" Siapa kau sebenarnya?" Soal Xander tenang namun aura negatifnya sudah membuatkan bulu roma Erika menegak.
" Jawab soalan aku Ika...ataupun aku patut panggil kau Erika?" Soal Xander lagi mendekati Erika sehingga dia tersandar ke dinding.
" Sa- saya..."
" Saya apa!" Jerkah Xander membuatkan Erika tergamam.
" Saya Erika dan Ika.." Jawab Erika semakin pucat menahan empangan air mata yang hanya tunggu masa untuk pecah.
" Kenapa kau buat macamni Erika?!" Jerkah Xander lebih keras lantas menumbuk dinding tepat di sebelah pipi Erika membuatkan air mata Erika berjujuran akhirnya. Dia sudah kalah dengan segalanya. Malah dia yakin segalanya bakal berakhir.
" Saya tak berniat nak perbodohkan awak Xander...isk..isk..." Erika cuba meraih lengan Xander namun dia ditepisnya kasar.
" Hahaha!! Jadi apa niat kau kalau bukan nak perbodohkan aku?" Soal Xander memerli. Tiada siapa yang tahu betapa remuk hatinya mengetahui kebenaran ini. Patutlah semenjak dua menjak ni dia rasa ada yang tidak kena antara Ika dan Erika.
Mendengar soalan itu membuatkan Erika semakin kuat menangis. Dia tahu tiada alasan yang boleh diberikan untuk dia lepas dari semua ini. Tambahan pula jika kebencian Xander sudah memucak padanya.
" Ataupun kau nak balas dendam dekat aku?" Semakin galak Xander memerlinya sinis.
" Tak Xander...isk...isk.." Erika menggeleng laju dengan tangisan kuat.
" Aku ucapkan tahniah dekat kau sebab aku memang terkena kalini. Seronok sangat diperbodohkan oleh kau Erika!" Semakin galak Xander melepaskan tawanya sambil bertepuk tangan. Dia tidak dapat mengawalnya kali ini. Dalam masa yang sama dia cuba beriak biasa agar air matanya tidak gugur dihadapan gadis itu.
" Terima kasih Ika..." kata Xander sayu lalu melangkah pergi.
" Saya cintakan awak..." Kata Erika menghentikan langkah Xander. Lambat-lambat Xander bepaling kembali.
" Aku menyesal kenal kau..." Kata Xander dengan intonasi yang bergetar lalu meninggalkan Erika dengan tangisan.
Akhirnya Erika rebah mendengar kata-kata terakhir Xander.
...
Xander's POV
" Arghhhhh!!" Jerit Xander sambil mengetuk stereng keretanya berkali-kali.
" Kenapa aku kenal kau Erika? Kenapa mesti kau?" Soal Xander kecewa.
" Saya cintakan awak..." mengingatkan kata-kata Erika membuatkan air matanya mengalir semakin laju.
" Aku pun cintakan kau..." Jawab Xander lemah. Namun amarahnya melebihi segalanya membuatkan hatinya ingin melenyapkan nama Ika mahupun Erika.
" Kau takkan bahagia Xander..." Kata Xander sendiri tersenyum pahit.
" Mungkin ini hukuman tuhan bagi kau sebab kau sakitkan hati mama kau. Akhirnya kau jatuh kerana seorang gadis." Kata Xander mengelap air matanya kasar.
Dia meneruskan pemanduannya pulang ke rumah. Setibanya di rumah Xander terus melulu ke biliknya dan tidak keluar-keluar.
End POV
...
Erika berjalan seorang diri tanpa arah tuju. Selepas Xander meninggalkannya tadi Erika terus keluar dari kawasan universiti. Matanya sudah bengkak kerana tidak berhenti menangis.
Sesekali Erika tersenyum dan tergeleng sendiri mengingatkan kebodohannya terhadap Xander.
" Kenapa kau sanggup buat semua ni dekat Xander?" Soalnya kecewa dengan diri sendiri.
" Memang segalanya akan berakhir macamni ker?" Soal Erika sendiri menahan sebak di dada walaupun air matanya telah kering dan tidak dapat menangis lagi.
Erika melintas jalan raya tanpa menoleh kiri kanan sehinggalah dia hampir dilanggar dan rebah di tengah jalan sehinggalah segalanya gelap.
To be continued...
Apakah yang akan berlaku selepas ini? Silalah tunggu yerr...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...