" How's your day?" Soal Anisa menghirup teh o ais melalui straw.
" Macam biasa, okay jer." Jawab Erika selamba.
" Seriously? kau tak rindukan dia?" Sengaja Anisa menguji. Seperti yang dijangka, wajah Erika akan berubah sekelip mata.
Namun bukan riak marah, riak kecewa pula yang terpamer pada wajah lesu Erika.
" Baby kau ni berapa bulan dah eh?" Soal Anisa mengubah topik. Kesian pula tengok muka lesu Erika tu.
" 7 bulan dah."
" Ouhh...tak lama dah lah, sekejap jer masa berlalu."
" Tulah kan... tak sabar nak tunggu kelahiran dia ni." Erika tersenyum manis sambil mengusap perutnya yang sudah memboyot.
" Jadi lebih baik kau selesaikan masalah rumah tangga kau tu secepat yang mungkin."
" Aku dah cari dia Anisa. Langsung tak ada khabar berita." Keluh Erika mula runsing. Sudah dua bulan Xander meninggalkannya selepas pertengkaran mereka tempoh hari.
Flashback,
" Lydia? Maksud kau perempuan tak semengah yang suka ganggu kau dekat U dulu?" Soal Anisa dengan penuh berminat.
Lepas Erika bagitahu siapa perempuan yang goda Xander seminggu yang lalu, dia pergi meeting pun rasa serba tak kena. Nak jer dia balik cepat. Jadi sekaranglah masa yang ditunggu-tunggu untuk menyoal segalanya pada Erika.
Erika hanya mengangguk dengan mata yang berkaca. Entahlah, bila disebut tentang kejadian tu dia jadi lemah. Kecewa dan sakit hatinya masih segar terpahat.
" Jadi kau terus jer percaya yang Xander curang dengan Lydia?!" Terkejut Anisa pula. Takkan Erika semudah itu nak menuduh Xander?
Erika diam tidak berkutik, entahlah dia tak berfikir panjang hari kejadian tu. Namun luka di hati hanya dia yang tanggung. Yelah siapa tak meroyan tengok suami dia peluk perempuan lain?
End flashback.
Namun seperti biasa, sejauh mana Xander pergi, tanggungjawabnya sebagai seorang suami masih dijalankan. Selama dua bulan juga dia menerima nafkah seperti sebelum ini. Tidak ada yang kurang.
Cuma hidupnya pula serba kekurangan, dia akui pemergian Xander kali ini turut membawa separuh hatinya bersama.
...
Langkah Erika ke pejabat terhenti buat kali kedua. Sejurus itu, dia terus berpaling ke belakang dengan di serbu rasa sangsi.
" Macam ada orang ikut aku jer." Getus Erika perlahan-lahan menyambungkan perjalanan.
Pada masa yang sama, seorang lelaki berhati-hati mengekori Erika dari belakang. Kalau Erika berhenti dia menyorok, dah macam spy.
Tapi itulah tugas yang diberikan oleh majikannya untuk mengawasi setiap gerak-geri isterinya Erika Airien sewaktu dia ke luar negeri untuk urusan kerja, sepatutnya tugas dia hanya berlangsung selama sebulan, tapi berlanjutan lagi sebulan.
Sedang sibuk dia beraksi ala-ala perisik pink panter, dia dikejutkan dengan kedatangan sebuah van yang berhenti betul-betul menghalang laluan Erika Airien.
Namun belum sempat dia menyelamatkan wanita itu dari diculik dia turut diserang dari arah belakang. Akibatnya, Erika Airien tidak berjaya diselamatkan dan dia terkulai jatuh di tepi kaki lima.
...
Bushh!!
Ariq Xander mengetap rahangnya kasar. Tangannya diusap kasar setelah menumbuk wajah seseorang. Lunyai wajah seorang lelaki yang diupahnya sebagai bodyguard Erika sebelum ini.
Selama dua hari dia di KK, tiada siapa yang mengkhabarkan berita buruk itu kepadanya. Hari ni hari dia pulang ke Kuala Lumpur baru berita itu sampai kepadanya sendiri, alasan tak nak ganggu kerja di sana. Cliche nak mampuss!
Katanya mereka sudah menjejaki lokasi yang dipesan oleh radas peranti GPS pada rantai tangan Erika Airien, namun semuanya sekadar permainan licik penculik jahanam itu, baru nak serang tempat tersebut satu habuk pun tak ada.
Macam mana diorang boleh tahu? Bodyguard Xander tu mana tahu tentang kewujudan enam orang kura-kura tu. Dia hanya menjalankan tugas.
Mereka dapat tahu melalui Xaiden, Xaiden pula dapat tahu dari Anisa Fazira, dia serang rumah Tan Sri Aryan macam kes Erika kena culik sebelumni. Dan sejak itu mereka cuba menjejak lokasi Erika.
Lelaki yang dibelasah teruk oleh Xander kemudiannya diheret keluar dari markas a.k.a bilik seksaan kumpulan Vlad.
" Aku suruh tengok-tengokkan dia waktu aku tak ada. Susah sangat ker?!" Tengking Xander membangkitkan suasana tegang antaranya bersama enam jejaka yang berada di hadapannya.
Aaron, Ryan, Xaiden, Mark dan Damian." Kau suruh tengok-tengokkan jer, bukan jaga dia 24 jam." Jawab Mark membuatkan yang lain memandangnya tidak percaya. Tak sabar nak kena simbah asid agaknya!
Ariq Xander mencerlung ke arah Mark tajam sebelum bertindak menumbuk mata kiri Mark kasar. Tidak sampai seminit mata Mark mula lebam kebiru-biruan akibat penangan Xander.
" Lain kali sebelum jumpa Xander kau pergi kumur mulut dengan Listerine, mulut dah bau longkang." Kutuk Ryan pula. Yang lain turut ketawa mengejek dengan 'PUJI'an manis Ryan.
" Kami mintak maaflah Xander, kau tak boleh letakkan kesalahan dekat kami sepenuhnya. Aku dan Ryan memang sebahagian daripada kumpulan ni, tapi kami ada tanggungjawab masing-masing." Beritahu Aaron tenang.
" Habistu? Kau nak salahkan aku?!" Soal Xander dingin.
" Mema- hpmm!!" Mulut Mark ditekup kuat oleh Damian pula kali ini. Mamat sorang ni tak menyempat ek? Nak kena sebijik mata belah kanan pula ker?
Memanglah Mark tu berani tahap matahari. Tapi dengan kemarahan Xander tahap seluruh sistem suria ni daripada tak pernah membunuh , tak pelik Mark akan menjadi lauk pertama Xander malam itu.
" Kami tak kata semua ni salah kau. Tapi kau sepatutnya kena usaha untuk cari Erika sekarangni. Bukan menyesal tapi tak buat apa-apa tindakan." Beritahu Aaron lagi terus mengunci lidah Xander.
Dia akui kata-kata sahabatnya itu benar sebenar-benarnya. Tiga hari Erika menghilang dan dia pula melenting tidak tentu fasal. Jadi dengan apa Cara sekalipun dia akan menjejak Erika sepantas yang boleh.
To be continued...
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...