Di rumah Erika,
"Eii, bencinya!" marah Erika sambil menumbuk-numbuk bantalnya. Pertama sebab perangai perempuan tak guna tu dan yang paling menyakitkan hatinya bila tiba-tiba muncul makhluk yang datang jadi hero untuk perempuan tu.
" Siapapun lelaki tu, memang aku kesian gila dekat dia sebab salah pilih orang. Buta agaknya" Erika menyumpah saranah lelaki itu tanpa henti. Dia kena simbah dengan air panas tahu tak? Memang layaklah perempuan tak guna tu kena simbah. Selamat dia tak simbah dengan mintak panas terus. Pakej dengan muka dia bagi.
" Kenapa aku yang jadi mangsa? " soal Erika muka mendung. Sedang melayani perasaan sendiri, pintu bilik Erika tiba-tiba diketuk dari luar.
Tok,tok,tok!
" Masuk,"
" Cik Erika tak nak turun makan ker?" soal Mak Su. Erika hanya menggeleng perlahan sambil menunduk.
" Macam mana dekat U tadi okay? " soal Mak Su mengambil berat. Dia telah menganggap Erika seperti anak kandungnya sendiri. Soalan Mak Su tidak dijawab malah wajah Erika semakin mendung. Mak Su yang berasa hairan terus melabuhkan punggung pada birai katil Erika dan mengusap belakang Erika.
" Kenapa ni?" soal Mak Su setelah merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
" Erika okay jer Mak Su," jawab Erika berselindung dan masih tertunduk menikus. Namun Mak Su sengaja mengangkat dagu Erika supaya menghadapnya.
" Kenapa Cik Erika menangis ni?" soal Mak Su agak panik apabila melihat air jernih yang menitis perlahan di tubir mata gadis itu. Erika yang tidak mampu menahan tangisannya terus memeluk Mak Su erat dan melepaskan tangisan yang agak deras.
" Kenapa ramai orang tak sukakan Erika? Erika ni jahat sangat ker?" soal Erika sayu. Luluh hati Mak Su setelah mendengar soalan yang diajukan gadis itu.
" Eh, Cik Erika janganlah cakap macamtu. Kami semua sayangkan Cik Erika. Lagipun diorang semua tak kenal Cik Erika ni macam mana. Comel, baik hati, pemurah... banyak lagilah," jawab Mak Su lagi sambil mencubit pipi Erika perlahan dan memeluk Erika kembali untuk memujuknya.
Setelah hampir lima minit Erika menangis, akhirnya dia reda daripada tangisannya, Erika pun menceritakan perkara yang berlaku pada dirinya selama berada di sana.
Tidak disangka bahawa gadis yang hidup mewah dan bertuah sepertinya tidak bahagia di dalam kehidupan. Sudahlah ibu bapa sentiasa sibuk, di luar pula hatinya selalu disakiti.
Pada masa yang sama, Mak Su turut berasa bangga kerana Erika masih mampu bertahan sehingga sekarang setelah dia mendengar segala luahan gadis itu.
" Cik Erika betul ker tak nak makan?" soal Mak Su lagi menginginkan kepastian.
" Rasa laparlah pulak. Mak Su teman Erika makan kat bawahlah boleh?" soal Erika manja sambil tergelak kecil.
" Baiklah tuan puteri, " jawab Mak Su menguntum senyuman manis.
Keesokan harinya,
" Hai Erika, macam mana seronok tak kena marah semalam? Itulah, lain kali tengok dulu lawannya," sindir Lydia sengaja mahu menaikkan kemarahan gadis itu.
Erika yang mendengarnya hanya beristighfar banyak-banyak supaya tiada setan yang mengganggu ketenteramannya pada pagi yang indah itu.
" Tak ada kerja lain ke selain kacau hidup orang? Macam tak ada life jer," muncul Anisa selamba bersuara. Lydia dan rakannya Maya hanya mencebik setelah menerima teguran atau lebih tepat sindiran pedas khas buat mereka berdua. Erika yang mendengarnya pula hanya menghadiahkan senyuman sinis. Siapa makan cili dialah terasa pedas!
Pada ketika itu, perbualan mereka berempat dalam diam didengari oleh Adrian, salah seorang ahli kumpulan F4 dengan teliti. Kini baru dia faham bahawa gadis yang dimarahi oleh Xander semalam adalah mangsa keadaan.
' Huh, muka baik macam bidadari. Tapi perangai macam setan bertopengkan manusia.' kutuk Adrian kepada Lydia dan Maya di dalam hati.
Waktu pulang
"Hai Cik Erika... sibuk ker?" soal Lydia tiba-tiba.
" kau nak apa lagi?" soal Erika dingin. Bukannya dia tak tahu si Lydia tu tak ada kerja lain selain mengganggunya sejak dia menjejakkan kaki di Universiti itu.
" Amboi... garangnya. Takut kita. Eh, aku nak tanyalah kenapa kau selalu alone eh? Kurang kasih sayang ek?" soal Lydia menempah kaki Erika yang panjang tu.
" Suka hati akulah nak alone atau apapun. Yang kau busybody sangat kenapa eh? Ke kau cemburu sebab gred aku paling tinggi dalam class?" sinis Erika mengejek. Lydia yang mendengar sindiran pedas terus menolak Erika sehingga tersandar pada loker di belakangnya.
" Apa masalah kau hah?" tengking Erika yang sudah naik berang seraya mula mengangkat tangan untuk menampar perempuan gila di hadapannya ketika itu.
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...