" Hello my friend!" Jerit Damian teruja kepada Xaiden, antara kawan sehati sejiwa di dalam kumpulan Vlad.
" Hello korang. Tak ada kerja ker?" Soal Xaiden apabila melihat hampir semua rakan-rakannya berada di ruang tamu rumah mereka.
" Hari ni kan hari minggu." Jawab Ryan mendatar sambil menonton rancangan kegemarannya Ajen Ali.
" Woi Ryan aku tahulah kau ni jenis lembut hati, tapi kau layan Ajen Ali?! Seriously?!" Soal Xaiden kurang percaya. Pelik benor perangai rakan-rakan abang sulungnya itu.
" Jangan kutuk cerita favorite aku eh! Mati kau pagi esok." Ryan memberi amaran keras kepada Xaiden dan akhirnya semua yang berada di situ membaling bantal secara serentak ke arah Ryan.
" Kau jangan nak tunjuk emo sangat eh. Sebab kaulah aku tak boleh marathon drama favorite aku." Aaron pula memarahi Ryan membuatkan semua memandang ke arahnya tajam. Damian dan Xaiden menepuk dahi melihat pergaduhan tidak berfaedah senior mereka itu.
Sebenarnya, sikap Xaiden dan Damian agak pendiam. Jika tiada perkara penting untuk dibincangkan, mereka lebih gemar menjadi pemerhati. Fuhh, ni mesti budak cemerlang ujian mendengar dulu ni.
"Mana Xander?" Soal Mark pula.
" Dia keluar jalan-jalan dengan kak ipar aku." Jawab Xaiden mendatar. Semua yang mendengar turut berdiam.
" Korang, kenapa aku rasa muka kak Erika tu familiar? Tapi aku tak ingat." Kata Xaiden mengenai kemushkilannya sejak bertemu dengan Erika lima hari lalu.
Pandangan semua bertemu tanda ada sesuatu yang tersembunyi.
" Erika tu sama batch dengan kami dan Xander. Erika dengan Xander pernah jumpa kot." Jawab Aaron acuh tak acuh. Namun Xaiden yang mendengar jawapan itu semakin tertarik untuk mengenali kakak iparnya.
" Wei, korang tak rasa pelik ker bila kita dah lama tak kena ganggu dengan musuh?" Soal seseorang membuatkan mereka semua membatu.
...
" Hai Anisa, long time no see." Sapa seseorang sewaktu di sebuah cafe.
" Kau nak apa kacau aku tiba-tiba ni?" Soal Anisa tanpa memandang wajah gadis di hadapannya itu.
" Bukannya apa, aku just kesian tengok kau sorang-sorang ni. Sejak Erika tak ada, kau mesti sunyi kan?" Gadis itu sengaja
" Aku rasa, kau tak perlu kesiankan aku. Sebab aku bahagia sangat dah dengan life aku sekarang. Kau boleh berambus." Kata Anisa meninggalkan perempuan tidak guna itu di situ. Kacau jer mood orang nak shopping.
Walaupun dia dan Erika sudah lama tidak bersua muka, setiap minggu Erika akan menghubunginya untuk bertanyakan khabar. Itulah yang membuatkan hubungan persahabatan mereka masih utuh sehingga kini.
Perempuan yang berada di dalam cafe itu pula tersenyum sinis melihat kepergian sahabat kepada musuh sejatinya itu. Teringat pula perbualan singkat di antara dia dan Erika di pejabat semalam.
Flashbacks,
" Hai Erika, lama tak berbual kan? Walaupun kita satu office." Sapa Lydia kepada Erika selepas waktu makan tengah hari.
" Kita tak berbual sebab tak ada benda nak dibualkan. Lagipun, kau bukan pernah nak berbaik dengan aku dari dulu." Tebak Erika malas melayan karenah nenek si bongkok tiga tu. Bukan author yang cakap tauu.. Erika yang cakap. Heheheh
" Alaa... benda dah lepaslah. Masih tak move on ker?"
" Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat aku?!" Soal Erika dingin.
" Kau ingat aku tak tahu masa Hari Kesenian Terbuka dulu, kau suruh Xander ikut aku kan?" Sinis Erika. Macam mana dia boleh tahu? Terima kasih kepada Anisa. Ternyata Lydia berada semasa semua kejadian tu berlaku.
" Hahaha...Tak sangka pula kau tahu. Tapi lagi aku tak sangka bila jodoh kau masih dengan dia sekarang." Erika menjeling Lydia tajam.
" Tapi, aku yakin sangat jodoh kau dengan dia takkan lama. Jadi bersedialah yer." Sinis Lydia meninggalkan Erika yang sudah terdiam di situ.
" Aku takkan biarkan kau rosakkan hubungan aku dengan Xander macam dulu." Kata Erika mengepal penumpuknya.
End Flashbacks.
Lydia memandang Anisa hingga gadis itu tidak kelihatan lagi lalu tersenyum kemenangan.
"Let's the game begin "
To be continued...
Mampukah Erika menyelamatkan rumah tangganya daripada gangguan si dia? Ini baru permulaan, sila sambung untuk tahu kesudahannya. Sayonara!!
Comments and vote okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romans⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...