Erika menunggu gilirannya di luar bilik muzik. Ramai memandangnya aneh ketika itu, namun Anisa yang setia di sisi menguatkan semangatnya.
Sedang menunggu, tiba-tiba kedengaran bunyi piano dimainkan dari satu sudut. Semua orang tercari-cari dari manakah datangnya bunyi itu begitu juga Erika.
Mendengar bunyi yang sangat menusuk kalbu itu membuatkan jantungnya berdetak laju. Pemegang beg Violinnya di genggam erat. Selepas lima minit, tiba pula gilirannya.
Dia melangkah masuk dengan teragak-agak sebelum menghadap beberapa orang penilai dihadapannya.
" Lagu apa yang awak akan mainkan?"
" My heart will go on by Celine Dion," sejurus itu, dia mula memainkan violin dengan sangat mengamatinya.
Dalam matanya terpejam, kenangan zaman kanak-kanaknya terlayar di dalam ingatan.
Flashback 5 tahun lalu,
Erika menghabiskan masanya dengan bermain violin di dalam bilik muzik sekolah kerana dengan cara itu dia dapat meluahkan perasaannya. Dia juga merupakan salah seorang ahli muzik yang terhandal di sekolah menengah.
Sehinggalah segalanya berubah.
" Juara bagi pertadingan kesenian muzik kategori violinist peringkat kebangsaan tahun ini dimenangi oleh adik Erika Aeirin binti Zarif ," Semua memberikan tepukan yang gemuruh di atas kemenangannya itu.
Setelah dia turun dari pentas, semua peserta lain memandangnya dengan tidak berpuas hati. Erika hanya mengendahkannya. Cemburulah yang lain tu...
" Erika!" panggil seseorang dari jauh. Erika berlari anak menuju ke arah sahabatnya lalu memeluknya erat. Namun pelukannya ditepis kasar.
" Aku tak nak tengok muka kau lagi, " tengking sahabatnya kasar.
" Ta...tapi kenapa?"
" Aku tak nak kawan dengan orang yang penipu macam kau!" Gadis dihadapannya itu menolak Erika sehingga dia terdorong ke belakang.
" Kau ingat aku tak tahu ker yang papa kau rasuah semua juri ni supaya kau menang. Padahal aku yang layak!"
" Hah? Apa yang kau mengarut ni Fia?" Erika yang semakin panas hati akhirnya membuka bicaranya.
" Huh, kau ingat aku tak tahu ke perangai orang kaya macam kau ni? Kau kawan dengan aku pun sebab kau tak ada kawan kan? Dasar hipokrit!" Semua yang berada di situ memandang mereka berdua hairan.
" Kau cakap apa ni hah? Tiga tahun kita kenal. Kau masih sangka buruk dekat aku?"
" Aku dah lama tahan telinga dengar orang mengumpat pasal kau. Tapi aku percaya dekat kau," mendengar pengakuan begitu membuatkan hati Erika lega sedikit.
" Tapi sekarang tak lagi," Alangkah hancurnya hati Erika ketika itu. Namun air matanya cuba ditahan.
" A...apa yang kau nak aku buat supaya kau puas hati balik?"
" Aku yang sepatutnya jadi juara dan menang hadiah RM10 000 tu. Bukannya kau! Kau tak layak pun dapat gelaran tu," ujar Fia berterus terang.
" Baiklah, demi kau aku akan tarik diri balik dari gelaran ni,"
" Tak perlu. Dah terlambat pun. Bila peristiwa harini berlaku. Aku akan anggap yang Erika tak pernah wujud dalam hidup aku," Kata Fia lalu berlalu meninggalkan Erika yang sudah terpaku mendengar kata-kata Fia.
Hatinya hancur sehinggakan semangatnya dalam bermain violin mula luntur. Dia tidak menyentuh violinnya lagi sejak kejadian itu.
End Flashback.
Tanpa disedari air matanya tiba-tiba mengalir perlahan dari tubir mata dan menimbulkan kehairanan pihak juri.
Belum sempat lagu itu dihabiskan, Erika berhenti secara tiba-tiba..
" Maafkan saya. Saya boleh main setakat ini sahaja. Sekian terima kasih..." Kata Erika menunduk hormat dan terus meninggalkan bilik muzik dengan keluhan.
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...