
Anisa mengeluh perlahan melihat perubahan pada wajah Erika. Itulah kata-kata Anisa yang terakhir sebelum dia meninggalkan majlis resepsi mereka.
End Flashbacks.
" Isk..isk..." Tanpa disedari air mata Erika mengalir deras di dalam dakapan Xander.
" Hey sweetie...why are you crying?" Soal Xander risau sambil mengesat air mata Erika. Risau juga kalau kata-katanya membuatkan gadis itu terasa tanpa sedar.
" Don't leave me Xander..." Kata Erika perlahan sambil memeluk Xander erat namun masih dalam tangisan.
" I will never leave you... promise." Kata Xander Lalu mengucup ubun-ubun isterinya itu dengan penuh syahdu.
" Maafkan saya Xander..." Ucap Erika di dalam hatinya.
To be continued...
Apakah yang akan berlaku setelah mereka berdua ni berumah tangga eh? Kalau nak tahu sambunglah baca ceritani sampai ending. Sayonara!!
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romansa⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...