Bab 29 : NEW CLIENT

490 32 2
                                    

Erika's POV

" Kita baru dapat client baru yang melibatkan kes seorang jutawan muda. Beliau telah dituduh pecah amanah duit syarikatnya sebanyak tiga juta dollar iaitu bersamaan dengan dua belas juta ringgit." Mendengar sahaja berita mengenai kes tersebut, seluruh bilik mesyuarat sudah mula kecoh.

" Macam yang kamu dengar dekat berita semalam. Sekarang Tuan Ariq diberkas di dalam lokap sementara menunggu hari perbicaraannya dan Firma guaman kita telah dipilih untuk bertanggungjawab menyelesaikan kes ini ."

" Disebabkan kita ada dua orang peguam yang terbaik di firma ini. Saya nak kamu semua semua undi siapakah yang paling layak bagi mengendalikan kes ini. Cik Erika dan Cik Lydia, sila berdiri." Ujar Encik Azhar selaku CEO Firma Guaman Always.

Erika dan Lydia mula berperang mata menanti siapakah yang paling layak menerima kes terbesar mereka.

Sudah enam tahun berlalu, Lydia seperti bayang-bayang Erika. Kemana sahaja dia belajar dan bekerja mesti batang hidung Lydia yang dia jumpa. Nasib kaulah Erika.

Pertemuan sedih antara Erika dan Xander merupakan ternyata ialah pengakhiran bagi segalanya. Xander meninggalkan Universiti Malaya tanpa khabar berita.

Sejak itu, kehidupannya mula berubah. Erika sudah mengaku tentang kesalahannya kepada Tan Sri Zarif dan Puan Sri Marissa termasuklah tentang jurusan undang-undang yang diambilnya secara senyap.

Tapi memang teruklah dia kena marah. Sampai seminggu mamanya membisu. Tapi lama-lama Puan Sri Marissa terima dengan pilihan puterinya itu. Benda dah jadikan...

Walaupun nama Xander masih tersemat dihatinya. Dia sudah reda dengan apa yang terjadi dan mengharapkan kebahagiaan di masa yang akan datang.

" Jadi siapa undi Cik Lydia?" Soal Encik Azhar.

" Siapa pula yang undi Cik Erika?"

Keputusannya mestilah berpihak kepada Erika. Kalau tidak undian mereka adalah seri, tetapi Erika mendapat satu undian tambahan iaitu daripada Encik Azhar sendiri. Special kann...

Si Lydia tu apa lagi? memuncung macam mulut itiklah jawabnya. Padan muka dia! Author pun meluat dengan watak Si Lydia tu. Sabar jelah...

" Jadi semuanya boleh bersurai dan Cik Erika pula sila ke pejabat saya. Ada perkara yang nak dibincangkan." Pinta Encik Azhar sebelum mereka semua meninggalkan bilik mesyuarat itu.

" Dania, jom ikut saya jumpa Encik Azhar. Mungkin dia nak bincangkan lebih lanjut tentang kes tu." Ujar Erika kepada PA setianya Dania dan merupakan antara kawan rapatnya.

" Okay.."

Di pejabat Encik Azhar

" Ini maklumat peribadi Tuan Ariq dan semua maklumat syarikat Xandra Holding. Kalau ada apa-apa kekurangan sila hubungi saya ya." Kata Encik Azhar meletakkan sebuah kotak berisi kertas yang tebal ke atas mejanya.

" Dan saya memanggil Cik Erika ke sini adalah untuk pastikan bila Cik Erika boleh berjumpa dengan client kita tu secara terus."

" Baiklah, boleh tak Encik Azhar berikan nombor telefon PA Tuan Ariq ataupun Email? Lepastu biar Dania yang uruskan perjumpaan dengan PA Tuan Ariq sendiri. Sebab saya tak tahu bila masa saya free sekarangni."

" Betul juga tu Cik Erika. Biar saya yang uruskan." Kata Dania menerima cadangan ketuanya itu.

" Baiklah kalau macamtu, nanti saya send email dan nombor telefon kepada Dania. Jadi kira selesai lah?"

" Ya Encik Azhar. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan kes terbesar ini." Kata Erika dengan senyuman.

" Sama-sama... Tapi Cik Erika memang layak dapat kendalikan kes ini. Jadi berusahalah yer.. saya tahu Cik Erika mampu lakukannya." Erika mengangguk memaklumkan bahawa dia akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi tugas yang diberikan.

" Hmm... Saya ada lagi satu perkara nak dibincangkan dengan Cik Erika. Just two of us." Pinta Encik Azhar lalu Dania meminta diri untuk beredar terlebih dahulu.

" Ada apa Encik Azhar?" Soal Erika pelik. Macam serious jerr.

" Saya nak kamu berwaspada mengendalikan kes kali ini. Tuan Ariq memang banyak musuh dengan syarikat lain sendiri terutamanya kerana latar belakang keluarganya." Kata Encik Azhar tegas.

" Apa maksud Encik?" Soal Erika semakin runsing dan menelan air liurnya kasar. Macam seram jer sampai nak kena berwapada bagai.

" Saya tak nak cerita banyak sangat tentang hal mereka dan saya rasa awak pun tak perlu tahu tentang sejarah keluarga beliau. Tetapi saya yakin yang Encik Ariq tak buat perkara macamni sebab dia seorang yang baik dan kehidupan dia juga sudah terlalu mewah bagi saya."

" Jadi hanya orang yang dipercayai dan layak sahaja boleh menerima kes ini dan kamu telah dipilih. Jadi tolong usaha sehabis baik untuk memenangi kes ini. Dan yang paling penting ialah Cik Erika mesti berhati-hati dimana sahaja. Saya letak sepenuh kepercayaan kepada kamu bermakna bagi mereka juga." Kata Encik Azhar sebelum mereka selesai berbincang dan Erika menuju ke pejabatnya kembali.

" Betul ker apa yang kau buat ni Erika? Kau sanggup ker? Macam mana kalau nyawanya diancam oleh musuh keluarga Tuan Ariq tu?" Runsing Erika dibuatnya. Adakah keberaniannya itu akan memakan dirinya sendiri?

To be continued...

Sorry kepada semua readers yang menunggu. Lepasni kalau ada 10 comment atau banyak yg vote mungkin author akan update bab seterusnya cepat2. Okaylah sayonara...
.


Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now