Erika memandang papan putih tanpa berkelip. Tapi tahu-tahu jelah, fikirannya melayang kemana kan..
Dia teringatkan surat yang dibacanya malam semalam.
Hai Ika,
Maaflah saya dah balik masa awak dapat surat ni. Lama saya tunggu tapi awak tak datang jugak. Tapi saya faham, awak mesti ada sebab kenapa tak boleh jumpa saya malamni. Apa-apapun, saya harap awak terima pemberian saya tu. Terima kasih..
Ariq Xander,
Erika memegang seutas gelang di pergelangan tangannya. Xander menghadiahinya seutas gelang emas yang mempunyai bentuk hati. Namun pemberian Xander diterimanya dengan rasa bersalah.
"Erika.. Erika?..Erika!" Panggilan Anisa yang ketiga menghentikan lamunannya.
" Kau kenapa ni? Sejak dua menjak ni muka kau muram jer," Anisa mengeluh perlahan apabila tiada sebarang jawapan dari Erika. Keluar sahaja dari kelas, Anisa terus menarik tangan Erika dan menuju ke arah papan tanda di ruang pengumuman.
" Benda apa kau ni? " Soal Erika pening dengan sikap Anisa yang semakin kebudak-budakan itu.
" Dua minggu depankan, universiti kita ada sambutan hari kesenian terbuka," beritahu Anisa dengan senyuman yang tidak dapat ditafsir.
" So?" Soal Erika semakin pelik.
" Kita take part nak tak?" Anisa membuat wajah comel sambil mengelipkan matanya beberapa kali.
" Kau ingat comel ker buat macam tu? Hahahah... " Erika ketawa apabila melihat reaksi Anisa ketika itu.
" Ish kau ni, aku seriouslah. Main-main pulak," rajuk Anisa lagi dengan mulut itiknya. Faham- faham jelah mulut itik macam mana yer. Hehehe...
" Alololo... Okay-okay. Tapi nak buat apa? ukir patung? Hahahah!" pada ketika itu, semua orang memandang ke arah Erika yang semakin galak mentertawakan sahabatnya.
Anisa memandang ke arah Erika besar kecil. Perangai tu macam nak mintak penyepak gayanya.
" Ha.. gelaklah lagi. Gelak sampai bulan depan pun boleh jugak. Tak payahlah tengok muka aku lagi dah," Kata-kata Anisa ketika itu membuatkan Erika terdiam.
" Okaylah, kau nak masuk apa?" soal Erika mengalah.
" Aku nak... "
" Nak?"
" Aku nak kau yang masuk. "
" Hah? Apa kau ni? Aku tak fahamlah," Soal Erika.
" Apa yang tak fahamnya? Aku nak kau yang ambil bahagian dalam sambutan tu," teramg Anisa dengan penuh harapan agar rakannya setuju.
" Tapi kenapa?"
" Aku nak kau tunjuk kelebihan kau bermain violin dekat depan semua orang. Nanti mungkin diorang nak kawan dengan kau,"
" Apa masalah kau ni?" Soal Erika dengan nada yang keras.
" Aku tak ada masalah punlah. Aku just nak kau masuk jer!" tiba-tiba suasana antara mereka menjadi tegang.
" Tak nak,"
" Tapi kenapa? " jawab Erika tegas.
" Aku cakap tak nak tu tak naklah!"
" Kenapa kau jadi macam ni Anisa?" Soal Erika semakin bingung dengan perubahan drastik sikap sahabatnya itu.
" Tolonglah Erika... Sekali jer, " rayu Anisa dan tiba-tiba matanya mula berkaca.
" Tapi kenapa?" soal Erika lembut. Dia tidak mahu situasi itu menjadi lebih tegang.
" Aku... Aku tak nak kau alone lepas aku tak ada nanti aku nak kau ada kawan baru..." jujur Anisa lalu menunduk. Tanpa disedari air matanya juga mengalir. Dia tahu Erika setuju untuk dia pergi sebab Erika sayangkan dia. Tapi macam mana dengan hidup sahabatnya nanti?
" Anisa.. Aku nak berkawan dengan kau sebab kau tak pandang luaran aku. Kau tak pandang aku ni kaya atau tak dan aku ni pandai atau tak. Kau ikhlas kawan dengan aku. Aku okay jelah lepas kau pergi nanti. Trust me okay?" jelas Erika cuba meyakinkan Anisa namun kesedihan di hatinya ketika itu hanya tuhan yang tahu.
" Tapi-"
" Aku sayang kau macam family aku sendiri. Even diorang pun tak faham aku selain kau. Aku bersyukur sangat ada seorang kawan yang sanggup susah senang dengan aku. Walaupun tak lama, tapi aku akan sayang kau sampai bila-bila," Anisa terus memeluk Erika selepas itu. Tangisannya juga kedengaran lebih kuat.
Akhirnya Erika juga mengalirkan air matanya. Sungguh pilu hatinya ketika itu. Kalau boleh, dia nak masa itu terhenti. Biar waktu dia bersama Anisa tidak berlalu terlalu cepat.
" Tapi, aku nak kau masuk. Ini permintaan terakhir aku," pinta Anisa cuba untuk tersenyum kembali.
" Baiklah, demi bff aku ni. Tapi kau kena janji jangan lost contact dengan aku lepasni," ujar Erika membuat pinky promise dan Anisa menyambutnya kembali.
To be continued...
Anisa dan Erika dah nak berpisah lepasni..😭
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...