Seperti biasa, Erika akan pergi ke Universitinya setiap pagi. Kini sudah tiga minggu dia belajar di sana dan Anisa Fazira telah pun menjadi sahabat baiknya.
Flashback,
Seminggu sebelum,
Erika yang baru sahaja keluar dari kelas petangnya terus pergi ke loker untuk menyimpan barang.
Apabila dia sampai di sana, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan sedang mengerumuni hadapan lokernya membuatkan Erika berada hairan terus bergegas ke lokernya untuk mengetahui lebih lanjut.
Namun, belum sempat dia bersuara, mereka semua beralih memandangnya dengan pandangan yang jelek. Erika yang tidak faham dengan keadaan yang sedang berlaku terus melihat pada hadapan pintu loker dan matanya terus tertancap pada sekeping poster di hadapan pintu lokernya.
Gambar itu menunjukkan bahawa pakaian yang dipakainya telah di edit kepada gambar yang memalukan dan tajuk yang terpapar pada poster itu adalah 'Service terbaik untuk pensyarah dan pelajar siswa VVIP'
Mereka yang berada di situ mula berbisik-bisik sesama sendiri sambil melihat me arah Erika dan poster tersebut sikih berganti. Wajah Erika yang tadinya beriak biasa berubah menjadi merah padam. Api kemarahannya telah membuak, siapalah yang dengki sangat dengan dia ni? Reader sekalian, ada tak Erika Ni ganggu hidup orang? Tak ada kan?
" Diam!" Erika menjerit tegas dan terus mengoyakkan kertas yang dilekatkan di hadapan lokernya itu. Akibat perasaan malu yang tidak dapat ditahan, Erika terus berlari dari mereka semua. Semak otak dengan orang-orang macamtu.
Tanpa sengaja Anisa yang kebetulannya lalu di laluan itu dirempuhnya secara tidak sengaja. Dengan perasaan yang hairan, Anisa terus menuju ke tempat di mana ramai perempuan sedang berkerumun memandangkan lokernya dan Erika hanya bersebelahan sahaja. Alangkah terkejutnya Anisa apabila mengetahui hal sebenar yang menjadi buah mulut orang ketika itu.
Tanpa berlengah lagi, Anisa Fazira bertindak mengejar Erika yang berlari ke tingkat paling atas. Iaitu bumbung di atas blok fakulti mereka.
Dengan rasa simpati Anisa melangkah perlahan ke arah Erika yang sudah menangis teresak-esak di sebalik sebuah dinding.
" Kau okay?" soal Anisa perlahan mendekati Erika.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...