" Satu jer yang saya nak nasihatkan. Tolong bertahan yer, sabar dengan Erika kalini. Biasalah emosi orang mengandung nikan sensitif sikit." Terang Anisa kepada Xander. Xander pula hanya tersenyum tawar.
Dia memang tengah mencuba sekarangni, dia sentiasa berdoa agar hati Erika lembut untuk menerima segalanya dan dia akan menunggu selama manapun yang diperlukan.
" Jadi kalau tak ada apa-apa saya mintak diri dulu." Pinta Anisa laju setelah melihat langit yang hampir gelap.
" Tadi datang naik kereta ker? Tak nampak pun kereta kau dekat luar?"
" Ouhh, saya naik grab. Sebab kereta dekat workshop."
" Ouhh kalau macamtu biar Xaiden hantarkanlah. Malam-malam ni macam bahaya pulak kau balik dengan orang yang tak dikenali." Ujar Xander sebaik sahaja lelaki itu lalu berhampiran mereka. Mati terus langkah Arif Xaiden bila mamanya dipetik.
" Asal aku-
" Xaiden kau hantarlah kawan baik si Erika ni ek? Kesian dia balik naik grab. " Ujar Xander memandang anak mata Xaiden dengan penuh makna. Seketika Mata mereka bertembung lama seperti sedang berdebat melalui cara yang mereka sahaja akan faham.
" Fine, jom ikut aku." Xaiden hanya menjeling tajam ke arah Xander. Siap kau aku balik satgi.
Di dalam kereta, Anisa dan Xaiden hanya sepi memikirkan hal masing-masing sehinggalah mereka sampai di hadapan pintu pagar rumah Anisa.
" Terima kasih Tuan Arif." Ujar Anisa lembut lalu laju sahaja keluar dari perut kereta. Xaiden tidak membalas, hanya anak matanya mengekor gerak-geri Anisa sehingga masuk ke dalam rumah.
" Sama-sama..."
Sesampainya di rumah Tan Sri Aryan, Arif Xaiden terus masuk ke dalam rumah lalu mata meliar mencari seseorang.
" Kau cari aku ker?" Selamba sahaja Ariq Xander duduk di atas sofa sambil menukar siaran televisyen berulang kali. Tak ada yang menarik pun.
" Kau memang sengaja nak kenalan aku kan Ariq?!" Soal Arif Xaiden pula memandang lelaki itu tajam.
" Memang." Selepas sahaja mendengar jawapan selamba bin badak abang angkatnya itu, tangan Xaiden terus bertindak mencekek Ariq Xander menggunakan lengannya. Xander terus sahaja menarik rambut Xaiden kuat sebagai membalas serangan. Akhirnya Xaiden melepaskan Xander apabila kulit kepalanya sudah rasa nak tercabut.
" Kenapa kau nak marah sangat? Anisa jer kot. Lagipun aku kesian dekat dia sebab kena balik naik grab." Jawab Xander cerdik. Arif Xaiden tersenyum sinis mendengar jawapan itu.
" Acah baik pulak kau ni. Ingat Aku Tak tahu kalau bukan disebabkan dia bestfriend Erika, kau tak ada nak tolong dia bagai." Xander hanya menayangkan sengihan seperti kerang busuk. Betullah tu kan...
...
Xander hanya tersenyum melihat pesanan ringkas yang diberikan dari Anisa. Katanya erika mengidam ayam golek dekat pasar malam berdekatan rumah mereka. Siap bagi detail lagi, sebelah stall air yang ada bumbung warna biru.
Geli hati pula teringatkan perangai isteri kesayangannya itu semenjak berbadan dua ni. Kini, sudah hampir sebulan selepas Xander buat deal untuk sediakan apa sahaja kemahuan Erika tanpa pengeatahuan wanita itu.
Erika akan kirim dekat Anisa, tapi dia tak tahu yang sebenarnya semua tu Xander yang cari dan belikan. Pernah sekali tu, Erika mengidam nak makan sate kajang pukul 10 malam, Si Xander tu jugaklah yang pergi cari dan Anisa hanya menjadi posmen tak berbayar Xander.
Hmm...siapa kata abang Mafia tak romantik?
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...