Xander yang baru sahaja pulang dari pejabat terus naik ke atas untuk melihat keadaan isterinya.
" Assalamualaikum sayang...abang dah balik." Beritahu Xander sedang berdiri di hadapan pintu.
" Sayang dah makan?" Soal Xander lagi mengetuk pintu biliknya berkali-kali apabila tiada jawapan dari dalam. Terbit keluhan dibibir Ariq Xander buat sekian kalinya.
Dua minggu berlalu namun wajahnya langsung tidak ingin dipandang Erika.
Disebabkan itu, dia terpaksa tidur di bilik sebelah. Entah macam mana keadaan Erika sekarangni...
" Abang nak masuk boleh tak?" Soal Xander masih tidak berputus asa lalu tombol pintu dipulas namun ianya dikunci dari dalam.
Hampir lima minit Xander memanggil Erika dari luar, masih tiada perubahan juga. Tiba-tiba bahu Xander dipegang seseorang membuatkannya beralih.
" Ariq sabar yer. Biar Erika bertenang dulu. Dia dah makan tadi, mama nampak dia turun petang tadi. Ariq jangan risau.. mama dan Alisa akan tengok-tengokkan dia untuk kamu." Pujuk Puan Sri Melissa agar anak sulungnya berhenti memaksa diri.
Dia turut sedih dengan apa yang sedang menimpa rumah tangga mereka kerana puncanya daripada keluarganya sendiri. Keluarga yang mempunyai status mafia tanpa diketahui orang ramai. Dia berharap Xander dapat bertahan kali ini dan lebih bijak bertindak berbanding dulu.
Panggilan dari luar langsung tidak diendahkan Erika. Dia hanya menghabiskan masa termenung di dalam biliknya tolak waktu solat, makan dan tidur.
Sebaik sahaja dia dibenarkan discharged, dia dan Xander duduk di rumah Tan Sri Aryan. Xander masih tidak membenarkan dia untuk ke tempat kerja kerana risau jika ada yang mengganggunya lagi.
' Siapa nak ganggu dia lagi? Adrian kan dah mati kena bunuh dengan Xander.' itulah apa yang sentiasa dianggapnya kepada lelaki itu, jika ditanya kepada Xander tentang apa yang terjadi antaranya dengan Adrian Xander hanya diam tidak berkutik.
Sedang lama termenung, tiba-tiba tekaknya terasa inginkan benda yang manis. Sejurus itu, pintu biliknya diperhati lama..
" Nak keluar ke tak nak?" Gumamnya lama. Namun dia menidakkan keinginannya itu. Laju sahaja nombor seseorang didail dan tidak lama selepas itu panggilannya diangkat.
" Assalamualaikum Anisa."
...
" Erika ada tak?" Soal Anisa kepada Ariq Xander di hadapan pintu.
" Ada. Kenapa cari dia?" Soal Xander pula sambil mata memandang sebungkus plastik yang dipegang Anisa.
" Dia kirim barang sikit." Lepas jer Erika call dia tadi. Laju sahaja dia membawa apa yang dipinta, mengidam katanya.
" Okay..jom ikut aku naik atas." Xander mengiringi Anisa ke biliknya.
" Sayang..Anisa datang ni. Katanya nak kirim barang." Ujar Xander mengetuk pintu. Tidak lama kemudian pintu dibuka perlahan sejurus itu Anisa terus melangkah masuk. Baru sahaja Xander ingin melangkah masuk, pintu bilik ditutup Erika rapat.
" Takpe... saya takkan mengalah kalini." Gumam Xander dengan senyuman yang penuh bermakna.
Di dalam bilik Erika,
" Kau tak boleh nak maafkan Xander lagi ker Erika?" Soal Anisa sambil menyuapkan sesudu ais krim ke dalam mulutnya. Itulah yang Erika nak suruh beli sangat. Mengidam ais krim Oreo pulak tiba-tiba.
" Aku tak tahulah Anisa. Hati aku sakit sangat tengok muka dia tu.." Jawab Erika manahan sebak.
" Aku tak tahu macam mana nak lalui semua ni. Lepas satu, satu lagi masalah menimpa."
" Walaupun aku tak berumah tangga. Tapi aku faham sangat apa yang kau lalui sebelumni. Aku tahu sangat apa yang kau rasa. Tapi cuba kau fikirkan baby dalam perut kau ni. Kau ingat tak apa yang jadi dekat kau sebab stress sebelumni? Kalau Xander tahu apa yang jadi kat kau macamtu apa yang dia fikir?" Erika diam tidak berkutik. Tangannya hanya menyuapkan ais krim Oreo laju seperti tiada apa yang berlaku.
" Ish! Kau dengar ker tak apa yang aku cakapni?"
" Yer! Aku dengar. Nanti-nantilah aku fikir pasal tu. Bagi aku nikmati ais krim Oreo aku ni dulu please..."
" Yelah, tapi ingat pesanan aku ni. Dah berbuih mulut aku nasihatkan kau tahu tak? Jangan bazirkan air liur aku." Tegas Anisa lagi dengan gelengan.
" Baiklah Cik Anisa. Tapi boleh tak kau jangan habiskan ais krim aku ni? Kau belikan untuk aku ker untuk kau?" Sindir Erika pula menarik muka. Dari tadi geram jer dia tengok Anisa tak henti-henti suapkan ais krim tu dalam mulut dia.
" Heheheh...sorry-sorry."
" Kau macam mana sekarangni?" Soal Erika menukar topik.
" Aku? Macam biasalah, sibuk dengan kerja-"
" Bukan tu maksud aku, masalah family kau macam mana? Hutang Reza tu?" Potong Erika laju menghentikan perbuatan Anisa pula.
" Pasal tu dah settled. Kau tak payahlah nak fikirkan pasal tu. Selesaikan masalah kau jer sekarangni." Jawab Anisa cuba menenangkan sahabatnya itu. Sebenarnya masalah tu tak pernah selesai. Tapi biarlah dia yang selesaikan sendiri...
" Okaylah aku nak balik. Dah lama dah aku duduk sini." Anisa meminta pamitan.
" Alah...kau temanlah aku lama lagi." Erika menarik tangan Anisa sambil membuat wajah comel mintak simpati. Entahlah sejak dua menjak ni dia jadi manja terlebih pulak. Pembawakan budak agaknya...
" Tak boleh Erika. Esok aku kerja, sekarangni dah pukul 7:30 petang tahu tak? Nanti susah nak cari grab."
" Kenapa nak cari grab pulak?"
" Kereta aku problem semalam. Masih kat workshop. So nak pergi mana-mana kena buat macamni lah." Terang Anisa mula bangun dari katil.
" Hmmm...okaylah. Kau balik elok-elok tau. Dah sampai rumah call aku." Anisa hanya mengangguk lalu keluar dari bilik dan turun ke bawah.
" Dah nak balik ker?" Soal Xander setelah melihat Anisa berada di hadapan pintu.
" Yer... Saya balik dulu yerr."
" Sebelumtu, boleh kita bercakap sekejap?"
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...