" Good morning sayang!" ucap Xander ceria.
" Morning! Happy semacam nampak. Ada apa-apa ker harini?" soal Erika hairan. Dia punya happy tu senyum sampai ke telinga.
" Mestilah, sayang ingatkan harini hari apa?" soal Xander pula.
" Harini...hari Rabu kan," Xander sekadar mengangguk. Namun hatinya masih penuh dengan pengharapan.
" Yelah, saya lupa! Harini saya ada meeting dengan client baru! Selamat abang tanya,"
Prakkk!
Ada bunyi pecahlah!! Sapa tahu bunyi apa tu?
" Ouhh, sayang balik lambatlah kiranya?" soal Xander cuba beriak biasa. Tapi hati dia dah retak tu.
" Rasanyalah, sorry lambat bagitahu. Kalau balik lambat sayang akan inform lain,"
" Hmmm...okay," jawab Ariq Xander acuh tak acuh.
" Okayalh, Saya nak kena pergi kerja dulu. Jumpa malamni yer. Bye... Assalamualaikum," Erika menyalam Xander dan berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku.
Xander pula memandang keoergian Erika bagai hati yang digitus. Dah 6 tahun kahwin tapi anniversary sendiri pun lupa. Sampainya hati...
' Selalunya lelaki yang lupa. Tapi kalini terbalik, Isteri pula yang lupa. Hmm nak buat macam mana, ada isteri pun sibuk bekerja. Tabahlah wahai hati...' monolog Xander merenung nasib insan yang tidak berdosa ini.
Cehh, pegi dahh!Di pejabat Ariq Xander,
" Wei jom lunch sekali," ajak Ryan dan Adrian sudah terpacak di hadapan meja kerja Ariq Xander.
" Korang pergilah, aku banyak kerja lagi ni," jawab Xander dingin.
Adrian dan Ryan saling berpandangan dengan wajah hairan. Dah kenapa moody pagi-pagi ni?
" Kau apahal? Semalam beria suruh kami datang office semata-mata nak belanja lunch. Kami dah datang dari jauh kau tak jadi pula," ujar Ryan tidak puas hati.
" Tulah, kau pms ek?" soal Adrian tidak menggunakan akal yang tuhan dah bagi.
Tidak semena Xander memandang Adrian setajam pedang. Ada yang nak mampus tengah hari rambang macamni. Ryan menyiku Adrian kasar. Tak kena timing langsunglah Adrian ni pun.
" Tak kira, kau kena belanja kitorang juga. Semalam dah janji kan, alah kami dua jer, Aaron dah selalu hilang dari radar," sebab apa? Dia kan dah ada girlfriend tercintakkk! Lupa yang lain. Tengah bahagialah katakan...
Jangan terhenti tengah jalan sudah." Hmmm...yelah, korang tunggu jap kat lobi, lagi 5 minit aku turun," beritahu Xander malas. Sebab dah janji dia bahagian diri jugalah. Kalau tak, memang dia nak murung seharian dalam pejabat. Mogok!
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...