Erika membuang pandangannya ke luar balkoni. Sesekali dia memandang kepekatan malam dengan keluhan berat. Sudah dua bulan dia meninggalkan Xander, dan Xander juga tidak pernah mencari. Marah lagikah dia Xander kepadanya?
Kerjanya pula sudah diambil alih oleh rakan sekerjanya yang lain. Disebabkan masalah peribadinya yang terbawa-bawa sampai ke pejabat, Encik Azhar menyuruhnya bercuti tanpa gaji. Ambiklah berapa lama masa pun untuk selesaikan masalahnya. Persoalannya sekarangni, bila masalah nak selesai?
Perutnya diusap perlahan dengan senyuman pahit. Betul andaian Dania, dia kini hamil 15 minggu dan Xander masih belum mengetahui hal itu. Macam manalah dia nak bagitahu kalau banyak masalah yang menimpa mereka?
Air mata mengalir dari tubir matanya sekali lagi. Entah berapa kali dia menangis. Air matanya sangat murah untuk mengalir apabila bersama dengan Xander. Air mata bahagia dan kecewa. Istana yang dibina bersama Xander selama tujuh bulan terasa bagaikan mimpi.
Kini dia sudah terjaga dari mimpi indah. Memandang mata Ariq Xander bagaikan satu mimpi ngeri. Sekali lagi masa silam masih menguasai kehidupan mereka sehingga kini.
Tetapi dia tidak menyangka Xander langsung tidak mencarinya selama dia menghilang.
" Mungkin awak lagi bahagia kalau saya tak ada kan Xander?" Sebak Erika menangis sendiri. Dia ke mana? Dia ada di rumah arwah ibu bapanya Tan Sri Zarif dan Puan Sri Melissa. Seperti yang dijanjikan Anisa, sahabatnya itulah yang setia di sisi walaupun apapun malang yang menimpanya.
Tidak lama selepas pemergian mereka berdua, semua orang gajinya telah diberhentikan kerja. Nak kerja apa kalau penghuninya pun dah tak ada?
Sekarangni dia membawa diri ke situ. Serabut Erika memikirkan tindakan seterusnya untuk mereka berbaik semula. Memang dia lukakan hati Xander, tetapi macam mana dengan dia? Kepada siapa dia ingin beradu nasib? Hanya Anisa sahaja yang sentiasa mempercayai dan menjadi kekutannya sehingga kini.
...
Xander memandang setiap gambar yang tersergam elok di segenap ruang sebuah bilik. Gambar Erika yang menawan dan sentiasa cantik dimatanya. Tiba-tiba terimbau satu memori manisnya bersama Erika semasa mereka bersama dahulu.
Flashback,
5 bulan yang lalu,
" Good morning abang!" Erika tersenyum riang ke arah si suami. Xander tidak menjawab malah memandang Erika dengan kerutan di dahi.
" Abang tahu kan harini hari apa?" Soal Erika tersenyum comel sambil mengerdip matanya berkali-kali.
" Harini hari Sabtu, kenapa?" Soal Xander masih tidak dapat memproses maksud disebalik pertanyaan Erika. Tengok si Erika yang tersengih dari tadi pun dah pelik. Macam orang hye dah dia tengok.
" Ish, cuba fikir betul-betul!" Erika masih tidak berputus asa mengharapkan Xander mengingati tarikh bermakna pada hari itu. Birthday dialah!!
" Yelah! harini abang kena pergi office." Serta merta wajah Erika berubah mencuka.
" Hari minggu pun kena pergi office?" Soal Erika muram. Tak bestlah macamni, nak mogok seharian dekat Xander. Sampai hati dia tak ingat, tak bagi hadiah pun dia tak kisahlah asalkan Xander jadi orang pertama yang wish.
" I'm sorry sayang. Sekejap jer okay? abang nak ambil sesuatu yang penting dekat office.." tipu Xander memainkan lakonan mengikut rancangannya bersama yang lain.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Storie d'amore⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...