Bab 31 : DIA TAK KENAL AKU?

478 29 0
                                    

Kelihatan seorang lelaki dibawa masuk ke dalam sebuah bilik khas di balai polis. Kebetulan Erika baru sahaja selesai menyemak fail peribadi dan kes pecah amanah lelaki itu. Namun, dia perlu mendengar penjelasan yang tertuduh juga.

Tatkala melihat wajah lelaki itu membuatkan hati Erika luluh dan dia berdiam tidak berkutik.

" Xander..." Sebut Erika secara tidak sengaja.

" Excuse me? " Tegur lelaki itu apabila pandangan si gadis merangkap peguamnya itu masih tidak berkelip.

Sehinggalah Xander berdehem sedikit meleraikan suasana janggal di antara mereka.

" Cantik..." Tanpa di sedari terbit senyuman di sebalik wajah beku Xander.

"Kenapa aku tak perasan nama dia waktu semak fail ni?"
Hati Erika masih berdolak-dalik. Ingin sahaja dia keluar dan menolak kes itu mentah-mentah. Tak kisahlah siapapun nak ambil alih. Dia tak nak.

Ketika itu, dapat dilihat tangan Erika yang sedikit terketar sedang memegang sebuah fail milik anak guamnya itu.

" Cik Erika, bolehlah mulakan." Bisik PA kepada Xander menandakan sesi soal siasat dapat dimulakan.

Erika menarik nafas bagi menenangkan dirinya. Dia perlu professional, 'no heart in work' itulah prinsip yang telah membawa kejayaannya ke peringkat ini.

" Baiklah, saya Erika Airien, saya akan menjadi peguam awak untuk menyelesaikan kes ni. Oleh itu awak akan menjadi anak guam saya sepanjang prosedur ini berjalan." Tutur Erika tenang kepada jejaka di hadapannya itu.

" Sebelum itu, saya akan mengajukan beberapa soalan. Izinkan saya encik?" Soal Erika kepada PA Xander manakala Xander hanya menunduk tanda dapat memberi kerjasama.

" Baiklah Tuan Ariq, boleh saya tahu macam mana awak boleh terjebak di dalam kes ni?"

...

Selesai sahaja sesi soal siasat tadi, Erika terus bergegas pulang ke pejabat. Tidak lama selepas itu, air matanya mengalir perlahan di tubir pipi.

" Dia tak kenal aku ker?"

" Ataupun dia buat-buat tak kenal aku?" Soal Erika sendiri dengan perasaan kecewa.

" Kenapa dia nak kenal kau? Mesti dia tak nak ingat dengan perempuan murahan yang pernah sakitkan hati dia dulu." Itulah yang telah tersemat di dalam pemikiran Erika, bahawa kehadiran dia hanyalah satu mimpi ngeri buat Xander.

" Tapi, dia nampak lain. Dia bukan Xander yang aku pernah kenal dulu." Tanpa berlengah lagi, Erika terus menyemak fail peribadi Xander dengan lebih teliti.

" Ya, bukti bahawa dia bersalah dalam kes ni tak kukuh. Jadi mungkin aku boleh bebaskan dia dengan mudah. Mungkin dengan bayaran ikat jamin yang tinggi? Family diakan kaya. Mesti diorang sanggup buat apa sahaja." Omel Erika semangat.

Dalam masa yang sama, dia tersenyum sendiri. Hairan dengan semangatnya untuk menyelamatkan Xander daripada mendapat nama sebagai seorang bekas banduan.

" Takpe, itu memang tanggungjawab aku sebagai seorang peguam yang professional." Tegas Erika meyakinkan dirinya.

" Selesai jer kes ni. Everything will be okay..."

" Right?"

To be continued...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now