Waktu Malam,
Erika melihat pemandangan langit sambil mangingatkan peristiwa mengejutkan yang berlaku beberapa hari yang lalu.
" Kenapa dengan Ika kau baik? tapi dengan Erika..."
" Hai," tegur Xander tersenyum.
" Ehh, hai. Bila awak datang? Saya tak perasan pun," soal Erika agak terkejut.
" Saya baru sampai sini, ingat nak lepak jer. Tak sangka awak pun ada dekat sini. Lagipun awak termenung jauh jer manalah nak perasan saya ni," Erika tersenyum segan mendengar jawapan Xander. Betullah tu, Mata memandang ke langit namun fikirannya jauh ke planet Musytari.
" Ni kira jodohlahkan?" sengaja Xander mengusik.
" Hahaa..." ketawa hambar dihadiahkan kepada Xander. Maaf lawak tak jadi.
" Awak dah sihat ker? kan beberapa hari lepas awak baru keluar wad?" Erika mengubah topik, mencari bahan baharu untuk diajak berbual. Sebenarnya dia tahu bahawa lelaki itu sudah sihat seperti biasa. Kalau tidak, tak adalah tercongak batang hidung dekat U pagi tadi.
Alang-alang dah ada depan mata, masa inilah peluang untuk dia mengenali lelaki itu dengan lebih rapat.
" Saya dah sihatlah, risau ker takut lelaki idaman awak ni sakit?" soal Xander sekali lagi mengusik gadis di sisinya itu.
" Pembetulan, kawan lelaki yer... Salah ker saya risaukan awak?" soal Erika pelik dan Xander hanya ketawa.
" Tak salah pun, saya lagi suka..." jawab Xander perlahan.
" Apa dia?" soal Erika lagi apabila merasakan bahawa dia terdengar Xander berkata sesuatu.
" Tak ada apa-apalah. Saya tak cakap apapun," Xander cuba berdalih.
" Eh, tapi tadi saya rasa awak-"
" Saya laparlah pula tiba-tiba. Awak lapar tak?" celah Xander.
" Eh, kenapa tiba-tiba ni?"
" Ish, awak ni banyak cakaplah. Jom saya belanja," ajak Xander selamba menarik tangan Erika.
...
" Awak selalu makan dekat sini ker?" soal Erika sambil mengunyah makanannya. Dah orang nak belanja, rezekilah namanya. Hehehe...
" Yes, this is my favourite restaurant," jawab Xander sambil menikmati hidangannya juga.
" Ouhh, sedaplah makanan dekat sini. Saya nak datang makan jugaklah nanti," beritahu Erika dengan senyuman manis.
" Boleh jer, nanti saya belanjalah awak lagi,"
" Tak pelah, susah-susah jer," Erika sedikit segan. Mentang-mentang dia selalu ke hulu-hilir jalan kaki jer, takkan nak tunjuk yang dia tu miskin pulak kan?
" Alah, tak susah pun. Lagipun bukan selalu,"
" Ouhh...okaylah kalau macamtu. Orang kata rezeki jangan ditolakkan? Jadi kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan," selamba Erika menjawab tanpa segan silu. Sejak dia bertemu dengan Xander dan berlakon sebagai Ika, dia kini lebih mengenali sisi baik Xander.
Walaupun begitu, dia masih runsing memikirkan personalitinya yang diselindung apabila menjadi Ika.
Dia juga semakin pelik dengan sikap Xander terhadapnya semasa di universiti semalam.
Flashback
Erika yang sedang mengulang kaji pelajarannya di dalam perpustakaan merasakan ada sepasang mata yang memandangnya.
Dengan rasa sangsi, Erika memandang ke arah satu sudut berdekatan dengan tempat duduknya.
Kelihatan Xander selamba memandangnya dengan senyuman nakal. Apabila mata mereka lama bertembung, Xander tiba-tiba mengenyitkan sebelah matanya kepada Erika.
Erika yang terkejut terus memandang bukunya kembali malah mengangkat bukunya dan berselindung di sebalik buku itu.
Lama dia berselindung, sekali lagi dia cuba untuk memandang ke arah tempat itu kembali. Namun Xander sudah tiada disitu dan matanya terus meliar mencari lelaki itu.
" Kau cari aku ker?" soal seseorang yang kedengaran sangat dekat.
' Macam mana aku boleh tak perasan dia dekat sini?' soal Erika di dalam hati. Dia terkejut tak terkata apabila lelaki itu kini sudah berada di hadapannya.
Wajahnya berona merah namun sempat diselindung. Dia cuba beriak selamba lalu terus mengemas barangnya dan pergi meninggalkan Xander disitu.
...
Erika yang sedang berjalan di koridor, tiba-tiba terjatuh apabila kakinya dihalang seseorang namun dia sempat ditangkap oleh Ariq Xander. Xander lagi...
Mata mereka sekali lagi bertembung.
" Kau nak usha muka aku ni lama lagi ker macam mana?" soal Xander tersenyum sinis. Wajah Erika terus berubah merah padam. Perasaan malu dan marah bercampur membuatkan dia menjadi tidak keruan.
Kemudian Xander mengangkatnya untuk berdiri kembali apabila mengetahui bahawa Erika dari tadi memandang wajahnya dingin.
" Kau sengaja kan?" soal Erika mengecilkan matanya tanda tidak berpuas hati. Xander hanya menayang wajah selamba lalu meninggalkan Erika yang sudah terpinga-pinga di hadapan orang ramai.
End Flashback
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...