Bab 54 : PENAT

352 23 0
                                    

" Macam mana dengan suami saya doktor?" Soal Erika kepada doktor peribadi mereka Dr. Farah. Ahli keluarga Xander yang lain turut berada di samping Erika ketika itu.

" Tuan Ariq mengalami gangguan memori . Mungkin kerana amnesia yang dialaminya masih tidak sembuh sehingga sekarang menyebabkan gangguan otak yang agak drastik.

Saya akan bagi ubat untuk Tuan Ariq, ubat ini hanya perlu dimakan jika kejadian seperti ini berulang lagi, ubat ini hanya berfungsi sebagai penenang supaya dia tidak tertekan jika kejadian seperti tadi berlaku."

" Saya rasa, ingatannya akan kembali pulih tak lama lagi Insya Allah. Jadi semua tolong bagi kerjasama supaya ingatannya pulih dengan lebih cepat." Terang Dr. Farah kepada ahli keluarganya.

Mendengar perkara tersebut membuatkan jantung Erika berdegup kencang. Seperti dilanda taufan, Erika yakin kebahagiaannya akan dirampas sekali lagi suatu hari nanti dan kali ini lebih dahsyat dari tragedi enam tahun lalu.

" Baiklah kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu." Dr. Farah meminta pamitan dan mereka menghantarnya sehingga ke pintu hadapan.

" Lepasni, semua kena tolong Ariq untuk pulihkan ingatannya." Tan Sri Aryan bersuara setelah sekian lama.

" Papa tahu, memori silam Ariq tidak begitu baik. Tapi kita kena pulihkan dia supaya dapat menjalani kehidupannya bersama Erika dan semua orang dengan lebih normal." Ujar Tan Sri Aryan lagi dengan penuh yakin walaupun jiwa tuanya dirundung sedih. Dia juga takut sikap Xander yang suka mengasingkan diri seperti dulu kembali semula.

Erika kemudiannya kembali ke tingkat atas untuk menjaga suaminya yang masih tidak menyedarkan diri.

5 jam kemudian,

Xander membuka matanya perlahan, Erika yang terlena di sisi katil dipandang Xander kosong. Banyak yang terjadi selama dia tidak menyedarkan diri, pandangan redup Xander masih tidak lepas daripada melihat wajah Erika yang sedikit kepenatan. Beberapa minit kemudian Erika mula terjaga dari lenanya dan melihat ke arah Xander yang sedang memandangnya.

" Abang dah lama sedar ke? abang pening kepala tak?" Soal Erika dalam kerisauan. Lama dia menunggu Xander untuk menyedarkan diri sehingga dia yang tertidur.

" Apa yang terjadi tadi?" Soal Xander membuatkan soalan Erika sepi.

" Abang pengsan tadi."

" Sekarang dah pukul berapa?" Xander bangun dari pembaringan dan turun dari katil.

" Pukul 2 petang. 5 jam abang tak sedar." Erika hanya memandang Xander dengan seribu tanda tanya. Pelik, kenapa Xander cakap acuh tak acuh dengan dia? Macam orang asing.

" Saya nak solat. Awak solat zohor tak lagi?" Soal Xander setelah lama berdiam. Erika menggeleng perlahan sebelum menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

...

" Ariq ada rasa sakit kepala tak?" Soal Puan Sri Melissa sewaktu mereka berada di meja makan.

" Tak pun. Doktor kata apa tentang Ariq?" Soal Xander laju. Tetapi tiada sebarang jawapan daripada sesiapa.

" Dr. kata kau dah nak sembuh lepasni. So kalau kau ada teringat apa-apa jangan segan nak tanya. Kami akan cerita semua dekat kau supaya kau boleh ingat balik." Jawab Xaiden setelah sekian lama. Apa yang nak ditakutkan sangat? Bagitahu jer semua yang dia nak dengar.

Xander yang mendengarnya hanya tersenyum nipis, entah mengapa dia seperti tidak berminat akan hal tersebut. Baginya, semua kehidupannya sudah cukup sempurna sekarang. Mungkin juga memori silamnya tidak perlu diingat sampai bila-bila.

" Abang macam tak ceria jer dapat sembuh balik?" Soal Alisa setelah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan riak wajah Xander. Suasana mereka juga tegang tanpa sebab. Selalunya Xander dan Xaiden ada sahaja perkara yang ingin digaduhkan, tetapi kali ini semua mengunci mulut masing-masing.

Xaiden pula tidak lepas memandang ke arah Erika dengan pandangan yang tajam. Dia pasti dia pernah melihat wajah kakak iparnya itu. Namun jika disoal kepada Xander mengenai Erika, lelaki itu menyangka dia menyimpan perasaan terhadap kakak iparnya sendiri. Haihh cemburu Xander tu kadang-kadang tak bertempat...

" Ariq penatlah harini, Ariq naik dulu." Ujar Xander meninggalkan yang lain di meja makan. Erika pula hanya memandang Xander resah. Dia ada buat salah ke?

To be continued...

Sorrylah kalau Bab kalini agak membosankan. Apapun harap semua still enjoy. Sayonara!!

Comments and vote okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now