Bab 28 : KESILAPAN TERBESAR

497 34 1
                                    

Sila buka lagu di atas sambil baca dan menghayatinya di bawah.

" Lepaslah! Apa awak nak ni Xander?" Marah Erika apabila Xander menyerangnya secara tiba-tiba. Niatnya untuk menenangkan diri bersendirian di tempat rahsianya terbantut kerana kehadiran Xander secara mengejut.

" Aku nak kau jauhkan diri daripada Adrian." Tutur Xander keras sambil menahan tangan Erika kuat tersandar ke dinding.

" Huh, kenapa awak nak kisah pula? Bukan ker awak yang anggap kita tak pernah kenal? Jadi jangan ganggu hidup saya lagi!" Marah Erika cuba untuk lepas dari genggaman Xander.

' Apa motif dia buat macamni? Takkanlah cemburu dekat Adrian? Erika stop thinking nonsense! Ataupun dia nak jaga Adrian tu dari jadi mangsa macam dia?' Pelbagai Tanda tanya menerjah pemikiran Erika sehingga dia terleka tentang situasi yang sedang menimpanya ketika itu.

" Hei perempuan! Aku tak kisah pun pasal hidup kau. Kau boleh pergi mampus!" Kata-kata itu sedikit sebanyak mula menyiat hati Erika. 'Sampai macam ni benci dia dekat aku?'

" Cuma kau jangan jadikan Adrian tu mangsa kebodohan kau selepas aku! Cukuplah aku yang sakit sebab diperbodohkan oleh perempuan macam kau!" Xander mula naik berang.

" Bukan saya yang mulakan semua ni. Adrian yang nak kenal dengan saya, jadi semua ni bukan salah saya." Erika sinis. Dalam masa yang sama dia sengaja ingin mencabar keegoan lelaki itu.

" Kau tahu tak perempuan macam kau ni tak layak hidup bahagia! Perempuan tak ada maruah!"

" Panggg!" Satu tamparan kuat singgah di pipi Xander sehingga dia terdorong ke tepi.

" Awak dah melebih Xander! Awak tahu tak hati saya selamani hanya untuk awak? Tapi saya sedar dengan perkara bodoh yang saya buat dekat awak sebelumni, awak takkan terima saya lepasni." Ya dia perlu melepaskan segalanya. Segala yang terbuku di hatinya sejak Xander menganggapnya sebagai orang asing. Dia reda.

" Tapi dengan apa yang awak cakap dekat saya sekarangni buatkan saya faham dan sedar. Sepatutnya bukan cinta yang saya pertaruhkan untuk awak. Tetapi benci!"

" Awak nak tahu sesuatu? saya juga menyesal dengan kebodohan saya membenarkan seorang lelaki seperti awak mengenali diri saya yang sebenar. Sepatutnya saya hanya biarkan awak kenal Erika yang bongkak dan sombong! Sebab saya tahu awak memang bencikan Erika. Tapi bukan bencikan diri saya yang sebenar. Saya terpaksa berlakon sebagai Ika. Awak tahu sebab apa?" Soalnya geram dengan lenangan air mata.

" Kalaulah awak tahu perempuan yang awak jumpa malamtu ialah Erika. Awak akan berkawan dengan dia ker Xander?" Soal Erika lemah dan menyeka air matanya kasar. Xander tidak memberi sebarang reaksi. Soalan Erika berlegar-legar di dalam kotak pemikirannya.

Sambung lagi lagu di atas

" Saya silap Xander..." Kata Erika perlahan-lahan menyentuh dan menatap wajah Xander lama. Ya, dia rindu dengan wajah manis Xander. Malah Xander juga tidak melawan.

" Saya rindukan Xander yang dulu, peramah, kelakar...Tapi saya tahu sebab saya juga Xander yang dulu lenyap sekelip mata." Rintih Erika melepaskan segalanya. Jika itulah kali terakhir untuk dia menatap wajah lelaki itu selepas ini. Biarlah dia membuang egonya untuk lelaki yang telah dicintainya separuh mati.

" Maafkan saya..."

" kesilapan terbesar saya adalah mengenali awak Ariq Xander..." Ucap Erika lemah lalu meninggalkan Xander disitu.

Xander mengiringi pemergian Erika dengan takungan air mata. Dia memegang dadanya menahan sebak namun segalanya sia-sia. Walaupun dia telah berjanji pada dirinya bahawa tidak akan menangis lagi kerana Erika.

Benar kata Erika. Adakah dia akan menerima kehadiran gadis itu jika dia tahu gadis yang dikenalinya malam itu ialah Erika dan bukannya Ika?

Baru dia sedar apa yang dilakukannya kepada Erika terlalu kejam. Akhirnya dia melakukan kesilapan yang terbesar sekali lagi dengan menuduh Erika tanpa usul periksa dan mengetahui kebenarannya.

Dan dia tidak mampu mengubah apa yang telah dia lakukan terhadap Erika.
Aku mengaku aku juga cintakan kau Erika... sehingga kini dan selamanya.

To be continued...

Macam mana? Inilah bab yang paling susah untuk Author tulis. Author sendiri pun sebak ketika menulis cerita bab ni. Jadi, tunggulah apa yang akan berlaku selepas ini. Sayonara...

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now