" Wei Erika, aku nak balik kampung tau hujung minggu ni." Kata Anisa sewaktu di meja makan.
" Alaa...kau nak tinggal aku ker? Iskk..isk.."sengaja Erika mencebik membuatkan Anisa ketawa. Muka mintak penamporrr...
" Haah, kau duduklah sini sorang-sorang. Tapikan, kau pun lama tak balik rumah family kau kan?"
" Hmm...Aku sibuk sikitlah. Takpe bila-bila masa free aku baliklah bukan jauh sangat pun." Anisa hanya mengangguk mendengar jawapan Erika. Jelas terpamer wajah Erika yang berubah setelah mendengar tentang keluarganya. Seketika suasana menjadi sunyi.
" Okaylah, aku penat sikitlah harini. Nak tidur awal. Aku naik dulu eh?" Erika bangun dan segera menuju ke sinki dapur.
" Hmm okay. Goodnight."
Di dalam bilik Erika,
Erika hanya menyandar pada kepala katil. Serabut fikirannya mengenangkan permintaan ibunya untuk pulang ke rumah keluarganya hujung minggu ini. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak ingin melakukan kesilapan sekali lagi mengenai lelaki.
Tambahan pula lelaki yang tidak pernah dia kenal. Mungkinlah dia kenal. Tapi masa kecilnya sudah lama dia lupakan memandangkan memorinya dulu tidak seindah kanak-kanak lain.
Flashbacks,
" Kamu ingat sepupu kamu?" Soalan Puan Sri Marissa dibiar sepi. Terkejut Erika setelah mendengar pertanyaan sebegitu.
' Tolonglah bukan apa yang macam aku fikirkan' monolog Erika di dalam hatinya.
" Hujung minggu ni kamu akan bertunang." Laju saja mamanya berkata sebegitu.
" Apa! Kenapa macam terburu-buru sangat?"
" Apa yang terburu-burunya Erika? Usia kamu ni memang sampai masa untuk berumah tangga."
" Tapi kenapa tiba-tiba? Selepas senyap selama 6 tahun lamanya, tiba-tiba hujung minggu nak bertunang. Kenapa mama tak berbincang dulu dengan Erika?"
" Bukan ker kamu yang setuju sebelumni?"
" Erika tak pernah setuju. Sebelumni Erika hanya mengikut telunjuk mama saja. Tapi takkanlah mengenai masa depan saya pun kena diaturkan?" Bentak Erika lupa sebentar adabnya sebagai seorang anak.
" Baiklah kalau itu yang kamu nak, dalam masa seminggu, kamu kena bawa balik bakal suami kamu. Kalau mama suka, mama sendiri akan batalkan semua perancangan sebelumni. Boleh?" Cabar Puan Sri Marissa sinis. Dia tahu rancangannya akan berjaya.
" Baik, kalau itu yang mama nak." Jawab Erika tanpa berfikir panjang lalu mematikan panggilan begitu sahaja.
End Flashbacks.
" Kringg!!!" Jam loceng di sebelahnya ditutup. Melihat sahaja jarum jam yang menunjukkan pukul 6:15, dia terus menuju ke bilik mandi. Kemudian solat Dan bersiap untuk ke tempat kerja. Harini giliran Anisa untuk masak jadi taklah rushing sangat. Selesai sahaja sarapan pagi, Erika terus ke pejabatnya.
" Baiklah kalau itu yang kamu nak, dalam masa seminggu, kamu kena bawa balik bakal suami kamu. Kalau mama suka, mama sendiri akan batalkan semua perancangan sebelumni. Boleh?"
Kata-kata ibunya itu sentiasa mengganggu fikirannya.
" Ishhh! Kenapalah aku setuju dengan syarat mama tu? Aku nak buat apa dalam masa seminggu ni?"
To be continued...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...