" Macam mana boleh jadi macamni Erika?" Soal Puan Sri Melissa risau. Tidak lama selepas Dr. Farah tiba di rumah mereka, Erika menelefon ahli keluarga Xander yang lain untuk memberitahu keadaan suaminya itu. Sejurus itu, mereka sekeluarga berangkat ke penthouse milik Xander dan Erika.
" Dia tanya tentang kisah silam dia dekat Erika." Kata Erika menahan air mata. Mendengar penjelasan Erika membuatkan yang lain memandangnya pelik.
" Erika tahu ker tentang kisah silam Xander?" Soal Tan Sri Aryan hairan. Setahu mereka Xander dan Erika menjadi peguam Xander semasa kes pecah amanah syarikat mereka dahulu.
" Se...sebenarnya Erika dah lama kenal dia papa. Masa di UM." Jawab Erika menelan liur pahit. Manakala yang lain sudah terkejut mendengar jawapan Erika. Xaiden memandang tajam ke arah wajah pucat Erika.
" Dan ada perkara yang Erika nak berterus terang tentang hubungan saya dengan Xander dulu." Kata Erika setelah lama berdiam dengan takungan air mata. Dia perlu berterus terang, rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk dia bersuara. Walaupun hubungannya dengan keluarga Xander akan retak atas perbuatannya dahulu.
...
" Jadi kaulah perempuan tu?! Perempuan yang dah merosakkan hidup abang aku?!" Tengking Arif ingin mendekati Erika namun sempat ditenangkan oleh Alisa.
" Erika minta maaf mama...papa...isk..isk.." pinta Erika dengan tangisan tanpa henti.
" Kau ingat bila kau minta maaf macamni ingatan Xander akan pulih?" Soal Arif sinis membuatkan hati Erika bagai disiat.
" Memang aku bodoh sebab buat macamtu dekat Xander. Tapi aku tak tinggalkan dia, dia yang tinggalkan aku! Dia tinggalkan aku kerana ego yang menggunung tu!
" Kau tak kenal aku Arif, kau tak tahu kisah sebenar pertemuan kami. Dan kau tak berhak menghukum kalau kau hanya nampak kesakitan yang ditanggung oleh Xander sedangkan kau tak tahu kecewa yang aku tanggung selama enam tahun kerana dia!!"
" Sudah!" Marah Tan Sri Aryan membuatkan semua terdiam.
" Erika tak kisah kalau semua orang dalam rumah ni tak dapat terima Erika. Tapi tolong maafkan Erika dan...dan Erika takkan ganggu hi..hidup Xander lagi." Kata Erika menahan tangisan.
Tanpa rasa malu Erika terus melutut di hadapan ibu dan bapa mertuanya. Namun mereka berdua hanya berdiam. Yang lebih menyakitkan apabila Puan Sri Melissa langsung tidak mahu melihatnya, gadis separuh abad itu hanya mengalihkan pandangannya dengan linangan air mata. Kecewa mungkin.
Erika yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi terus berlari naik ke atas. Tanpa membuang masa, Erika mencapai sebuah beg bagasi lalu mengemas baju dan barang peribadinya.
Sebelum keluar dari bilik, Erika memerhati lama wajah Xander. Dia masih tidak menyedarkan diri. Namun wajahnya nampak tenang seperti sedang tidur. Tangan suaminya digenggam erat dan dia mencium kedua-dua belah pipi Xander dengan takungan air mata yang cuba ditahan dan tangan Xander dicium dicium lama.
Kemudian, dia menatap sebingkai gambar yang berada di atas meja di sisi katil mereka. Gambar perkahwinan mereka kelihatan sempurna walaupun bermula dari pilihan keluarga.
Gambar itu dicium dan dipeluk lama sebelum matanya beralih semula ke arah Xander.
" Saya cintakan awak Xander. Halalkan makan minum saya disini dan ampunkan dosa saya dari hujung rambut sampai hujung kaki... Izinkan saya pergi yer, Insya Allah selepas saya dapat menenangkan diri, saya sendiri yang akan mencari awak Xander. Saya janji..."
Kenapa dia berjanji untuk kembali? Kerana separuh hatinya ditinggalkan di sini untuk menemani Xander. Dia sedar tindakannya yang melulu akan mengecewakan lelaki itu, tetapi dia belum kuat untuk menempuh dugaan itu seorang diri.
Tambahan pula jika orang yang menentangnya ialah Xander sendiri. Sejujurnya dia takut kerana dia tahu kepercayaan Xander padanya sekali lagi akan dikhianati.
Tanpa membuang masa, air matanya dikesat perlahan lalu dia mencapai beg bagasinya ingin keluar. Tiba-tiba tangannya digenggam kuat oleh Xander menghentikan langkahnya.
" Kau nak pergi mana?" Erika terus mengalihkan pandangannya ke arah Xander. Ya, lelaki itu sudah sedar. Namun pandangan Xander masih tajam kepadanya. Mungkin masih terasa dengan hal sebelum ini. Dia harus keluar dari tempat itu. Dia harus mencari ketenangan sendiri dan dia yakin Xander juga.
Erika meleraikan pegangan Xander perlahan dan melulu keluar dan turun ke tingkat bawah bersama beg tariknya tanpa berkata apa-apa. Xander yang terkejut dengan tindakan Erika terus mengejar gadis itu laju walaupun dalam keadaan yang belum stabil.
Xander betambah hairan dan kecewa apabila tiada sesiapa yang ingin menghalang Erika daripada meninggalkan rumah itu.
" Jangan cari saya." Itulah kata-kata Erika yang terakhir sebelum dia meninggalkan rumah agam itu dengan rasa bersalah. Xander yang tidak mampu bertahan lagi terus mengalirkan air matanya. Kerana rasa kecewa dan marahnya yang masih belum reda, dia hanya mampu melihat kepergian gadis itu sekali lagi tanpa berbuat apa-apa.
" Kau lari lagi Erika?"
To be continued...
Comments and vote okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...