Bab 78 Ending!!

1K 22 0
                                    

2 tahun kemudian,

Erika yang sedang tekun mencuci pinggan di dapur tiba-tiba dicuit dari belakang sehingga bahunya terhenjut terkejut.

Pusing sahaja ke belakang, Xander sudah ketawa berdekah-dekah setelah melihat wajah Erika. Berkerut wajah Erika melihat Xander yang masih ketawa tidak berhenti.

" Kenapa ketawa?!" Geram punya pasal, cubitan ketam dihadiahkan pada perut lelaki itu sehingga dia mengaduh pula. Hah, sekurang-kuragnya dia dah berhenti ketawakan Erika macam orang gila!

" Tu muka sayang ada buih sabunlah. Sayang cuci pinggan ker cuci muka?" Sempat lagi diperli Erika sambil menahan ketawa. Tak naklah kena cubit, Sakit wo!!

" Hah? mana?" Soal Erika terus mengusap wajahnya ingin menghilangkan sabun tu.

" Haihh, meh abang tolong" perlahan-lahan Xander mendekati Erika sehingga wanita itu tersandar pada singki dapur.

Bahagian wajah Erika yang bersabun dilap dengan tisu. Namun Xander tidak habis di situ sahaja, sengaja dia kehadapan sehingga jarak mereka berdua terlalu dekat membuatkan wajah Erika mula berona merah.

Sengaja diangkatkan dagu Erika supaya memandang ke arahnya. Satu kucupan hinggap di dahi Erika lama.

" Terima kasih sebab berikan saya peluang kedua untuk bahagiakan abang. Saya bersyukur sangat menjadi isteri abang dan berharap jodoh kita berkekalan selamanya.. " Tutur Erika dengan penuh syahdu.

" Jangan cakap macamtu sayang, abang yang sepatutnya berterima kasih kerana sanggup melahirkan zuriat abang. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya abang menjadi suami kepada sayang dan ayah kepada Zhalika. I'm the happiest Man in the world!"

" Cakap pasal Zhalika, kenapa abang turun eh?" Soal Erika, setahu dia tadi Xander tengah jaga puteri sulung mereka di atas.

" Uwaa!!!" Raungan kuat dari atas serta merta menghentikan percakapan  mereka.

" Alamak! Abang turun nak buat susu Zalikha!"  Tergesa-gesa Xander mencapai botol susu. Erika pula terus laju sahaja mendaki anak tangga untuk ke atas dan masuk ke dalam bilik tidur Zhalika Irene. Sedapkan nama dia? Tengoklah siapa bagi...

" Haah abang yang bagi nama tu." Celah Ariq Xander mendekati mereka berdua. Erika pula sudah tersenyum senget, dia boleh baca fikiran aku ker macam mana?

Puting botol susu disumbatkan ke dalam mulut Zhalika Irene dan tangisannya turut berhenti. Perlahan-lahan Xander mendukung Zhalika ke pangkuannya sambil sebelah tangan lagi memegang menyuapkan susu pada puterinya itu.

Erika pula hanya tersenyum manis memandang kelakuan Ariq Xander ketika itu. Fuh, boleh dapat anugerah bapa mithali dah ni.

' Boleh dilihat perubahan mereka berdua setelah bergelar ibu bapa. Lebih bertolak ansur  dan memahami keadaan masing-masing. Dia masih berkerja sebagai peguam, pada hari berkerja, mereka akan menghantar Zhalika Irene ke rumah ibu bapa mertuanya.

Mula-mula nak guna babysitter, tapi Puan Sri Melissa sendiri menawarkan diri untuk menjaga cucu sulungnya itu. Jadi lebih baik macamtu kan?

Alisa? Dia masih menuntut di Jepun dan mungkin akan habis dalam dua tahun lagi. Dari master sambung sampai PhD terus katanya. Dia ambil bidang apa?

Bidang architecture macam Aaron. Xaiden pun dah sambung ambik PhD setelah didesak Xander. Kalau diikutkan Si Arif Xaiden tu, sampai Zhalika masuk U pun belum tentu. Dah tua bergayut ada hati nak enjoy bagai. Okay dia taklah tua sangat, ni kalau Xaiden tahu, mahu dia balik dari US semata-mata nak maki Erika. Akutnyaaa!!

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now