Hai semua!! Author happy sangat bila dapat tahu bila cerita author Ni dah mencecah 2k. Sebab author tak sangka pula cerita ni boleh dpt sambutan memandangkan cerita pertama kan...
Thank you sangat kepada semua yang membaca dan sudi vote cerita author. Jadi sebagai hadiah. Author akan buat triple update untuk harini. So tunggulah yerr...
Kita mulakan dengan publish Bab ke 63 ni. Happy enjoying!!
___________________________________________" Mark cari lokasi Erika sekarangni." Arah Xander sedikit panik. Dari tadi dia bermundar mandir di hadapan Xaiden, Alisa dan tidak terlepas Anisa.
Di sebabkan Anisa ni nak sangat call polis, diorang terpaksa bawak dia sekali ke dalam sebuah bilik rahsia yang terletak di dalam rumah Tan Sri Aryan.
" Apa yang korang buat ni?" Soal Anisa hairan. Dah macam perisik pula Ada banyak alat electronic yang canggih dalam bilik tu. Bilik tu memang betul-betul bilik rahsia. Sebab cara nak masuk pun melalui pintu belakang cermin bilik mandi. Hahaha selalunya korang tengok belakang rak buku kan..
" Dia tengah cari koordinat kedudukan akak Erika sekarangni." Jawab Alisa serius. Siapa pula yang berani menempah maut dengan keluarga Vlad ni? Dahlah tak ada sebarang petunjuk tup-tup kena culik.
" Kau agak siapa yang culik Erika?" Soal Xaiden setelah lama berdiam.
" Siapa lagi kalau bukan Gold Roses." Yakin sahaja Xander menjawab manakala semuanya terkejut mendengar nama kumpulan yang pernah menjadi musuh terkuat mereka.
" Kenapa kau yakin sangat pasal ni?"
" Sebab... keluarga Erika dan Tan Sri Zarif ialah keluarga Gold Roses." Jawab Xander dengan keluhan kecil. Yang lain mestilah dah melopong dengar jawapan abang diorang tu. Anisa pula dari tadi meneliti setiap bait bicara mereka bertiga. Somethings fishy..
" Wala! I got it." Akhirnya perkara yang ditunggu-tunggu membuahkan hasil. Mereka terus melihat lokasi tertera pada screen komputer yang berada di hadapan Mark.
" Tapi bukan Gold Roses yang buat."
" Habistu?" Soal Xaiden kepada Mark. Siapa lagi yang nak cari pasal dengan keluarga ni?
" Adrian..." Meremang bulu roma Xander selepas mendengarnya. Takkan dia nak bunuh bekas sahabatnya sendiri? Apa reaksi Erika nanti?
" Kita pergi bertiga jer. Jangan bagitahu yang lain." Ujar Xander serius, setakat nak selamatkan Erika daripada Adrian tu, takkan nak bawak seangkatan tentera pulak kan? Agak-agaklah.
" Bertiga? Tapi kita berlimalah." Soal Anisa tiba-tiba.
" Kau tak payahlah ikut." Xaiden memandang wajah Anisa dingin. Tak pasal-pasal diorang bawak balik mayat si Anisa ni jer.. amboi mulut Xaiden ni kurang ajaq!
" Alisa pulak?" Soal Alisa Xarra pula tidak berpuas hati. Dia boleh fight takkan dia pun tak boleh ikut? Tak acilah camni!!
" Kau pun tak payahlah ikut. Teman mama dekat rumah. Kesian dia aku tengok." Jawab Xaiden lagi. Alisa pula sudah merengus geram. Nak pergi jugak!!
" We ready in fifteen minutes" Arah Xander dingin dan yang lain hanya mengangguk setuju.
...
Xander, Xaiden dan Mark hanya memerhati sebuah rumah usang yang berada di hadapan mereka dari dalam kereta.
" Korang ready?" Soal Xander serius kepada dua orang yang berada di tempat duduk belakang.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...