Pintu rumah yang menjadi tempat penyembunyian Erika dirempuh kasar. Seperti yang dijangka. Makin ramai pengawal yang berada di dalam bangunan tersebut. Kini hampir 30 orang yang memenuhi tingkat bawah.
Mereka bertiga hanya tersenyum sinis melihat wajah bengis yang terpamer pada wajah para musuh.
" Tak delah ramai sangat..." Sinis Xaiden berbicara dan yang lain hanya tersenyum mengejek.
" Aku nak naik cari Erika." Ujar Xander kepada Mark dan Xaiden yang berada di sisinya. Mereka berdua hanya mengangguk dan membuka langkah bersedia untuk menyerang.
" Serang!!" Sebut salah seorang musuh yang berada di hadapan dan menuju ke arah mereka bertiga.
Bermulalah sesi perlawanan antara tiga orang jejaka kacak dengan berpuluh-puluh orang musuh mereka.
Setelah beberapa orang dikalahkan oleh Xander, akhirnya dia dapat melepaskan diri, anak tangga terus didaki untuk ke tingkat atas. Dia tahu Xaiden dan Mark boleh uruskan semua dekat bawah.
Sesampainya dia di tingkat atas, Xander berasa agak hairan apabila melihat keadaan yang agak lengang dan sunyi. Dekat bawah bukan main ramai pengawal.
Baru sahaja Xander hendak melangkah, dia terdengar derapan kaki seseorang berjalan dari belakang.
Bangg!!
Tembakan yang dilepaskan ke arah Xander sempat dielak. Dengan pantas dia memulas tangan lelaki itu sehingga pistolnya dilepaskan dan dia mengunci tengkuk dan tangan lelaki itu sehingga si dia tidak mampu bergerak. Seperti biasa, Xander akan memukul belakang kepala mereka sehingga pengsan. Dia tak ada masa nak beraksi lebih-lebih, misinya adalah untuk menyelamatkan Erika Airien dan mereka boleh bersama semula. Ceh..
Kemudian, Xander dengan berhati-hati nya menolak setiap daun pintu bilik yang berada di tingkat tersebut. Memang banyak sungguh bilik dia.
Sehinggalah Xander tiba di sebuah bilik yang terletak paling hujung. Dengan perlahan pintu itu dibuka dan terpacul susuk seseorang yang amat dikenalinya.
" Sayang." Panggil Xander sayu melihat wajah Erika yang basah dek air mata yang mengalir tanpa henti.
Erika menggeleng laju apabila Xander semakin mendekatinya. Seperti ada yang sesuatu yang ingin dia katakan dalam keadaan mulutnya diikat dengan kain. Setelah dia masuk ke dalam bilik, baru dia sedar bahawa ada orang di sebalik pintu yang sedang menanti dan-
Pakk!!
...
" Apa yang terjadi sekarangni? siapa korang semua sebenarnya?" Soal Anisa runsing sambil bermundar-mandir di ruang tamu.
" Nanti Alisa ceritakan dekat kak Anisa. Sekarang kita bertenang dulu yer... Kita sekarangni tak boleh buat apa-apa kecuali bersabar." Jawab Alisa sambil mendampingi mamanya Puan Sri Melissa yang turut risau dengan kejadian yang sedang menimpa menantu kesayangannya itu.
Tan Sri Aryan tiada di Malaysia kerana ke outstation bagi menguruskan salah sebuah syarikat mereka di luar negara.
Kini lima orang sedang berada di rumah Tan Sri Aryan termasuk Ryan dan Aaron yang ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi kaum wanita yang berada di rumah. Takut juga kalau mereka turut menjadi sasaran.
" Siapa yang culik Erika? Xander tak inform kami apa-apapun." Soal Ryan tidak berpuas hati. Xander hanya suruh diorang berjaga di rumah. Itupun Xaiden melalui Xaiden sebagai posmen.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...