Bab 22 : AWAK ADA KEMBAR?

468 25 5
                                    

Pandangan Xander tidak lepas pada gadis di hadapannya yang sedang bermain violin.

Entah kenapa, setiap kali pandang sahaja muka Erika mengingatkan dia pada seseorang...Ika.

Dan kenapa baru dia perasan yang wajah Erika dan Ika hampir seiras? Cuma perwatakan mereka berdua tidak sama 180 darjah.

" Ariq Xander!" Sergah Erika membuatkan lamunan Xander terhenti.

" Awak ni dah kenapa? Saya panggil awak dekat sepuluh kali dah tak sahut langsung!" Erika mendengus dengan jelingan tajam.

" Ehermm! Awak nak apa panggil saya?" Soal Xander tenang.

Dahi Erika berkerut mendengar soalan lelaki itu. Teruknya dia punya mengelamun...

" Saya yang sepatutnya tanya awak. Kenapa tiba-tiba berhenti main ni?" Xander terus melihat ke bawah.

' Aku tengah main piano ker tadi?' Monolog Xander memandang pada papan kekunci piano.

" Awak okay tak ni Xander?" Soal Erika pelik. Ingat dia tak perasan ker dari tadi Xander termenung memandangnya?

" Saya okay..."

" Erika saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Soal Xander.

" Tanya apa?"

" Awak ada kembar eh?" Soal Xander tanpa laju.

" Hah!? Mana adalah...merepek jer awak ni. Kenapa?" Soal Erika berdalih pula.

"Apa motif dia? Dia baru perasan ker yang muka Ika dengan aku sama?" Dalam diam dia menelan air liurnya cuba untuk bertenang.

" Hmmm tak ada apalah..." jawab Xander perlahan.

"Dah..dah!! Jom sambung practice. Awak jangan berangan lagi eh kalini" Kata Erika dengan jelingan maut namun Xander hanya membalasnya dengan senyuman sinis.

Erika menelan air liurnya kasar. Hanya Allah yang tahu betapa jantungnya berdegup sangat kencang apabil disoal begitu.

" Ouhh...okay. Satu lagi soalan."

" Apa lagi?"

" Kenapa setiap kali practice awak tak akan main lagu bagi habis eh?"

" Se-sebab..."

" Macam nilah. Cuba kita practice lagu kalini bagi habis tiga-tiga lagu." Erika mati kata apabila Xander menarik tangannya untuk mendekatkan jarak antara mereka berdua.

" Cubalah main. Start okay? One...two...three...four."

...

" Woi! busy sangat dah ni sampai lama tak lepak dengan kitorang." Perli Aaron menepuk bahu Xander.

" Baru seminggulah aku tak lepak. Apahal rindu ker?"

" Haah.. memang pun. Tapi bukan akulah.. Ryan."

" Kepala otak kau!!" Ryan membaling bantal tepat ke arah Aaron. Xander pula hanya melayan karenah sahabat-sahabatnya itu. Namun tidak bagi Adrian, dia hanya berdiam sambil memandang ke arah Xander.

" Wei, Adrian tu apahal?" Soal Xander kepada Aaron.

" Entah. Wei Adrian! kau okay tak?" Soal Adrian selamba namun Adrian hanya mengangguk.

" Biarlah dia. PMS kot..." sebuah lagi bantal mengena tepat di belakang kepala Aaron membuatkan dia terjerit.

" Jangan buat lawak bodohlah bodoh!!" Marah Adrian terus melulu ke arahnya.

" Sakitlahh!! Weiii!!..."
Telinganya ditarik kuat oleh Adrian manakala yang lain hanya ketawa berdekah-dekah.

"Muahahaha... rasakan!! Bagi aku tambah sikit." Kata Ryan lalu menggeletek badan Aaron sehingga dia terjatuh dari sofa seperti nangka busuk kerana tidak tahan geli.

" Jahatlah korang! Janganlah seksa aku... Huwaaa!! Mama!" Mendengar rengekan Aaron yang menggelikan itu, Xander juga mengenakan rakannya Si Aaron.

" Muahahaha!! Lain kali mulut tu jaga sikit, jangan main redah jerr... Hahh! Padan muka kau gelaklah sampai mampus. Hahahaha!!" Kata Adrian makin ligat tangannya mengetuk kepala Aaron.

" Ampunn!!"

" Tiada maaf bagimu!" Jawab Ryan pula dengan ketawa jahatnya. Akhirnya suasana perjumpaan mereka berakhir dengan gelak tawa. Macam budak-budak jugak geng poyo ni kan? Hahaha...

To be continued...

Sorrylah kalau cerita ni rasa macam makin merapu. Author pun kena kaji balik cerita sendiri, bila lama tak update macamnilab jadinya, hilang ingatkan. Apapun harap semua enjoy okayy. Sayonara!

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now