Sejak Anisa melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Erika mula mengasingkan diri seperti dulu. Tambahan pula dengan masalah yang berlaku antaranya dengan Xander. Cuma kadang-kadang dia ada meluangkan masa dengan Adrian. Itu pun kalau dia di ajak.
Ika? Ika tidak menghilang. Erika masih keluar pada waktu malam. Namun nama Ika sudah lenyap, dia ingin menjadi diri sendiri. Tambahan pula kini Erika sudah mempunyai tempat untuk dituju setiap kali dia keluar malam.
" Woi jalan tengok depanlah!" Marah seseorang membuatkan Erika tersedar dari lamunan. Baru dia tersedar bahawa dia telah terlanggar seseorang.
" Ma-maafkan saya." Kata Erika menggelabah lalu cuba membersihkan baju Xander yang sudah basah bermandikan fresh orange.
" Ish tak payahlah! Menyusahkan aku jer perempuan ni." Marah Xander lagi dan tangan gadis itu ditepisnya kasar lalu beredar dari situ. Keluhan berat terbit di bibir Erika.
' Kenapa kau jadi macamni Erika?' Monolognya sendiri lalu melangkah keluar dari cafe. Hilang selera makannya melihat wajah dingin Xander.
'Sampai bila kau kena bertahan macamni Erika?' Soal hatinya menuju ke loker simpanan miliknya.
" Wei tengok tu kesian kan tak ada kawan." Kata seseorang memandang Erika sambil mentertawakannya.
" Tulah, dulu ada kawan. Sekarang dah lari gamaknya. Hahahah.."
Erika memasang telinga namun hanya berlagak biasa. Malas nak keruhkan keadaan, bukan puaskan hati pun.
Orang di sekelilingnya pula bercakap seolah-olah tiada siapa di situ. Padahal cakap macam nak bagi dengar satu Uni ni.
" Woi perempuan! Kau memang jenis tak ada maruah eh?" Sergah Lydia entah dari mana.
Erika pula berlagak biasa. Dalam hatinya hanya berdoa agar perempuan tidak guna itu tidak menganggagunya. Namun sangkaannya meleset apabila kepalanya ditunjal dan dikata pula orang OKU.
" Ish! Yang tiba-tiba naik hantu ni kenapa? Pms erk?" Sinis Erika sengaja ingin mengenakan perempuan gila anak saudagar penipu macam yang berada dihadapannya itu. Macam kenalkan gelaran tu??... Hahahah suka hati Authorlah nak gelarkan dia apapun.
" Huh, pandai menjawab dah eh? Tapi aku nak tanya kau sesuatu. Kau memang tak cukup lagi ke kekayaan yang kau dapat sekarangni sampai nak jual diri dekat lelaki kaya dalam U ni?" Di sekeliling mereka pada masa itu sudah mula dikerumuni orang ramai. Kumpulan mak cik bawang merahlah katakann...
" Apa maksud kau?" Soal Erika menahan sabarnya.
" Sedap tengkorak dia jer nak kata aku jual diri. Huh, perempuan tak sedar diri dasar hati hitam." Namun segalanya hanya dapat diluah di dalam hati.
Ketika itu Erika hanya mampu beristighfar sebelum dia bertindak tidak wajar." Yelah, mula-mula Xander, lepastu Adrian pula. Lepasni siapa? Semua kumpulan f4? Bukan kau dah kaya ker? Tak reti bersyukur ehh?" Sinis Lydia pedas.
" Macam pelacur!"
" Panggg!" Pipi kanan Lydia sudah memerah apabila menerima tamparan hebat daripada Erika.
" Kau jangan sewenang-wenang nak fitnah aku ya perempuan! Memang aku diam. Tapi kau dah buat aku hilang kesabaran dekat kau!" Jerkah Erika lalu menolak Lydia kasar namun Lydia sempat disambut oleh seseorang.
" Apa lagi masalah kau dengan dia ni hah perempuan?" Marah Xander kepada Erika.
" Kau tanya aku Xander? Sepatutnya kau tanya si Lydia ni! Apa masalah dia sampai perlu fitnah aku macamtu?" Marah Erika berang tambahan pula apabila Xander mula melebihkan Lydia daripadanya.
Lydia pula terus mula melakonkan watak perempuan melayu terakhir dihadapan Xander. Dasar hipokrit!!
" Aku tak rasa dia fitnah kaulah. Lainlah kau yang fitnah dia, aku tak terkejut." Sinis Xander membuatkan Erika terkedu sendiri.
Mimpi buruk apakah yang sedang berlaku sekarang ini?
Air mata Erika sudah mula bertakung. Dia tidak mampu malah tidak mahu bertikam lidah dengan orang yang dia tahu kini membencinya separuh mati.
" Apahal ni?" Celah Adrian pula setelah lama memerhatikan perang yang sedang berlaku di situ.
" Tak perlulah bergaduh macamni. Xander, kau tu sepatutnya perbaiki keadaan. Bukan mengeruhkan lagi keadaan dengan menyalahkan orang lain." Tegas Adrian lalu meminta agar semua yang berada di situ beredar.
" Arghh! Sudahlah kau." Jawab Xander kasar sebelum meninggalkan Adrian dan Erika di situ.
Adrian menggeleng mengenangkan sikap Xander yang semakin dingin dengan semua orang. Malah dia sudah mula menyendiri dan tidak selalu bergaul dengan sahabatnya yang lain termasuk Adrian.
Adrian cuba memandang ke arah gadis di sebelahnya. Ya, Erika menangis dan mungkin disebabkan oleh Xander.
Dia juga tidak faham dengan apa yang telah berlaku kepada mereka berdua. Apa yang berlaku antara Erika dan Xander sehingga lelaki itu membenci gadis itu sebegini rupa?
Adakah disebabkan hubungan dia dan Erika membuatkan Xander cemburu?
Ataupun ada sesuatu yang telah terjadi antara mereka yang dia tidak tahu.Dan dia mesti mengetahui perkara sebenar sebelum Ada diantara mereka yang memakan diri sendiri kerana ego masing-masing yang menggunung.
To be continued...
Comment please... Author perlu tahu apa pandangan readers tentang cerita ni...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romansa⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...