Bab 65 : KITA TAK SAMA!

434 25 1
                                    

Erika membuka matanya perlahan dan melihat sekeliling. Kepalanya yang dibalut dipegang perlahan kerana masih berdenyut.

" Hospital lagi, memang ceritani selalu buat aku sakit ker camna?" Keluh Erika sendiri. Tiba-tiba muncul beberapa orang lelaki menolak daun pintu biliknya.

Erika pantas mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila si dia mendekati.

" Are you okay?" Soal Xander dan pipi Erika dibelai lembut. Erika hanya membiarkan perlakuan Xander walaupun matanya memandang ke arah lain tanpa sebarang reaksi.

" So dah habis bunuh orang?" Sinis Erika bersahaja membuatkan Xander mengeluh.

" Saya tak bunuh diorang pun Erika." Ujar Xander sedikit tegas. Dia dah agak Erika akan memandangnya jijik ketika ini. Ketua mafia? Tak ada kerja yang lebih keji baginya selain melibatkan diri dalam dunia ini.

" Habistu apa kerja seorang mafia buat? Jual sayur?" Sempat lagi diselitkan sindiran kepada lelaki dihadapannya itu.

" Ya, saya ketua mafia. Tetapi saya tak membunuh." Mendengar pernyataan Xander membuatkan Erika ketawa sinis.

" Lupa pula, awakkan ketua mafia, jadi awak tak membunuhlah. Awak just bagi arahan jer... semua orang bawahan awak ni yang buat betul tak?" Sinis Erika lagi sengaja ingin menyakitkan hati suaminya itu, dia dah penat menjaga hati orang lain sedangkan dia menanggung seksa.

Semua yang berada di situ memandang Erika panas. Berani dia kata kami yang tergolong dalam kalangan jejaka kacak seantero dunia ni orang bawahan?

" Saya tak faham kenapa wujud orang yang tak ada hati perut macam awak?!" Jerkah Erika mengejutkan semua yang berada di situ.

" Kenapa kau nak pelik sangat? Bukan papa kau dulu bekas ketua mafia juga ker?" Sampuk Ryan tidak berpuas hati dengan hamburan isteri ketuanya itu. Siapa kata kami tak ada hati perut? Kami adalah. Kalau tak macam mana kami makan dan jadi kuat macamni?

" Kau diamlah Ryan. Jangan nak masuk campur hal kami. Ini antara aku dan Xander." Marah Erika panas hati. Memang keluarga dia ialah salah satu keluarga mafia. Tapi dia langsung tak ambil tahu tentang semua tu. Dia sendiri pernah tak nak tengok muka Tan Sri Zarif bila dapat tahu status ayahnya dulu. Tapi macam mana benci pun dia tetapi ayah kandungnya juga.

" Korang keluar dulu." Arah Xander kepada semua orang kanannya yang berada di dalam bilik itu.

" Tapi-"

" Keluar." Dingin Xander membuatkan yang lain terpaksa menurut dan lambat-lambat mereka semua keluar. Seketika bilik itu sunyi tanpa sebarang bunyi.

" Kenapa sayang tak bagitahu sayang awak mengandung?" Soal Xander setelah sekian lama. Namun soalan itu hanya dibiarkan sepi malah Erika mengalihkan pandangannya membelakangi Xander.

" Sayang tahu tak kalau abang tak datang selamatkan sayang baby kita boleh mati?"

" Awak jangan nak ubah topik Xander!" Marah Erika panas hati.

" Kenapa sayang banyak berahsia dari abang?" Soal Xander hampa.

" Ya! saya banyak berahsia dari awak. Tapi apa bezanya dengan awak? huh, kemana awak waktu saya menghilang Xander? Tiga bulan saya tunggu awak. Kenapa awak tak pernah cari saya? Tiga bulan saya tanggung rasa bersalah dekat awak. Rupanya awak pun sama jer..." Erika memandang tajam wajah suaminya itu. Sanggup dia rahsiakan perkara penting macamtu?

" Maafkan abang Erika... abang tak sepatutnya rahsiakan semua ni." Ujar Xander mula rasa bersalah. Xander tahu Erika kecewa kerana dia tidak pernah muncul atau mencarinya. Sungguh dia benci melihat Erika menangis terutama kerana dirinya.

" Awak dah ingat segalanyakan Xander?" Soal Erika dengan cucuran air mata.

" Enam tahun saya cuba lupakan awak. Tiba-tiba awak muncul dalam keadaan yang berbeza. Awak buat saya lupakan masa silam kita yang menyedihkan. Kadang-kadang saya rasa macam orang bodoh! macam manalah saya boleh ada bersama awak Xander?" Erika menayangkan senyuman tawar.

" Sedangkan saya tahu saya tak layak untuk awak. Saya penat Xander, saya terlalu banyak menyakiti awak dan terlalu banyak disakiti."

" Saya tak tahu macam mana perasaan saya dekat awak lepas tahu semua ni Xander, susah nak terima perbuatan keji awak yang dah lama awak buat di belakang saya.." Rintih Erika meluahkan segala yang terbuku di hati.

" Sayang ingat abang nak sangat semua ni? Abang terpaksa lalui kehidupan yang kotor dan jijik ni! Sebab apa? sebab abang tak nak keluarga abang jadi mangsa kemusnahan datuk abang sendiri!" Xander bersuara setelah sekian lama berdiam. Buat pertama kalinya dia memandang Xander mengalirkan air mata. Walaupun Erika memaki hamunnya ketika itu. Dia cuba untuk bersabar.

" Huh, jadi awak dah ingat segala-galanya kan Xander?" Soal Erika masih keras nadanya. Namun soalan itu hanya dibawa angin. Xander tidak menjawab walaupun sepatah.

" Saya nak rehat." Kata Erika setelah sekian lama.

" Abang tunggu-

" Alone." Akhirnya Xander akur dengan permintaan Erika. Dengan hati yang berat Xander melangkah keluar dari bilik wad Erika.

Setelah itu, dia menyandar pada pintu sambil memerhati Erika dari sebalik cermin. Dia akan cuba memujuk walau apa cara sekalipun. Cukuplah dengan apa yang terjadi kepada hubungan mereka sebelum ini. Biarlah dia mengalah kali ini agar hubungan mereka akan pulih dan bahagia seperti dahulu.

Pada masa yang sama, Erika mengalirkan air matanya sekali lagi. Sungguh dia rasa berdosa. Berdosa dengan segala kelakuannya yang mungkin tidak adil bagi Xander. Tetapi selagi dia tidak dapat bertenang dan menerima keadaan yang berlaku, rasa benci tetap akan terpalit kepada Xander walau sebanyak mana dia mencintai lelaki itu.

To be continued...

Finally update yang ketiga. Sorry sebab lambat tau. Apapun tunggu untuk Bab yang seterusnya okay... Sayonara!!

Comments and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now