Bab 7 : TANPA ANISA

623 40 4
                                    

Seminggu kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu kemudian,

Sejak malam itu, hampir setiap malam Erika akan curi-curi keluar dari rumah. Terutamanya kalau dia stress, entah kenapa makin menjadi-jadi perangai si Lydia tu.

Xander dengan dia dah jadi musuh. Xander selalu kenakan Erika dan mengganggunya tanpa sebab. Confirmlah jadi perang dunia. Tapi tak pelah Anisa sentiasa berada di sisi. Lepas habis kelas, selalunya mereka berdua akan melepak di atas bumbung bangunan fakulti mereka.

Namun, harini Anisa tidak dapat hadir ke kelas. Katanya ada urusan keluarga, jadi Erika bersendirianlah nampaknya.

Semasa di dalam kelas,

" Okay semua, sila hantar assignment yang saya beri minggu lepas," arah lecturer Haniza kepada seisi kelas.

" Eh, mana assignment aku ni? Rasanya aku bawak harini," Erika mula panik apabila kertas laporan yang dicarinya tidak dijumpai di dalam beg.

" Erika..." panggil Maya yang berada di belakangnya. Tetapi macam biasalah, kalau tak nak jadi perang dunia sila pekakkan telinga jer.

" Erika... pandanglah sini," panggil Lydia pula dan Erika dengan malasnya melihat ke arah mereka. Alangkah terkejutnya dia apabila kertas laporannya kini berada di tangan Lydia.

Erika menelan air liur pahit. Dia takut jika mereka menganiayainya dengan lebih teruk kali ini. Tambahan pula apabila Anisa tiada. Kenapalah dia ni nampak lemah sangat dekat mata reader ni? Aduhh, semua salah author. Aikk, saya pulak?

" Aku nampak kertas ni nak jatuh tadi, so aku ambillah. Tapi ada sebahagian kertas ni terkoyaklah. Macam mana ek?" soal Lydia ingin mempermainkan Erika.

" Bagi kat aku please... Aku dah tak nak bergaduh dengan kau. Aku merayu sangat," Erika semakin lemah, dia takut sekiranya apa yang difikirkannya akan berlaku.

" Hahaha! Alalala.. kesiannya dia. Tapikan aku memang nak bergaduh dengan kau. Sebab aku rasa puas hati bila orang pandang yang kau ni teruk," kata Lydia jahat lalu mengoyakkan kertas laporan didahadapannya.

Alangkah hancurnya hati Erika ketika itu. Dia hanya menahan takungan air matanya dari melimpah dengan deras. Perasaan hampa berbaul dengan marah membuatkan Erika menggepal penumbuk dan memandang dua ekor beruk itu tajam. Namun Erika hanya mampu terdiam sepanjang kelas.

Waktu rehat,

Erika yang baru sahaja ingin keluar dari kelas dipanggil Puan Haniza.

" Erika, kamu sorang je tak hantar report assignment yang saya suruh buat tu," beritahu Puan Haniza hairan.

" Sa... saya mintak maaf puan, saya dah siapkan assignment tu tapi semuanya terkoyak," terang Erika tunduk menikus.

" Erika, kamu antara top student dalam kelas saya tau. Kenapa kamu buat perangai macamni? Lagipun alasan kamu tadi tak munasabah tahu tak? Tak boleh diterima langsung. Maafkan saya, markah dimerit awak akan dipotong sebagai pengajaran kepada awak," tegas Puan Haniza kepada Erika sebagai pengajaran.

" Tapi puan-"

" Tak ada tapi-tapi, inipun kira baik saya tak laporkan kepada Dekan. Kalau tak, awak boleh dikenakan tindakan. Jadi tolong jangan ulangi perkara remeh ini lagi," sambung Puan Haniza sebelum meninggalkan Erika di situ.

Erika yang tidak mampu bertahan lagi terus berlari keluar dari kelas dan ingin menuju ke tempat biasa dia dan Anisa selalu melepak.

Dalam perjalanan, dia telah merempuh seseorang dengan agak kuat.

" Maafkan saya," Erika hanya menunduk dan terus berlari ke tempat yang ingin dituju sebelum air matanya tidak lagi mampu ditahan.

Xander's POV,

Xander yang ingin menuju ke kafeteria tiba-tiba dilanggar oleh seorang perempuan. Wajahnya tidak dapat dilihat kerana dia hanya menunduk dari tadi. Namun suara gadis itu membuatkan dia teringatkan seseorang. Gadis yang pernah melanggarnya semasa hari pertama dia masuk ke Universiti dahulu.

Tanpa berlengah lagi, Xander terus mengikuti gadis itu secara senyap dari belakang. Dia mengikuti gadis itu sehingga ke tingkat atas bumbung sebuah bangunan.

Apabila dia tiba di sana, suara tangisan gadis itu mula kedengaran agak kuat membuatkan Xander terus bertindak berselindung di sebalik dinding bangunan tersebut.

" Kenapa?" laung Erika melepaskan segala yang terbuku di hati.

" Kenapa aku yang jadi mangsa?"

" Kenapa semua orang kejam sangat dengan aku?" rintih Erika sendiri.

" Anisa. Isk...isk... aku perlukan kau sekarangni, Isk...isk... " tangisan dan kata-kata gadis itu dapat didengarinya dengan jelas.

" Erika?" desis hatinya.

" Kenapa dia menangis?" persoalan itu tiba-tiba muncul di dalam kotak fikirannya.

Di rumah Xander,

" Kenapa dia menangis?" soal Xander lagi. Tiba-tiba muncul rasa simpatinya setelah mendengar rintihan gadis itu bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

" Kenapa aku yang jadi mangsa? "

" Kenapa semua orang kejam sangat dengan aku?"

Kata-kata itu bermain di dalam kotak fikirannya berulang kali membuatkan dia menjadi penasaran dengan kehidupan gadis itu.

' Tapi kenapa aku kisah sangat pasal dia? Ahh lantaklah. Tu masalah dia, ada aku kisah?' monolog Xander sendiri.

End POV.

To be continued...

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now