" Hai... jumpa lagi," tegur Anisa tanpa keizinan mengambil tempat duduk di sebelah Erika semasa kelas berlangsung.
Anisa Fazira, dia seorang gadis yang periang dan baik hati. Hidupnya hanyalah seperti orang yang biasa dan sangat jauh jika dibandingkan dengan Erika yang mempunyai darjat lebih tinggi.
Sapaan Anisa tidak dijawab malah Erika hanya menayang wajah sombong.
Erika Airien, dia seorang gadis yang lebih gemar bersendirian, berkarisma dan perpendirian tinggi. Tetapi sesiapa yang betul-betul mengenalinya akan selesa dan gembira dengan sikapnya yang baik hati, penyayang dan manja. Hobinya suka berkaraoke dan bermain alat muzik, especially Violin. Sebenarnya, dia dipaksa untuk mengambil bidang permodelan, Namun kerana sikap degilnya yang menggunung, dia secara senyap mengambil jurusan undang -undang kerana cita-citanya sejak kecil untuk menjadi seorang peguam dan menegakkan keadilan.
" Ish, dia tu memang berlagaklah orang tegur buat tak tahu jer,"
" Itulah, kalau akulah jangan harap nak tegur perempuan yang macam tu," bisik dua orang perempuan yang duduk di belakang mereka berdua. Erika hanya menjeling mereka dengan riak dingin. Ingat tak dengar ke? Kena flying kick dengan Si Erika tu baru tahu. Anisa yang mendengarnya pula hanya tersenyum nipis.
Waktu rehat,
Erika mengambil tempat duduk di penjuru cafeteria berseorangan. Namun, ketenteramannya sekali lagi diganggu apabila orang yang selalu mengekorinya kini duduk semeja dengannya.
" Kau ni kenapa ek asyik ganggu aku?" soal Erika apabila sudah tidak tahan.
" Saya nak berkawan dengan awak jer. Saya Anisa. Awak pulak?" Erika menjeling Anisa tajam dan terus meninggalkannya. Dia tidak betah berkata-kata, daripada buat orang sakit hati baik dia blah. Betul tak?
Tapi Erika nipun dah kenapa? orang nak berkawan dengan dia jelah. Aduhh Erika... Erika.
...
"Wei Ryan, kau ada kelas tak lepasni?" soal Adrian Razif salah seorang ahli kumpulan F4. Adrian ialah nama panggilan untuk mereka berempat. Adrian Razif seorang yang paling masuk air dan selamba di antara semua. Namun ada masanya dialah orang kedua yang paling dingin selepas Ariq Xander. Adrian ialah pelajar jurusan kejuruteraan, antara pelajar cemerlang dan orang kedua terkacak selepas Ariq.
" Aku free lepasni, kenapa?" jawab Harraz Ryan, seperti yang anda tahu nama panggilannya ialah Ryan. Dia adalah ahli yang paling comel dan murah dengan senyuman. Sesiapa sahaja yang memandang wajah manisnya itu akan cair. Dia merupakan pelajar dalam bidang muzik kerana kehandalan dan minatnya yang mendalam di dalam bidang muzik.
" Jom lepak," ajak Aaron Fahmi pula. Aaron seorang yang tenang, simple dan boleh tahan juga kacaknya. Sikapnya yang tenang itu membuatkan perasaannya paling sukar ditafsir. Dia mengambil jurusan architecture dan bakal mengambil alih syarikat keluarganya juga satu hari nanti.
" Aku tak boleh, lepasni ada kelas lagi," ujar ahli yang terakhir iaitu Ariq Xander atau lebih dikenali sebagai Xander. Dia ialah ketua kumpulan F4. Ahli yang paling kacak dan cool. Namun, sikapnya lebih dingin berbanding yang lain, mungkin kerana kehidupan peribadinya. Walaubagaimanapun, dia seorang yang sangat penyayang dan menghormati orang tua. Hanya orang yang mengenalinya sahaja tahu sifatnya yang sebenar kerana dia lebih suka berdiam dan dia mempunyai bakat untuk bermain piano tau. Siapa dengar mesti cair. Xander merupakan seorang pelajar jurusan perniagaan dan dia bakal menjadi perintis syarikat keluarganya, 'Xandra Holding'.
Kumpulan F4 terbina sejak mereka di alam persekolahan. F4 bermaksud Fantastic 4. Kepakaran setiap seorang di dalam ahli kumpulan itu amat membanggakan. Malah mereka semua merupakan pelajar yang cemerlang sejak di bangku sekolah.
" Kalau macamtu, nanti bila kau free kau join kami. Kami cau dulu. Tata," kata Ryan membuat wajah comel. Xander yang melihat telatah rakannya itu hanya mengukir senyuman sinis. Tumbuk muka dia ni kang, tak charming terus. Muahahaha!
Selepas kelibat rakan-rakannya tidak lagi kelihatan, Xander mengambil keputusan untuk ke kelasnya lebih awal. Tepati masa lah katakan.
Xander yang sedang khusyuk memandang telefon sambil berjalan telah terbertuh dengan seseorang. Akibatnya, seseorang yang dilanggar itu terus terjatuh seperti nangka busuk di hadapannya.
" Lain kali, masa jalan tu jangan sibuk nak tengok telefon!" tempik gadis di hadapannya itu berdiri dengan sendirinya. Nak harapkan Xander tolong? Mimpilah jawabnya.
" Elehh, apa bezanya dengan kau? Kau pun jalan sambil baca buku. Bukan salah aku seorang jer," Xander pula memulang paku buah berasnya. Tetapi baru sahaja Xander ingin melihat siapakah gerangan yang tiada adab itu, si dia pula hilang entah ke mana. Magic🤩.
" Huh, takut dengan akulah tu. Kalau aku jumpa dia lagi lepasni, habis perempuan tu aku kerjakan," decit Xander sebelum menyambung perjalanannya yang turut tergendala.
To be continued...
Boleh main hilang-hilang pulak eh? Hahahaha apapun kita sambung di chapter seterusnya. Sayonara!!
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...