Erika membuka matanya perlahan, tangannya yang rasa dipegang erat membuatkan dia beralih ke arah kanan katil. Muncul seraut wajah yang di rinduinya selama ini.
" Sayang mama sakit lagi?" Soal Puan Melissa seraya mengusap kepala Erika lembut. Erika hanya tersenyum nipis, sejujurnya dia mengharapkan orang lain yang menunggu di sisinya ketika itu. Tapi tak apalah, mungkin Xander penat sebab selamatkan dia semalam.
" Baby macam mana?" Soal Erika menggelabah.
" Baby sihat Alhamdulillah..." Erika menghembus nafas lega. Sesekali mata Erika meliar di segenap ruang wad membuatkan Puan Sri Melissa tersenyum kelat.
" Xander tak ada, dia sibuk katanya." Erika mengangguk faham. Ya, dia sangat faham jika Xander masih tidak mampu melihat wajahnya kini.
" Erika nak minum or makan apa-apa?" Soal Puan Sri Melissa lagi.
" Tak nak apa-apa, cuma Erika rasa letih lagi, Erika berehat dulu yer.." pinta Erika lembut. Dia perlukan masa berseorangan tika itu. Entah menyapa, matanya terasa panas, hatinya diserbu rasa bersalah kepada Xander.
Puan Sri Melissa mengangguk faham. Dia terus mengatur langkah untuk keluar.
Namun belum sempat dia melangkah pergi Erika memanggilnya secara tiba-tiba membuatkannya beralih." Macam mana semua boleh tahu dekat Erika dekat mana?" Soal Erika musykil, bukannya diabtak bersyukur. Cuma dia nak tahu macam mana keadaan Xander sebelum menemui lokasinya diculik.
" Adrian.." Mendengar sepotong nama itu menyentakkan jantung Erika. Adrian? Dia hidup lagi? Xander tak bunuh dia ker? Pelbagai persoalan timbul di dalam benaknya.
Flashback,
Xander hanya menanti khabar berita dari Mark tentang lokasi Erika dengan penuh sabar. Walaupun fikirannya bercelaru, dia banyak beristighfar di dalam hati supaya bertenang.
Namun berpuluh-puluh minit mereka menunggu masih tidak membuahkan hasil membuatkan Xander mula panas hati.
" Apa yang susah sangat nak jejak bini aku tu?!" Tengking Xander sudah hilang sabar. Yang lain hanya mendiamkan diri, malas hendak m
muncul seorang lelaki berpakaian hoodie yang menerjah masuk ke dalam markas mereka.
" Siapa kau?" Soal Aaron dingin.
Lelaki itu tidak berkata apa-apa, hanya tangannya yang bertindak menurunkan hoodie dari atas kepala. Sejurus itu, semua yang memandangnya terkedu.
" Apa kau buat dekat sini?!" Tengking Xander geram. Rasanya sudah jelas yang dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu lagi selepas pertemuan akhir mereka.
4 bulan yang lalu,
Xander sedang mencekik Adrian ganas tanpa belas kasihan. Tangan Adrian pula sedaya upaya melonggarkan tangan Xander daripada tengkuknya namun tidak mampu. Dia sudah kekurangan tenaga dan oksigen ketika itu. Bila-bila masa sahaja laluan pernafasannya akan terus terhenti.
Tiba-tiba Xander ditarik kasar oleh seseorang sekaligus meleraikan cengkaman pada leher Adrian.
" Mengucap Xander!" Aaron menarik Xander menjauhi Adrian yang sudah melorot lemah ke atas lantai.
Ryan pula menuju ke arah susuk tubuh seseorang yang sudah pengsan bersama darah pekat yang mengalir di bahagian kepala.
" Xander, kita kena bawak isteri kau ke hospital sekarangni." Ujar Ryan untuk menyedarkan Xander keutamaan dia ke situ.
Xander melulu ke arah Erika lalu mencempungnya, sebelum dia keluar, sempat lagi dia menyepak perut Adrian kuat.
" Aku tak nak tengok muka kau lagi lepasni. Kalau tidak kau tahulah apa nasib kau masatu!" Tengking Xander sebelum dia keluar dari bilik itu. Ryan dan Aaron pula mendekati Adrian dan memapahnya untuk berdiri.
" Aku masih anggap kau sahabat Aku Adrian. Tapi kau dengarlab cakap Xander tu. Jangan pernah muncul di depan mata kami kalau kau nak selamat." Ujar Aaron tegas sebelum mereka berdua turut meninggalkan Adrian
4 bulan kemudian,
" Aku datang sini sebab aku nak tolong korang." Jawab Adrian tenang. Walaupun matanya kini sedang bertembung dengan mata tajam Xander yang penuh dengan kebencian.
" Maksud kau? Macam mana kau boleh tolong kami?" Soal Ryan pula.
" Aku-
" Tak payah, Aku tak perlukan bantuan kau. Baik kau blah dari sini sebelum akh bunuh kau betul-betul." Potong Xander dingin. Elehh.. sempat menyombong!
" Tunggu dulu Xander. Sekarang kau bagitahu macam mana kau boleh tolong kami?" Soal Aaron lagi, Xander hanya mendecit malas.
" Aku tahu di mana Erika disorok oleh kumpulan Gold Roses sekarangni." Sejurus itu semua memandangnya sangsi. Betul ker? Ataupun Adrian nak kenakan diorang balik?
" Baiklah, kami ikut kau, kalau kau tipu aku bunuh kau." Xander memberi amaran sebelum dia keluar dari markas sambil menyangkut cermin mata hitam pada batang hidungnya,
'Abang datang Sayang, tunggu sekejap.'
End Flashback,
" Macamtulah ceritanya..." Ujar Puan Sri Melissa lembut. Erika pula hanya mengangguk faham. Jadi selama ni dia salah sangka dengan Xander...
" Erika, boleh mama tanya sesuatu?"
" Boleh-boleh, mama tanya ja Erika apa-apa." Jawab Erika tersenyum manis walaupun wajahnya pucat lesu ketika itu." Kamu dengan Xander bergaduh lagi sebelumni kan?" Soalan ibu mertuanya itu tidak dijawab. Hanya senyuman kelat terukir di bibir kering Erika.
To be continued...
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...