Bab 62 : ERIKA HILANG!!!

422 23 0
                                    

" Assalamualaikum!!" Pintu rumah agam milik Tan Sri Aryan dan Puan Sri Melissa diketuk kuat.

Kebetulan Xaiden dan Alisa yang berada di ruang tamu ketika itu memandang ke arah satu sama lain dengan perasaan sangsi.

" Kau bukalah Alisa." Arah Xaiden masih memandang ke arah screen telefonnya. COD guyss!!

" Ish, orang nak tengok tv lah. Kaulah buka!" Jawab Alisa Xarra tidak berpuas hati. Tidak lama selepas itu mereka mula memberikan pandangan tajam ke arah masing-masing.

" Siapa yang dekat luar tu?!" Laung Puan Sri Melissa dari dapur apabila lama loceng rumah dan pintu hadapan mereka diketuk bertubi-tubi.  Akhirnya Xaiden berdecit malas lalu membaling kuat sebuah bantal ke arah Alisa. Namun pantas sahaja dielaknya lalu Alisa menghadiahkan senyuman kemenangan ke arah abang angkatnya itu. Dia tahu Xaiden ni jenis yang suka mengalah berbanding si Xander tu.

" Ish! Siapalah yang datang rumah aku malam-malam buta ni." Xaiden merengus sambil malas-malas kaki melangkah menuju ke pintu hadapan.

" Assalamualaikum!!!" Jerit suara seseorang dari luar lagi tidak henti-henti.

" Yer, sabarlah bodoh!" Maki Xaiden dari dalam mula hilang sabar. Sejurus dia membuka pintu tubuhnya terus dirempuh seseorang kuat membuatkan darahnya menyelirap naik hingga ke telinga.

" Xander mana?" Soal seorang gadis dengan nada yang panik.

" Mak aih! perempuan gila mana yang nak jumpa si Xander malam-malam buta ni? Boleh tahan Xander ni. Tak padan dengan ada bini! " Gumam Xaiden memandang susuk tubuh seorang gadis dari belakang.

" Kak Anisa?" Soal Alisa pula membuatkan Xaiden bertambah bingung. Alisa pun kenal perempuan ni? Aku terlepas apa-apa ker? Kenapa aku tak perasaan kewujudan perempuan ni sebelum ni?

" Alisa!" Jerit Anisa lantas menangis di pangkuan gadis yang dikenali sebagai satu-satunya adik perempuan kepada suami sahabatnya itu.

" Why are you crying? Anything wrong?" Soal Alisa cuak sambil mengurut belakang Anisa.

" E...Erika..isk..isk..." Ujar Anisa menangis teresak-esak.

" Apahal dengan Erika?" Sampuk Xaiden mendekati kedua-dua gadis di hadapannya.

" Di..dia hilang!" Jawab Anisa meraung kuat di dalam dakapan Alisa.

" Lah...hilang jer! Bukan mati pun." Laju Xaiden menjawab tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Sejurus itu, pandangan Anisa beralih ke arah Xaiden tajam. Memanglah dia hilang bongok oii, tapi kalau Si Erika tu kena culik 50% nyawa dia jadi taruhan! Ada yang mati dulu ni!

" Erika apa?" Bergema seluruh ruang tamu setelah satu suara menyapa mereka bertiga yang berada di ruang tamu ketika itu.

" Maafkan aku Xander..." ujar Anisa memandang ke arah lantai. Yang lain pula sudah menelan air liur pahit memandang wajah dingin seorang lelaki yang menuruni anak tangga laju.

...

Erika merengus kasar melihat seorang lelaki yang berada di hadapannya ketika itu.

" Kenapa awak sanggup buat macamni Adrian?" Soal Erika dengan riak kecewa. Ya, dia kecewa kerana lelaki itu masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia ialah milik lelaki lain.

" Kenapa? kau tanya aku kenapa?" Soalan Erika hanya dibalas dengan tawa jahat lagak seperti orang gila.

" Sebab aku sayang kau Erika... Sepatutnya kau milik aku. Apa salah aku dekat kau sampai kau tak boleh terima Aku?" Jelas pandangan Adrian yang semakin sayu membuatkan Erika mula rasa bersalah. Adrian mengangkat dagu Erika lembut supaya bertentang Mata dengannya. Sungguh dia kagum dengan kecantikan Erika Airien. Walaupun selepas enam tahun, wajahnya langsung tidak berubah. Masih bersih dan lembut. Tenang hati Adrian melihat wajah polos Erika.

" Saya dah pernah cuba cintakan awak Adrian. Tapi saya tak mampu..saya tak mampu lupakan Xander dari dulu sampai sekarang." Jujur Erika lembut.

" Xander.. Xander! Xander!!" Jerkah Adrian tiba-tiba. Bahu Erika terus terhenjut kuat terkejut dengan tingkah lelaki di hadapannya itu. Nampaknya Adrian dah serupa macam orang tak betul...

Entahlah kenapa dia tidak ada perasaan marah terhadap Adrian pada masa ini. Hanya rasa simpati dan sedih melihat kesengsaraan Adrian kerana tidak membuka hati untuk melupakannya.

" Apa kelebihan dia yang kau tak nampak dari aku hah?!" Jerkah Adrian semakin lantang amukkannya. Erika pula bertambah pucat melihat wajah bengis Adrian ketika itu. Dia tidak pernah melihat Adrian bersifat baran sebegini kerana dulu lelaki itu selalu mengukir senyuman manis buatnya.

" Kau kena kahwin dengan aku." Tegas Adrian bersuara. Dahi Erika mula berkerut.

" Awak dah gila ker?! Saya ni isteri orang!" Tegas Erika pula dengan jelingan tajam. Penat jer dia kesiankan Si Adrian tu. Tapi sampai buat kerja terkutuk macamni memang dah gila seratus peratus agaknya!

" Ya! Aku gilakan kau!"

" Saya tahu Xander sekarang dah call polis untuk tangkap awak." Sengaja niatnya ingin mengertak lelaki itu. Namun ianya hanya dibalas dengan gelak tawa yang sinis.

" Xander takkan call polis lah. Tapi aku tahu nanti Xander akan cari kau. Huh, mungkin lepastu dia akan tetak aku sampai mampus. But it's okay... cause you're mine." Sinis Adrian lagak tidak takut mati. Erika pula bertambah bingung. Tetak?!

" Apa benda yang awak mengarut ni? Xander bukan perangai terkutuk macam awaklah!"

" Eh! Kau tak tahu ker pasal suami kau tu Erika? Wow, I'm so impressed! Dia memang pandai buat kerja."

" Kerja apa kau ni? Apa yang aku tak tahu?" Soal Erika merengus. Tak pasal-pasal Si Xander terlibat sekali. Uwahh kesian suami kesayangan guwee!!

" Dia kan ketua Mafia yang paling berpengaruh dekat negara ni. Ariq Xander Tan Sri Aryan. Pewaris utama kumpulan Vlad." Sinis Adrian berbicara. Erika pula sudah terkasima mendengar berkenaan hal itu. Pening kepalanya secara tiba-tiba. Dia tak tahu untuk percaya kepada siapa?

To be continued...

Sorry sebab update lambat sikit. Jadi apa yang akan berlaku selepas ni?? Kalau nak tahu sila tunggu bab seterusnya okay.. Sayonara!!

Comments and votes okayy...


Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now