Bab 9 : KERANA SATU KEBETULAN

593 39 4
                                    

Malam keesokannya,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam keesokannya,

Erika seperti biasa akan keluar pada waktu malam bagi menghilangkan stress. Dan pada masa itu, dia sedang duduk di belakang sebuah air pancut yang ada di sebuah taman. Taman yang sama dengan Xander selalu pergi tu sebenarnya, Selalunya dia akan release tension dia dengan melihat bintang.

Ketika Erika sedang asyik melihat bintang-bintang yang berkelipan pada malam itu, tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara jeritan.

" Arghhhh!" jerit seorang lelaki entah dari mana.

" Dah kenapa mamat tu, buang tabiat ker? Tapi suara dia macam kenal lah," Erika cuba mengingati suara lelaki itu.

' Xander?' desis Erika di dalam hati. Dia yang ingin berlari dari situ tiba-tiba dikejutkan dengan suara seseorang dari belakang.

" Kau buat apa kat situ?" Erika yang sedar dia telah kantoi terus beralih melihat wajah Xander sambil tersenyum bagai kerang busuk.

' Perempuan tu? Kenapa dia ada kat sini? Ataupun tempat nipun jadi port dia?' timbul beribu persoalan di dalam fikiran Xander.

" Awak nampak ker semua tadi?" soal Xander kedengaran agak dingin, namun wajahnya masih kosong.

" Sa...saya tak berniat pun nak teng...tengok awak," jawab Erika tergagap-gagap. Dia hanya berharap yang Xander tidak mengenalinya.

Beberapa saat kemudian, Xander tiba-tiba mendekati Erika tanpa sebarang sebab. Erika pula sudah menelan air liurnya melihat wajah Xander yang seram dan pucat.

Belum sempat Erika mengundur ke belakang, tiba-tiba tubuh Xander rebah di atas bahu Erika dan mereka berdua terjatuh ke belakang.

" Ya Allah, beratnya. Ni manusia ke gajah ni?" sempat lagi Erika mengutuknya perlahan.

" Xander? Awak okay ke tak ni?" soal Erika pelik dan cuba mengangkat tubuh Xander yang berada di atasnya ketika itu. Namun, pergerakannya terhenti apabila dia merasakan ada suatu cecair di bahagian belakang Xander.

" Ni macam, darah!" cuak Erika ketika itu. Dia yang terlampau panik terus membaringkan Xander dan meminta tolong.

Namun segalanya sia-sia, berapa ramai sangat orang nak lalu dekat kawasan tu malam-malam buta ni? Dalam keadaan yang panik, Erika mendapat suatu idea. Dia terus meraba poket seluar Xander dengan badan yang sudah menggigil ketakutan. Sesiapa yang sedang mengalami masalah macamtu mesti akan menggigil punta. Ataupun korang rileks jer? Cer share sikit.

"Jumpa pun!" apabila Erika menjumpai kunci kereta Xander, dia terus memapah Xander ke keretanya dengan berhati-hati dan membawa Xander ke hospital.

Di hospital,

Selepas 3 Jam menunggu di depan dewan bedah, akhirnya seorang doktor keluar dari pintu dewan bedah tersebut.

" Cik siapa yer? " soal doktor itu kepada Erika.

" Saya ka...kawan dia. Macam mana keadaan dia sekarangni?" soal Erika masih dalam keadaan cemas.

" Alhamdulillah, Encik Xander selamat. Tapi boleh saya bercakap dengan Cik sekejap? " soal doktor itu.

" Baiklah..."

...

Erika merebahkan dirinya ke atas katil, selepas bercakap dengan doktor tadi, Erika terus pulang ke rumah dan membersihkan diri. Erika cuba untuk melelapkan mata namun tidak terlelap, kata-kata doktor sebentar tadi sangat mengejutkannya.

Flashback,

" Sebenarnya Encik Xander cedera kerana ditembak." kata doktor itu.

" A..apa maksud doktor?" soal Erika terkejut dan wajahnya berubah pucat.

" Cik tahu tak apa yang berlaku sebenarnya? sebab keadaan Encik Xander agak kritikal sewaktu dia dibawa ke sini. Mujur Cik sempat sampai kalau tidak mungkin dia tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan banyak darah," terang doktor itu lagi.

" Saya sebenarnya tak tahu apa yang berlaku masatu. Sebab sewaktu kami baru berjumpa tiba-tiba dia terus jatuh rebah," bilang Erika perlahan dengan mata yang agak berkaca.

" Oh, macamtu. Tak apalah, esok Encik Xander akan dipindahkan ke wad biasa dan cik dah boleh melawat dia."
beritahu doktor itu sebelum beredar. Erika pula hanya terdiam dan terus pulang dengan menghubungi grab.

End Flashblack.

To be continued...

Sorry sebab lama tak update. Kebelakangan ni sis tak ada idea sangatlh nak sambung jalan cerita. Hehehe...tapi apapun harap korang enjoy yer.

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now