Erika berjalan ke tempat parkirnya laju. Entah kenapa, semenjak dua menjak ni dia selalu rasa diperhatikan.
Sampai sahaja di kereta dia terus menyelongkar beg tangannya mencari kunci dalam keadaan cemas.
Pap!!
Tersentak Erika apabila dirinya dipusing dan disandarkan pada kereta. Wajah lelaki dihadapannya kini dipandang dengan debaran. Adrian..
" Apa lagi yang awak nak?" Soal Erika menolak lelaki itu menjauhinya.
" Hei, easy okay... saya bukan orang jahat pun." Jawab Adrian lembut.
" Jahat atau tak, awak sedarkan apa yang awak buat ni salah?" Erika melihat tunak mata lelaki itu tajam.
" No, saya tak rasa benda ni salah langsung. Lagipun saya tahu apa yang terjadi dekat awak dengan Xander." Jawab lelaki itu tersenyum sinis. Erika pula mendecit geram.
Dah lama dia bersabar dengan Si Adrian ni. Lepas pertemuan terakhir mereka beberapa bulan lalu, lelaki itu menghilang dan tiba-tiba muncul balik bila dia mula start kerja minggu lepas. Kini dah kali kelima lelaki itu mengganggunya setiap kali pulang dari pejabat. Dahlah timing dia tepat bila rumah tangganya goyah sekarang ni.
" Saya tak fahamlah Erika, apa kurangnya saya dari Xander? Tak serik lagi ker dengan apa yang dia buat dekat awak?"
" Tak! saya tak serik dan takkan serik hidup dengan Xander. Puas hati awak?! Tolonglah Adrian, lupakan saya. Awak tahu saya tak pernah cintakan awakkan?"
" Cinta? cinta boleh dipupuk Erika, saya tak akan sia-siakan hidup awak Erika. Saya tak akan sakiti awak macam yang Xander buat. Tolong terima saya..."pinta Adrian separa merayu tetapi masih dalam keadaan memaksa.
" Dah terlambat Adrian, dan walaupun saya tak bersama Xander saya tak akan menerima awak." Jujur Erika cuba berlembut. Dia tak nak keruhkan keadaan. Dengan lelaki phsyco macam Adrian ni tak tahu apa yang dia boleh buat.
" Why?" Jerkah Adrian seperti orang gila. Erika pula sudah menahan air mata takut dengan perubahan lelaki itu.
" Erika sayang... Please terima saya. I will do anything for you. Just terima saya..." Merayu Adrian cuba menyentuh wajah Erika.
" Stop it Adrian!" Erika menepis Adrian kasar.
" Awak tak reti bahasa ker? saya tak boleh terima awak. Let me go!" Dalam masa yang sama, dia merintih ketakutan mengharapkan Xander menyelamatkannya ketika itu.
" No! Aku takkan lepaskan kau!" Baran Adrian lagi bertindak menggenggam lengannya kasar.
Pangg!!
Satu tamparan kuat diberikan kepada lelaki itu dan Adrian ditolak kuat menjauhinya. Di dalam kesempatan itu Erika terus meloloskan diri ke dalam tempat pemandu lalu keretanya dikunci dari dalam.
Adrian mengetuk cermin tingkapnya kasar membuatkan Erika menggigil ketakutan. Tanpa berlengah dia terus menghidupkan enjin dan memandu keluar.
" Kau tunggu Erika! Aku akan dapatkan kau walau apa cara sekalipun." Adrian mengepal penumbuknya mamandang kepergian Erika sinis.
20 minit kemudian,
Erika melulu masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan pucat.
Anisa yang sedang seronok menonton televisyen tersentak apabila mendengar pintu rumah direntap kasar.
" Kau kenapa?" Soal Anisa menggelabah melihat Erika yang sudah menangis teresak-esak.
" Adrian kacau aku lagi." Jawab Erika lemah. Anisa terus menuju ke arah Erika dan memeluknya erat. Dapat dirasakan Erika yang sedang menggigil ketakutan dengan apa yang telah berlaku. Kenapalah semua dugaan ni menimpa sahabatnya itu sampai macamni sekali.
Mujurlah dia bertegas nak duduk sekali dekat rumah Tan Sri Zarif dengan Puan Sri Marissa, kalau dibiarkan seorang diri apalah yang akan jadi.
Flashback
" Dia tak tahu?!" Erika menutup telinganya Mampuslah dia kena berleter dengan minah peguam ni.
" Aku tak sempat nak bagitahu..." Jawab Erika membuat wajah sendu.
" Okay, kau bagitahulah sekarang." Laju sahaja Anisa memberi cadangan membuatkan dia tercengang.
" Amboii, kau faham tak keadaan kami sekarangni? Aku tak rasa dia nak percaya." Ujar Erika menggunakan akal logiknya. Peguam tersohorlah katakan...
" Hmmm... Lepas aku boleh keluar dari sini aku nak balik rumah mak bapak aku tau.." sambung Erika masih dengan kedegilan tahap dewanya.
" Tak boleh! No no no no no!" Tegas Anisa menjeling tajam. k sedar diri dengan keadaan dia yang dah macam pontianak ker? Seminggu tak lalu makan badan terus kurus. Sudah tentulah mulut di Erika tu dah memuncung.
" Ish, yelah kau boleh balik sana." Tak sampai hati pula nak tengok muka seposen orang mengandung ni.
" Serious ahh?!" Bersinar terus wajah pucat Erika. Nampak tak penangan dia tuuu..
" Haah, tapi aku ikut sekali lah duduk sana. Boleh jaga kau."
" Habistu rumah kau?" Soal Erika hairan. Macam mana kalau dia punya masalah sampai 5 bulan tak selesai lagi? Mau habis rumah sewa dia kena lelong. Amboii memang Erika ni nak cerita bagi panjang ker macam mana?
" Alahh.. kalau susah sangat aku pindah terus ke banglo kau yang sebesar istana tu. Baru nampak macam peguam yang dah berjaya sikit." Seloroh Anisa menayang muka bangga.
" Hah, memang banglo tu aku punya pun kan??" Erika menjulingkan matanya ke atas. Suka hati dia jerr
" Eh, banglo tu bukan kau punya ker sekarangni?" Soal Anisa runsing. Setahu dia banglo tu antara wasiat Tan Sri Zarif kepada Erika. Bukan eh?
" Haalah kan..aku lupa pulak." Erika tersipu memandang wajah merah Anisa yang bakal meletop itu. Mengandung tak mengandung, ada yang mendapat kang...
End Flashback.
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...