Bab 33 : TANDA TERIMA KASIH

481 27 1
                                    

" Tok! Tok! Tok!" Pintu pejabat Erika diketuk dari arah luar.

" Masuk!"

Setelah itu terpancul lah wajah Nadia yang sedang tersenyum manis ke arah Erika semanis kayu manis. Ehh kayu manis manis ker? Lantaklah author punya cite.

" Ada apa?" Soal Erika pelik. Dah kenapa dia senyum macam tu?

" Ada orang nak jumpa Cik Erika sekarang."

" Ouhh client?"

" Yess.."

" Panggil dia masuk." Kata Erika lalu mengemas sedikit mejanya yang dipenuhi fail. Takkan nak bagi client tengok pejabat penguam terhebat macam tong sampah kann. Hahagagaga!!

" Assalamualaikum Cik Erika."

" Waalaikumsalam..." Jawab Erika lalu melihat pemilik suara di hadapannya itu.

" Awak sibuk ker?" Soalan itu dibiar sepi malah Erika sengaja melarikan pandangannya ke arah lain.

" Saya tak sibuk kalau Tuan Ariq ada perkara penting nak dibincangkan."

" Okay...saya sebenarnya ke sini untuk ucapkan terima kasih sebab berjaya selesaikan kes saya sebelumni."

" Baiklah, sama-sama. Lagipun saya memang ditugaskan untuk membebaskan anak guam saya." Balas Erika pantas tanpa reaksi.

" Ada apa-apa lagi ker?" Soal Erika sedikit memerli.

" Kalau saya nak ajak awak lunch tanda terima kasih boleh?" Mendengar pertanyaan itu membuatkan Erika sangsi dengan sikap lelaki itu. Apahal baik sangat ni? Dia dah lupa kisah sebelumni ker? Ataupun dia nak balas dendam?!

Pada masa yang sama, Erika mula terbayang situasi dia terminum air yang beracun mati dalam keadaan melihat Xander ketawa terbahak-bahak kepadanya. Fuhhhh serammmm....

" Cik Erika?!" Panggil Xander kuat menghentikan lamunannya.

" Are you okay?"

" Sorry-sorry...I'm okay. Tapi saya rasa Tuan Ariq lupakan jelah tentang nak belanja saya lunch tu. Rasanya saya tak sempat untuk lunch harini. Banyak lagi kerja perlu disiapkan. Jadi silakan..." Jelas Erika sambil menunjukkn ke arah pintu pejabatnya dengan senyuman.

" Ouhh okay... Kalau macamtu, esok awak free-"

" TAK!" Pintas Erika agak kuat mengharapkan Xander mengalah sahaja.

" Kalau macamtu, saya datang hari lain. This is my card, you can call me anytime okay?" Kad yang dihulurkan hanya dipandang Erika kosong sehingga Xander sendiri meletakkan kad itu me atas meja Erika.

" See you next time okay, bye..." Kata Xander dengan senyuman yang mampu mencairkan hati gadis di dunia ini.

Selepas sahaja Xander melangkah keluar dari biliknya, Erika terus melihat kad di atas mejanya itu.

Tuan Ariq bin Tan Sri Aryan

" Ehh kenapa tak ada nama Xander?" Berkerut kening Erika dibuatnya.

"Arghh, lantaklah, kisah apa aku?"

Waktu lunch...

Erika yang baru sahaja ingin keluar dari pejabatnya terkejut apabila melihat kereta BMW milik Xander yang elok terparkir di hadapan bangunan pejabat mereka.

Tak semena Erika terpaksa masuk ke dalam pejabat semula sambil mata memerhati ke arah Tuan punya kereta tersebut.

" Aduhhh, apa dia buat lagi dekat sini?" Keluh Erika sendiri sesekali menjengok ke arah luar tingkap.

" Tunggu aku sampai lunch ker?" Tak mungkinlah..." Nafi Erika yang sudah mati akal.

" Ataupun dia tahu yang aku tipu dia. So dia sengaja nak kenakan aku. Jadi Aku tak boleh keluar lah ni?!!"

" Apa yang Cik Erika tengok tu?"

" Oh awek aku!!" Melatah Erika selepas ditegur secara mengejut oleh salah seorang rakan sepejabatnya.

" Hah?! Mana-mana?" Soal gadis itu sambil mata ingin melihat ke arah luar tingkap.

" Ehh! Tak ada apalah. Awak tak makan ker?" Soal Erika menukar topik.

" Nak pergi makanlah ni. Cik Erika Tak makan?"

" Saya puasa harini..." Kata Erika tersenyum kelat. Nak makan... Uwaaaaa!!

" Ouhh, kalau macamtu takpelah, saya pergi dulu. Hati-hati duduk sorang-sorang dalam pejabat ni."

" Okay... bye-bye" kata Erika lalu melambai gadis itu laju.

"Ishhh!! Tak gunalah dia tu! annoying  betul!" Sebal Erika sambil menuju ke bilik pantri mereka.

Nampaknya, makan biskut jelah harini...

To be continued...

Sorry sebab lama sangat tk update. Insya Allah author akan habiskan hujung bulan ni juga. Enjoy okay. Sayonara!

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now