Erika memandang ke arah jam dinding dengan wajah sugul. Makanan yang sedia terhidang di atas meja sejak tengah hari tadi langsung tak terusik.
Sebab apa? Sebab Xander tak balik makan tengah hari tadi. Niatnya mengambil cuti sehari nak menjaga Si Xander tu, tapi lain pula jadinya.
Jam kini menunjukkan tepat pada pukul satu pagi. Sibuk sangat agaknya. Itulah yang cuba difikirkan oleh Erika. Dia tidak ingin bersangka buruk terhadap suaminya sendiri. Dia perlu memahami kerjaya Xander sebagai CEO Xandra Holding, antara syarikat terbesar di Asia dan tidak kurang juga dengan beberapa buah syarikat mereka yang berada di Eropah.
Lama berjaga akhirnya dia terlelap di meja makan menunggu Xander yang tidak pulang.
...
Erika's POV,
" Abang dekat mana?" Mesej melalui WhatsApp yang dihantar olehnya dipandang hampa. Penantiannya selama tiga hari dua malam tidak membuahkan hasil. Xander menyepi tanpa khabar berita. Ditanya kepada Ryan dan Aaron mereka hanya berdiam. Jawapan kedua-dua adik iparnya juga menghampakan. Tak tahu...
Takkan dia nak tanya dekat mertuanya. Dia tak nak besarkan masalah dengan keadaan hubungan mereka sekarang ini.
Lama dia melayan perasaan akhirnya empangan matanya pecah sekali lagi. Sakit kepala dibuatnya memikirkan keadaan suaminya tanpa khabar berita. Mungkin Xander dah tahu tentang semuanya. Tetapi kenapa dia tak minta penjelasan darinya sendiri? Dan dia tahu tentang semua itu dari siapa? Bila perkara itu tidak keluar dari mulutnya sendiri. Macam-macam boleh ditokok tambah, itu yang dia takut. Kebodohannya memakan diri sekali lagi.
Beberapa jam kemudian, muncul seseorang yang dinanti-nantikan olehnya dari pintu bilik. Tanpa membuang masa Erika terus bertindak memeluk Xander kuat. Namun beberapa saat selepas itu pelukannya dileraikan perlahan oleh Xander membuatkan Erika mula berasa tidak sedap hati.
" Nak rehat." Kata Xander tanpa memandang ke arah Erika dan menerpa ke bilik air untuk membersihkan diri. Erika pula hanya memerhati gerak-geri Xander dengan keluhan. Baru nak ditanya kemana lelaki itu menghilang, tapi bila tengok muka Xander yang agak kepenatan terbantut pula hasratnya. Tak pelah..esok dia boleh tanya.
...
" Saya ada buat salah dekat awak ke?" Soal Erika sudah tidak sabar. Selepas Xander muncul pada malam itu, sudah tiga hari Xander mengelak darinya . Balik lewat malam dan langsung tidak bercakap dengannya. Parah ni...
" Kau fikirlah sendiri." Jawab Xander membelakangi Erika. Erika pula sudah tergamam mendengar panggilan Xander yang sudah berubah. Kau?!
" Awak tolonglah bagitahu saya. Saya betul-betul tak tahu." Pinta Erika separa merayu. Dia terus bergerak untuk berhadapan dengan Xander. Tak boleh jadi ni. Kalau dia tak bertindak sampai bila masalah nak selesai?
" Siapa kau sebenarnya?" Soal Xander laju mengunci mulut Erika.
" Sa..saya Erika Airien isteri awaklah." Jawab Erika teragak-agak. Dia yakin 100% Xander dah tahu segala-galanya. Sekarang dia cuma berharap Xander memberi ruang untuknya memberi penjelasan.
" Habistu siapa Ika? Siapa kau sebelumni? Apa hubungan kita dulu?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Xander. Inilah masanya, dia mahu dengar sendiri daripada mulut Erika.
" Ika tu-"
" Ika tu siapa?" Jerkah Xander sehingga bahu Erika terhenjut.
" Ma..macam mana awak ta..tahu tentang semua ni?" Soal Erika semakin gagap. Sungguh dia takut melihat wajah bengis Xander, pandangan mata lelaki itu tidak ubah dengan pandangannya 6 tahun yang lalu. Penuh dengan kebencian.
" Huh, macam mana aku tahu? Kalau aku tak tahu sampai bila kau nak rahsiakan semua dari aku?" Sinis Xander, tidak sangka kepercayaannya dikhianati sekali lagi.
" Saya memang nak bagitahu awak Xander. Saya cuma tunggu masa yang sesuai." Jawab Erika dengan linangan air mata.
" Baiklah, harini sekarangni ialah masa yang sangat sesuai. Kau bagitahu aku sekarang." Kata Xander inginkan penjelasan. Memang dia marah malah kecewa dengan tindakan Erika. Tetapi dia tidak akan bertindak melulu kali ini, dia inginkan penjelasan yang sebenar-benarnya dari Erika.
" Baiklah... saya sebenarnya ialah Erika Airien seorang anak jutawan yang orang anggap bongkak sebab saya tak ada kawan. Awak ialah ketua kumpulan student lelaki yang famous dekat U dulu. Disebabkan banyak kejadian malang yang berlaku dekat kita, kita mula jadi musuh."
" Hidup saya dulu dikongkong oleh mama dan papa. Jadi setiap malam saya akan ubah penampilan jadi seorang perempuan yang nampak nerd dan saya akan keluar bersiar-siar seluruh KL." Melihat reaksi Xander yang mula berminat dengan ceritanya membuatkan Erika lebih berani untuk bercerita.
" Habistu macam mana aku boleh ada kaitan dengan semua ni?" Soal Xander masih dengan nada dingin. Hatinya belum dapat menerima semua ni.
" Suatu malam tu saya telah diselamatkan oleh seorang lelaki daripada hampir dirogol. Lelaki itu ialah awak Xander." Kata Erika memandang wajah Xander lama. Belum sempat Erika meneruskan penceritaan tiba-tiba kepala Xander mula berasa pening dan sakit yang teramat sangat.
" Arrgghh! kepala aku sakit." Tutur Xander mula mengerang kesakitan. Erika pula terus menarik seluruh laci yang berada di dalam bilik mereka.
" Mana ubat awak Xander?" Soal Erika panik apabila ubat yang diberikan Dr. Farah kepada Xander tidak dijumpai.
" Aku..aku tertinggal dekat office." Jawab Xander lemah. Erika yang melihat keadaan Xander sudah tidak senang duduk. Sepantas kilat dia mendail nombor telefon Dr. Farah untuk merawat Xander secepat mungkin.
" Awak tahan sekejap Xander, sekejap lagi Dr. Farah datang." Kata Erika cuba menenangkan lelaki itu. Sungguh dia tidak sanggup melihat keadaan Xander ketika itu.
Erika membaringkan Xander ke atas katil dan menggenggam tangan Xander kuat. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu kecuali berdoa agar kesakitan yang dialami Xander untuk reda.
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Roman d'amour⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...