" ...aku rasa kereta diorang ada lambang warna gold." Kata-kata Aaron mula menjengah mindanya sekali lagi. Pandangannya jauh di luar balkoni namun pemikirannya ke tempat lain. Malam yang sunyi itu menenangkan Xander untuk berfikir.
Tiba-tiba ada sepasang tangan yang memeluknya dari belakang. Lama Xander berjeda sebelum menyentuh tangan yang sedang memeluknya.
" I miss you..." Bisik Erika perlahan, entah mengapa, sejak dua menjak ini dia tidak ingin berenggang dari Xander. Haruman badan Xander seperti menghayalkan membuatkan dia ingin berkepit 24 jam.
Tidak lama selepas itu, Xander pula mengubah posisi badannya menghadap Erika. Rambut yang terjurai di wajah Erika diselitkannya perlahan.
" Are you okay now?" Soal Xander simpati. Lama mata mereka memandang antara satu sama lain sebelum Erika tersenyum.
" Feeling better. Thank you sebab faham keadaan saya." Ucap Erika ikhlas, dua minggu lelaki itu bersabar menunggunya.
" Alhamdulillah..." Kata Xander mencium dahi isterinya penuh kesyukuran, jujur dia tidak sanggup melihat gadis itu mengeluarkan air matanya. Erika pula hanya memejamkan mata mengamati perlakuan Xander, dia rindu dengan sentuhan lelaki itu.
" Esok saya dah boleh start kerja balik. Abang izinkan tak?" Pinta Erika, mereka masing-masing membuang pandangan ke luar balkoni.
" Kalau sayang rasa okay dah abang tak halang. Cuma mulai dari harini, kita akan pergi sekali. "
" Okay.. sayang ikut jer." Erika melentokkan kepalanya di dada bidang Xander.
Xander memeluk pingang isterinya erat, sebenarnya ada perkara lain yang mengganggu fikirannya. Dia tahu Erika ialah titik kelemahan terbesarnya. Kerana itu jugalah Erika sentiasa berada di dalam bahaya.
" Are you okay?" Soal Erika apabila melihat wajah Xander yang kelihatan resah.
" I miss you a lot dear.." Ujar Xander dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Hanya itu perkataan yang mampu keluar dari mulutnya.
" Let me heal you..." Kata Erika dengan pandangan menggoda. Xander pula hanya tersenyum melihat bibir Erika yang kemerahan itu semakin mendekatinya. Tanpa membuang masa, Xander sendiri meragut bibir Erika lembut, pelukan pada leher Xander semakin dieratkan. Setelah agak lama bersatu tautan bibir mereka dilepaskan untuk mendapatkan udara kembali.
" Sayang..." panggil Xander dengan suara yang menggoda sebelum pandangan mereka bertembung.
" Jom tidur.." belum sempat Erika berkata apa-apa, Xander terus menarik tangan Erika ke arah katil. Erika pula hanya menurutkan sahaja. Diorang tidur jer ekk jangan fikir benda lain...
...
" Hai Adrian, lama kau menghilang lepas kes tu, tiba-tiba pula muncul." Ujar Lydia kepada Adrian Razif yang berada di sebuah cafe.
" Macam mana plan kita? berjaya tak?" Soal Adrian tak menyabar.
" Ni Lydia, haruslah menjadi. Sekarang kerja kau pulak yang tak dibuat lagi. Ingat Adrian, kau dapat Erika aku dapat Xander. Sebab perkara ni, aku sanggup dibuang kerja tau." Ujar Lydia penuh yakin. Dia tidak mahu terlepas lelaki itu sekali lagi.
Adrian pula hanya mengangguk faham, jadi sudah tiba masanya dia bertindak. Dia juga tidak akan melepaskan peluang untuknya mendapatkan Erika, dia akan lakukan apa sahaja agar gadis itu menjadi miliknya.
" Ni kau tak ada kerja ka?" Soal Lydia hairan.
" Aku boss, bila-bila nak masuk pun tak ada masalah." Jawab Adrian selamba menghirup air dihadapannya.
Namun musuh utama sebenarnya ialah Xander, lelaki itu bukan calang-calang untuk dikalahkan. Tambahan pula dengan bantuan Xaiden dan ahli kumpulan mereka yang lain. Dia perlu membuat perancangan yang licik dan bijak.
" Tunggu sekejap je lagi Erika, aku akan lepaskan kau daripada genggaman Xander." Sinis Adrian menggepal penumbuknya.
Di pejabat Erika,
Erika menutup fail yang penuh di atas mejanya. Kepalanya yang terlalu pening membuatkan dia tidak dapat duduk senang.
" Aku stress sangat kot" desis Erika sendiri. Dania yang lama melihat wajah pucat Erika mula berasa risau.
" Puan Erika okay ker? muka puan nampak pucat." Tegur Dania menghulurkan segelas air kepada tuannya.
" Saya pening kepala sikitlah. Penat sangat rasanya, banyak benda jadikan semenjak dua menjak ni." Jawab Erika sambil memicit kepalanya yang berpusing-pusing.
" Puan Erika makan panadol ni dulu." Huluran dua biji panadol diraih Erika lalu ubat itu laju ditelannya dengan air yang diberikan oleh Dania tadi.
" Puan Erika pergilah klinik sekejap lagi. Mana tahu bukan sebab stress." Kata Dania dengan senyuman. Erika pula hanya memandang Dania pelik.
To be continued...
Sorrylah kalau bab ni membosankan, author actually nak habiskan cerita ni secepat mungkin kalau boleh. Alang-alang pkp Ni, banyaklah Masa terluang. Apapun harap semua enjoy yer. Sayonara!!
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...