" Macam mana kamu buat kerja ni Lydia?!" Bergema seluruh pejabat akibat tengkingan dari majikan mereka.
" Saya minta maaf Encik Azhar." Lydia hanya menunduk sejak tadi.
" Maaf? Saya dah bagi peluang dekat kamu lima kali Lydia." Marah Encik Azhar menunjukkan lima jari dihadapan Lydia.
" Kamu tahu tak, saya ingat kamu akan jadi sama hebat dengan Erika. Tapi dengan sikap kamu macamni, kamu tak layak langsung dibandingkan dengan mana-mana peguam di syarikat ni." Lydia mengepal penumbuk geram mendengar kejian Dan bandingan majikannya.
" Saya tak ada cara lain dah untuk membantu kamu. You're fired!"
" Fine! Saya pun tak hingin kerja dengan syarikat guaman yang tak bersikap terbuka ni." Lydia dengan angkuhnya keluar dari pejabat Encik Azhar. Tak bersikap terbuka? Kepala hangguk dia! Haa mai dah utara aku. Peguam Bela makan rasuah bukan bersikap terbuka. Tu tak ada sikap! Orang utara panggil kurang ajaq!.
Okay dah dah habis pahala puasa author. Hehehe...
Mata yang memandang tidak dihiraukan, hatinya hanya menyumpah seranah nama Erika yang sentiasa menjadi musuhnya.
" Aku akan buat semua orang menyesal buat aku macamni. Terutamanya kau Erika." Sumpah Lydia lantas mengemas pejabatnya dengan hati yang membara.
Di rumah Xander.
" Gold Roses huh?" Sinis Xander melihat Erika yang lama memandang ke luar tingkap bilik mereka. Kini mereka berpindah ke penthouse milik Xander. Dapatlah privasi penuhkan...
" Apa yang awak cakapkan ni? Gold Roses? kumpulan apa tu?" Erika cuba berdalih.
" Abang tak kata pun yang Gold Roses tu kumpulan sayangku..." Semakin galak Xander mengusik isterinya itu. Erika diam tidak berkutik. Dalam masa yang sama, dia mengutuk mulutnya sendiri.
" Saya tak ada kena mengena dengan semua tu!" Kata Erika mula dingin.
" Abang tahu... papa dah ceritakan semuanya." Kata Xander menuju ke arah Erika.
Flashback
" Erika" Kata bapa mertuanya itu dengan wajah sugul. Xander pula serta merta melihat ke arah Erika kurang percaya.
" Erika yang sepatutnya menjadi pewaris Gold Roses." Kata bapa mertuanya itu dengan wajah sugul. Xander pula serta merta melihat ke arah Erika kurang percaya.
" Tapi dia tolak. Memandangkan adik papa idamkan takhta tu Erika lepaskan dengan senang hati." Mendengar keterangan bapa mertuanya membuatkan Xander sedikit lega.
" Kenapa dia tolak?"
" Sebab dia menganggap ianya suatu perbuatan yang keji. Kamu tahu tak Xander, selepas dia dapat tahu papa dulu seorang ketua mafia 3 bulan dia tak bercakap dengan papa." Ujar Tan Sri Zarif mengeluh.
" Jadi jangan simpan rahsia penting ini terlalu lama dari Erika. Papa takut dia akan pergi menjauh." Xander hanya berdiam diri. Apa yang berlaku jika Erika mengetahui perkara sebenar tentang dirinya?
" Macam nilah Xander, sejak kamu menikahi Erika, tanggungjawab kami untuk menjaganya sudah selesai. Papa harap kamu tak merahsiakan perkara penting ni terlalu lama sebab papa tahu akan tiba masanya nanti kami tidak akan berada di sisi Erika. Kamu akan menjadi segala-galanya buat dia" Ujar Tan Sri Zarif tenang namun masih tidak dapat diselindung mata bundarnya yang mulai berkaca.
Tan Sri Zarif hanya memerhati gelagat puterinya yang sedang gembira berbual dengan isterinya di sebalik tirai. Dia tahu ada yang mula mengejarnya dan Marissa sama ada kumpuln Vlad atau Gold Roses, adiknya sendiri. Selagi Erika dibawah perlindungan Ariq Xander, puterinya itu sentiasa selamat.
End Flashback,
" Jadi sayang tak tahulah siapa abang selama ni sebenarnya?" Soal Xander teragak-agak.
" Maksud abang?" Soal Erika hairan.
" Tak ada apa-apalah." Malangnya Xander masih tidak mempunyai keberanian.
...
" Boss, ada kereta ekori kita dari tadi!" Laung seorang lelaki dari tempat duduk belakang Toyota Alphard.
Xander memandang ke arah cermin sisi kereta dingin. Malam-malam buta macamni ada pula masalah. Ingatkan dekat Malaysia jer, kat UK pun musuh mereka bersepah. Dahlah mereka berada di jalan yang berbukit, memang tak banyak kereta lalu di situ.
Tidak sampai beberapa minit, tiba-tiba cermin sisi belakang milik mereka ditembak.
" Sial, keluarkan senjata sekarang!" Arah Xander kepada konco-konconya. Malam yang sunyi itu penuh dengan bunyi tembakan dari dua buah kereta tersebut.
Xander sebagai pemandu sedaya upaya mengelak serangan yang sedang perpusu-pusu dari belakang. Tak pasal-pasal kalau dia yang ditembak, Free semua jatuh gaung.
Sedang Xander cuba menumpukan pemanduannya, terdengar bunyi yang kuat sedang menuju dari arah depan. Tanpa sempat berbuat apa-apa cahaya yang terlalu terang dari hadapan menyekat pandangan Xander untuk meneruskan pemanduan.
Prangggg!!!
Kereta mereka berpusing-pusing dan terbalik di atas jalan raya akibat hentaman yang kuat dari sebuah lori yang berada di hadapan.
Xander yang masih sedar melihat ke arah penumpang di dalam keretanya dalam keadaan terbalik. Yang lain sudah tidak sedarkan diri selain dia. Wajahnya kini dilumuri darah pekat yang menitik-nitik. Xander cuba meraung mengharapkan ada yang mendengar dari luar memandangkan dia sudah tidak mampu bergerak. Akhirnya Xander juga tidak mampu bertahan dan pandangannya berubah gelap.
To be continued...
Apa yang terjadi dekat Xander? Kalau nak tahu baca sambungannya yer, Sayonara!!
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Roman d'amour⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...