" Jadi, apa berita gembira yang kamu berdua nak beritahu kami ni? Sampai nak buat makan malam keluarga lagi," soal Puan Sri Melissa memandang anak dan menantunya silih berganti.
Erika dan Xander saling berpandangan sambil ketawa kecil. Wajah mereka berdua yang bercahaya menambahkan lagi rasa berkobar-kobar bagi semua yang berada di situ.
Bukan semua, Arif Xaiden masih belum pulang untuk makan malam kerana ada urusan yang belum diselesaikan di pejabat. Alisa Xarra pula sememangnya tidak berada di Malaysia.
Dia masih belum tamat pengajian terakhirnya di luar negara. Tinggal satu semester lagi sebelum dia dapat pulang ke tanah air. Xaiden juga baru sahaja tamat pengajiannya di luar negara beberapa bulan yang lalu.
Pelbagai juadah di atas meja makan dipandang dengan penuh sabar. Mereka sanggup menunggu semua ahli keluarga untuk berkumpul demi memberitahu khabar gembira buat semua.
Tambahan pula buat Puan Sri Melissa dan Tan Sri Aryan. Mereka berdua semestinya akan bertambah gembira sekiranya mendengar berita tentang kelahiran bakal cucu kedua mereka.
Nak buat macam mana, yang lagi dua orang tu belum berpunya. Dia dan Xander lah yang boleh menambah ahli baharu di dalam keluarga Tan Sri Aryan dan bakal pewaris empayar Vlad.
Harapan mereka kali ini dapatlah menimang cahaya mata lelaki.
Kenapa?Kerana Arif Xaiden tidak boleh mewarisi Empayar Vlad kerana statusnya yang masih sebagai anak angkat kepada Tan Sri Aryan dan Puan Sri Melissa. Itulah suatu perkara yang agak mengecewakan bagi semua. Terutamanya bagi Xander dan Xaiden.
Macam yang semua tahu, Xander sebenarnya terpaksa merangkul tanggungjawab sebagai ketua mafia Empayar Vlad. Antara kumpulan mafia yang terbesar dan berpengaruh di seluruh dunia.
Walaupun Xaiden yang lebih berminat di dalam hal sebegini, mereka berdua perlu berkorban kerana syarat yang diletakkan oleh datuk kepada Xander atau lebih dikenali sebagai Black.
Walaupun Xander sudah rasmi menjadi ketua mafia kepada empayar milenia itu, dia tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah tradisi keluarga sejak berkurun lamanya. Jika dia bertindak sesuka hati, tidak mustahil pertumpahan darah akan berlaku di dalam keluarga itu.
Dia hanya boleh memerintah dengan aman jika Black sudah meninggal dunia. Bukanlah berharap, tapi mungkin itu sahaja cara yang selamat dan tidak menimbulkan masalah bagi semua pihak. Pemerintahan baharu, undang-undang baharu.
30 minit sudah berlalu, namun kelibat Arif Xaiden masih belum kelihatan. Dapat dirasakan suasana di antara mereka yang mula tegang tambahan pula Puan Sri Melissa.
" Mama... Irene laparlah. Bila kita nak makan ni?" soal Zalikha Irene atau lebih tepatnya merengek.
" Sabar yer sayang, Kita tunggu papa Xaiden balik makan sama-sama," pujuk Erika bermain dengan rambut puteri sulungnya.
" Ariq, kalau Arif lambat lagi nak balik, kita teruskan jelah. Janji nak balik setengah jam lepas. Sekarang dah pukul berapa batang hidung langsung tak nampak," Puan Sri Melissa mula bersuara namun agak keras kali ini. Yelah, makan malam keluarga ni memang jarang dibuat kerana kekangan masa.
" Kamu semua makanlah, mama nak naik atas. Dah kenyang," semua yang berada di situ sudah berubah riak. Terutamanya Xander dan Erika. Ya, Puan Sri Melissa sudah berkecil hati. Biasalah, hati orang berumur ni sensitif sikit, pandai-pandailah memujuknya.
Itulah, tengah elok suasana gembira tadi begini pula jadinya. Semua sebab menunggu Si Arif Xaiden yang bertuah tu.
Siapa suruh tak siapkan kerja awal-awal? Inilah padahnya kerana tabiat suka menangguh kerja. Hah, kan dah dapat ceramah free...
" Kau ingatkan dia tak tadi?" soal Xander kepada Damian yang berada di hadapannya.
" Dah, aku dah ingatkan dia awal-awal. Tadi sembang 15 minit jer, sekarang dah dekat sejam menunggu, Tak nampak batang hidung pun,"
" Abang call lah dia pula. Suruh dia balik sekarang juga," pinta Erika agak mendesak. Xander mengeluh berat sebelum meninggalkan meja makan.
'Memang menyusahkanlah dia tu' monolog Xander dingin sebelum mendail nombor Arif Xaiden untuk menanyakan keberadaannya ketika itu.
Setelah lima minit berlalu, Xander kembali mengambil tempat di hadapan meja majan. Semua sudah memandang Xander untuk tahu kesudahan perbualannya dengan adik keduanya Xaiden.
" Arif dah on the way balik ke rumah," beritahu Xander ringkas.
" Sayang tunggu dengan diorang sekejap yer, abang pergi pujuk mama," ujar Xander kepada Erika pula dan Erika hanya mengangguk. Suasana kembali sepi di meja makan.
' Xaiden tolonglah balik secepat yang mungkin, berita ni takkan jadi berita gembira dengan suasana macam ni,' monolog Erika memandang pintu rumah mereka dengan penuh pengharapan.
Mereka memang nak ahli keluarga menjadi orang kedua tahu tentang ni. Sedangkan Anisa pun dia belum beritahu, dia nak betsemuka sendiri esok. Semoga rencananya dengan Xander mengumpul semua di sini berjalan seperti yang diharapkan.
The End...
Kenapa penghabisan dia macamni? Kalau nak tahu, korang kenalah sambung baca buku 2 saya [My Love, My Life]. Sebab kedua-dua special chapter ni berlaku masa buku 2 sedang berjalan. Maaf sebab ambil masa yang agak lama untuk habiskan special chapter ni. Sorry jugak kalau ending special chapter ni membosankan.
Tujuan special Chapter 2 ni dibuat pun untuk ceritakan kesinambungan kisah Ariq Xander dengan Erika ni dalam buku 2 yang sedang berjalan sekarangni. Harap tak menghampakan semua yer. Harapan saya jugak, Semoga korang berminat nak sambung baca buku 2 author. Kisah Arif Xaiden dengan Anisa Fazira. Nanti korang akan faham kenapa special Chapter 2 ni dibuat lepas korang baca buku 2 saya yerr...
Ribuan terima kasih di atas sokongan semua yer...
Min'na Daisuki❤😍
Sayonara!✨
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...