Bab 49 : SAYA FIA

382 23 0
                                    

Xander membuka matanya secara mengejut. Tubuhnya menggigil dan badannya sudah lencun berpeluh. Dia menoleh ke arah Erika yang nyenyak tanpa sebarang gangguan.

Xander meraut wajahnya kasar, nasiblah semuanya mimpi sahaja. Sejak pulang dari honeymoon mereka sebulan yang lalu, hampir setiap malam dia bermimpi perkara yang pelik dan mengejutkan. Malah mimpi itu seakan sudah pernah dilaluinya, seperti memorinya yang telah hilang.

Xander mengeluh sambil bersandar pada kepala katil. Dia tidak mampu melelapkan mata kembali, semua mimpi anehnya sebelum ini mula menerjah fikirannya. Siapakah dia sebelum ini? Itu yang sentiasa menjadi tanda tanya.

Dia sekali lagi memandang ke arah Erika dengan senyuman nipis. Tenang sedikit hatinya melihat wajah polos Erika ketika itu. Namun apakah kaitan diantara dia dan Erika dahulu?

Terlayar pula pertemuan kedua mereka yang membuatkan Xander mahu mendekati Erika sebelum ini.

Flashback,

" Hai, ingat saya?" Soal Xander laju mengekori Erika, kebetulan mereka keluar daripada restoran yang sama, tertarik pula dia untuk menyapa gadis itu.

" Ehh, Tuan Ariq. Ada kerja kat sekitar sini ker?" Soal Erika sedikit panik, langkahnya semakin pantas meninggalkan Xander sehingga lelaki itu bertindak menghalangnya

" Apa halang-halang orang ni?" Soal Erika tidak mahu memandang ke arah Xander.

" Saja nak berbual dengan awak, kalau awak tak berhenti berjalan macam mana saya nak bercakap?"

" Saya sibuklah Tuan Ariq, kalau nak ajak berbual sila buat appointment yer.."

" Kita pernah kenal ker sebelumni?" Spontan soalan itu disoal dari Xander.

" Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya Tuan Ariq Xander. Sekarang kes kita dah selesai, tiada sebab untuk awak berjumpa dengan saya."
Jawab Erika sedikit kasar intonasinya.

" Hmmm.. boleh tak saya nak kenal awak?" Soalan lelaki itu dibiarkan sepi.

" Macamnilah Tuan Ariq Xander, kalau ada perkara yang sangat penting untuk dibincangkan, sila buat appointment dengan PA saya. Saya minta diri dulu."

Xander memandang Erika sinis. Sekeping mengeluarkan gambar dari dalam poket seluarnya dan gambar itu ditatap lama, dia yakin inilah gadis yang dicarinya selama ini. Erika Airien.

End Flashback,

Pipi Erika diusap perlahan, dia pasti
Isterinya itu seakan menyimpan sejuta rahsia darinya, baru-baru ini dia telah dikejutkan dengan status keluarga Erika.

" Apa lagi yang kau sembunyikan dari aku Erika?" Soal Xander perlahan tidak mahu menggangu Erika.

...

Di dalam kepekatan malam, Xander memandu dengan berhati-hati untuk pulang ke rumahnya. Harini Xander pulang lewat kerana timbunan fail yang diterimanya semasa cuti bebulan madu seminggu yang lalu.

Deringan telephone dari seseorang laju diangkat.

" Assalamualaikum abang on the way balik sekarangni." Beritahu Xander kepada orang yang menelefonnya iaitu Erika.

Sedang dia memandu, seseorang melintas jalan raya secara tiba-tiba membuatkan Xander menekan padel brek secara mengejut.

" Sayang, nanti kita jumpa dekat rumah okay. Bye.." Xander melangkah keluar dari kereta dengan berhati-hati. Manalah tahu yang melintas tu bukan manusia. Faham faham jelahh...

Sangkaannya meleset apabila dia melihat figura seorang perempuan yang sedang terbaring di atas jalan raya.

" Cik? Are you okay?" Soal Xander rasa bersalah.

" Macam manalah dia boleh tiba-tiba muncul?" Keluh Xander. Melihat gadis yang berada di hadapannya masih sedar, Xander terus memapah gadis itu masuk ke dalam kereta dan membawanya ke klinik berdekatan.

" Terima kasih sebab tolong saya." Kata Gadis itu tersenyum manis. Xander hanya mengangguk, dia bukan jenis yang peramah tambahan pula dengan perempuan.

" Aku hantar kau." Kata Xander pendek lalu masuk ke dalam perut kereta terlebih dahulu. Tak ada masa nak bukak pintu bagai, dia luka sikit jer sebab jatuh mengejut.

" Saya Fia." Kata gadis itu lagi menghulurkan tangan.

" Tak nak tahu. Mana rumah kau ni?" Soal Xander mula rimas dengan gadis yang bernama Fia itu.

" Rumah saya dekat Taman Melawati." Tanpa membuang masa, dia terus meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Jam yang tertera di screen hadapan keretanya dilihat dengan keluhan. Sebab dia yang muncul tengah jalan malam-malam buta ni dia masih tidak dapat pulang ke rumah.

To be continued...

Sorry kalau bab ni bosan sikit. Sebab author tak ada banyak idea sangat dalam masa terdekat ni. Lepasni author akan sambung dengan cerita yang lebih menarik Insya Allah. Hope semua still enjoy. Sayonara!!

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now