Jangan bukak video dekat atas ni lagi Tau.. tunggu author bagitahu bila blh start.
" Jom ikut abang sekejap." Xander menarik tangan isterinya ke tingkat tiga rumah agam ibu dan bapanya.
" Abang nak bawa saya ke mana ni?" Soal Erika hairan melihat reaksi suaminya itu. 'Over excited'.
Xander membawa Erika ke sebuah bilik yang terletak di pelusuk bangunan tingkat itu. Erika memandang pintu bilik itu dengan tanda tanya, selama lima bulan dia tinggal di situ, tidak pernah dia menyedari keberadaan bilik itu.
Tiba-tiba Xander menutup mata Erika menggunakan tapak tangan membuatkan Erika sedikit terkejut.
" Abang jangan main-main dengan saya..." Kata Erika dengan perasaan yang berdebar, suaminya itu bukan boleh diramal. Ada sahaja perkara mustahil yang mampu dibuatnya.
" Just wait and see..." Bisik Xander kepada isterinya. Dapat dirasakan hembusan lelaki itu pada leher jinjang Erika membuatkan dia menelan air liur. Selepas sahaja pintu bilik itu dibuka, Xander terus membuka tapak tangannya.
" Wahhh, cantiknya..." Kata Erika terus menapak masuk ke dalam bilik itu dan meninjau segenap ruang. Xander pula hanya berdiam sambil menikmati keindahan di hadapannya itu. Entah mengapa, dia terpukau melihat reaksi isterinya yang tersenyum gembira.
" Abang?" Panggil Erika sedikit kuat mematikan lamunannya.
" Ya?"
" Saya tanya tadi, abang dah lama ada bilik ni ker?" Soal Erika masih terpegun.
Tidak disangka rumah agam tersebut mempunyai sebuah bilik muzik yang agak besar. Hampir semua alat muzik berada di dalam bilik itu termasuklah seluruh dindingnya yang dilitupi dengan penebat bunyi.
" Abang baru tahu waktu balik ke sini. Okay mungkin abang tahu sebelumni. Cuma tulah, abang kan dah lupa." Jujur Xander.
" Abang boleh main piano kan?" Soal Erika teruja.
" Macam mana sayang tahu?" Soal Xander pula.
" Ermmm...saya agak jer."
" Abang memang pandai main piano." Jawab Xander laju sambil duduk di atas kerusi berhadapan dengan sebuah piano.
" Dan sayang pula boleh main Violin kan?" Soal Xander pula mengejutkan Erika.
" Ma..macam mana abang tahu?" Soal Erika perlahan.
" Hmmm...abang agak juga. Betul tak sayang boleh main Violin?" Soal Xander meminta kepastian. Dia laju mencapai sebuah Violin Case lalu diserahkan kepada Erika.
" Tepat tekaan abang." Kata Erika comel lalu mencuit hidung mancung Xander.
" Mestilah...nikan suami Puan Erika Airien yang segak lagi bergaya." Ehh! angkat bakul sendiri. Erika pula hanya ketawa melihat telatah suaminya itu. Seriously ni Xander?! Hahahagagaga!!
" Hmmm... cuba sayang main satu lagu, abang nak dengar." Pinta Xander membuatkan Erika terdiam.
" Sa...saya dah lama tak main Violin, sejak..."
" Sejak?"
" Sejak sekolah menengah." Tipu Erika tersenyum hambar.
" Alahh...cubalah main untuk saya. Kalau tersekat-sekat pun takpe." Pinta Xander sengaja membuat wajah yang comel.
" Yelah-yelah, tapi.."
" Tapi apa pula?" Soal Xander lagi. Banyak cekadak sungguh bini aku ni. Sabar jelah...
" Awak kena main piano dengan saya. Jadi background player." Pinta Erika yakin. Entah mengapa, dia rindukan memory mereka bersama dahulu.
" Tapi awak nak saya mainkan lagu apa?"soal Erika sambi menilik fail score yang juga tersedia di dalam bilik itu. Lengkap.
" Saya nak lagu ni." Xander hanya memerhati tingkah isterinya yang tiba-tiba sahaja berdiam diri selepas melihat tajuk lagu yang ditunjukkannya itu.
Antara lagu yang pernah mereka berdua mainkan suatu ketika dahulu." Hmmm... kalau lagu lain boleh tak?" Soal Erika cuba berdalih.
" Alahh...laguni lagu favorite abang... Please..." Pinta Xander lagi sengaja membuat wajah kesian.
" Okaylah...tapi ingat tau, awak kena main piano dengan saya."
" Hmmm...yelah-yelah. Tapi kalau saya berhenti awak kena sambung main."
"Alahh, tak acilah macamtu!"
" Aci kat rumah dialah. Deal?" Sinis Xander sambil mengangkat sebelah keningnya.
" Okay deal" balas Erika secara terpaksa. Xander pula sudah bersorak kemenangan.
Sila buka lagu di atas dan sambung baca cerita ni.
Xander mula menekan keyboard piano mengikut score yang terletak di hadapannya.
Erika pula memandang Xander dengan hati yang berbunga, memori manis mereka terlayar di fikirannya walaupun ketika itu tanpa rasa cinta. Setelah tiba bahagian untuk dia mula bermain violin, Erika terus memejamkan mata bagi menghayati lagu yang ingin dimainkan.
Mendengar sahaja Erika mula memainkan lagu tersebut. Xander mengalihkan pandangannya ke arah Erika. Sesekali mata mereka bertembung masing-masing membalas senyuman.
Jarinya masih laju menekan keyboard piano tanpa rasa kekok. Inilah penemannya jika merasa sunyi. Dan sekarang rasa kosong itu telah terisi oleh gadis di sisinya. Erika Airien.
Namun semasa lama dia memerhatikan Erika, kepalanya terasa berpinar. Secara tiba-tiba wajah seseorang yang samar-samar menyerang mindanya. Seseorang yang sedang bermain violin berada di sisinya tetapi dengan suasana yang berbeza.
"...Kau try main violin tu. Aku nak dengar." Muncul pula suara seorang lelaki entah dari mana.
" Kenapa setiap kali practice awak tak akan main lagu bagi habis eh?" Suara itu kembali lagi dan dia pasti suara lelaki itu sangat dikenalinya. Tangannya kemudian mula menggigil menyebabkan permainan mereka terganggu.
Erika yang pelik melihat kelakuan Xander terus menghentikan permainannya dan memanggil nama Xander perlahan.
" Awak baca bismillah sebelum naik pentas..." Kini dia tahu suara siapakah yang berlegar di dalam fikirannya.' Ni suara aku' desis Xander apabila mulutnya bagaikan terkunci.
" Xander? Are you okay?" Soal Erika cuba menenangkan Xander, tangan suaminya itu cuba diraih.
Apabila tangan Erika bersentuhan dengan Xander, bulu roma Xander meremang secara mengejut seperti ada arus yang mengalir. Xander tanpa sengaja menepis Erika kasar sehingga dia terdorong ke tepi.
" I love you-" sehinggalah suara seorang gadis mengucapkan kata-kata terakhir membuatkan Xander memegang kepalanya sambil mengerang kesakitan.
Erika terus melulu ke arah Xander setelah melihat lelaki itu terhuyung- hayang
" Xander!, Xander?!" Panggilan Erika didengarinya sebelum semuanya berubah gelap dan akhirnya Xander rebah di atas piano itu.
To be continued...
Comments and vote okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...