Erika terjaga dari lenanya apabila tekaknya terasa kering. Dia mnegerking ke arah jam dinding biliknya yang menunjukkan pukul 2:45 pagi.
Erika kemudian beralih ke sisinya pula. Melihat Xander yang sedang tidur membuatkan dia tersenyum. Tangan Xander yang terletak di pinggangnya dialihkan dengan berhati-hati.
Erika turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur tanpa menghasilakn sebarang bunyi. Diakan tererr dalam soal menyelinap ni. Kalau tak, macam mana dia boleh terlepaa setiap malam dulu kan....
Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari arah dapur dalam keadaan yang gelap. Dapat dilihat susuk tubuh seseorang lelaki walaupun dalam keadaan samar.
Tanpa membuang masa, Erika perlahan-lahan menuju je arah lelaki itu dan terus menyepak lelaki itu kuat sehingga terlanggar kabinet-kabinet dapur dan barang di atas meja kabinet itu terjatuh.
" Pencuri!!!" Jerit Erika mengejutkan semua yang berada di dalam rumah. Dia terus melarikan diri apabila menyedari lelaki yang ditendangnya tadi sudah berdiri semula.
" Kenapa ni Erika?!" Soal Tan Sri Aryan yang turun lebih awal dari yang lain.
" A...Ada pencuri kat dapur." Kata Erika tercungap-cungap. Tan Sri Aryan terus menuju ke arah dapur dengan berani lalu suis dapur terus dibukanya.
" Arif ?" Soal Tan Sri Aryan terkejut.
" Hai papa..." Kata lelaki yang digelar Arif itu tersenyum perit. Mulutnya yang berdarah sedikit dilap kasar. Dia kemudiannya memandang Erika sekilas.
' Macam pernah nampak muka dia ni.' desis Arif sendiri.
" Ada apa ni?" Soal Xander mengesat matanya yang masih lali?
Kini, semua orang telah berada di dapur.
" Abang Arif dah balik!" Kata Alisa memeluk abang kesayangannya itu.
" Kenapa Arif balik tak bagitahu kami dulu?" Soal Puan Sri Melissa pula. Bertuah sungguh anaknya yang seorang ni.
" Arif ingat nak buat surprised, last-last kena cop pencuri." Kata Arif merengus.
" Padan muka.." Kata Tan Sri Aryan membuatkan seisi keluarga ketawa terhadapnya. Erika pula cuba mengelak daripada pandangan maut adik iparnya itu.
" Tulah kau, nak buat surprised pun, jangan duduk dalam gelap. Ni selamat bini aku yang nampak. Kalau aku tadi? Tak ker mampus kau aku kerjakan." Seloroh Xander lalu memeluk adik lelakinya itu.
Walaupun Arif adalah anak angkat bagi keluarga itu. Hubungannya dengan Xander sama seperti adik-beradik kandung. Sehingga Xander sendiri pernah meminta Arif dinaikkan takhta sebagai ketua mafia kumpulan Vlad.
Tambahan pula, Arif tidak kisah menaiki takhta kumpulan Vlad ini berbandingnya. Namun kerana syarat yang ditetapkan adalah mesti mempunyai pertalian darah menjadi penghalang. Akhirnya Xander akur dan dilantik sebagai ketua mafia seminggu selepas pertunangannya dengan Erika.
" Bini kau ni siapa sebenarnya?" Soal Arif hairan.
" Kenapa dengan dia?" Soal Xander pula.
" Taklah, dia ni boleh tahan kuat juga. Tadi sepak aku tadi sampai terlanggar kabinet belakangni." Terang Arif yakin. Xander pula hanya memandang isterinya hairan. Hmmm... Interesting!
Selepas Erika membasahkan tekaknya yang kering sejak tadi dan mereka mengemas dapur yang agak tunggang-langgang akibat serang hendap Erika tadi, semua naik ke bilik masing-masing untuk menyambung tidur mereka yang tergendala.
Di dalam bilik,
Xander yang tidak lepas memandang Erika sejak tadi membuatkan Erika berasa tidak sedap hati.
" Abang tak tahu pun sayang boleh berlawan?" Akhirnya Xander bertanya tentang perkara yang bermain di dalam benaknya.
" Apa maksud abang?" Soal Erika pelik. Tiba-tiba tanya pasal benda ni.
" Tadi Arif kata sayang serang dia time kat dapur." Xander hanya berterus terang.
" Ouhh... Papa ajar saya fight untuk self defending sebab saya tak suka ada bodyguard.
" Ouhh... so sayang ni boleh tahan kuat jugalah?"
" Mestilah saya kuat. Awak kuat ker?" Soal Erika sengaja menguji.
" Ehh, saya ni kuat lima kali ganda dari awak tau." Erika hanya menjulingkan matanya ke atas. Mula dah angkat bakul sendiri.
" Okaylah saya nak tidur ni goodnight" kata Erika lalu menyambung tidurnya. Tidak sampai beberapa minit, gadis iru telah dibuai mimpi indah. Indah ker?
" Satu hari nanti, sayang akan tahu betapa kuatnya kuasa pemerintahan abang yang sebenar." Kata Xander sebelum mengucup bibir Erika sekilas dan menyambung kembali tidurnya.
Sebenarnya dia berasa sedikit lega apabila mengetahui bahawa Erika juga mempunyai seni pertahanan diri. Namun dia tetap akan melindungi keluarganya dari pihak musuh yang sentiasa berada dimana-mana tanpa pengetahuan mereka.
To be continued...
Comments and vote okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...