Bab 30 : KES PECAH AMANAH

493 29 1
                                    

Erika menghempaskan badannya di atas katil melepaskan lelah seharian bekerja. Lama matanya memandang ke arah jam dinding yang sudah mencecah angka 8:30 malam. Matanya beralih pula ke sebuah kotak yang terletak elok di atas meja kerjanya.

Disebabkan kerja yang menimbun di pejabat, dia tidak sempat menyemak fail yang diberikan oleh Encik Azhar mengenai kes jutawan muda itu.

" Erika...jom makan!" Jerit seseorang dari bawah membuatkan Erika laju menapak ke bawah.

" Hah... turun pun kau...ni aku dah masak dah special untuk kawanku yang terchenta ni..." Kata Anisa bangga diri.

Erika dan Anisa tinggal serumah sejak sama-sama bekerja sebagai peguam. Walaupun pada mulanya mama Erika tak izinkan. Papa Erika sendiri yang memberikan keizinan kepadanya kerana dia menjadikan isu jarak ke tempat kerja dan hendak hidup berdikari sebagai alasan.

" Cehh, poyolah kau.. setakat masak meggi goreng jer. Kau tak payah nak kembang sangat eh" Perli Erika mentertawakan sahabatnya yang sudah muncung mengalahkan itik.

" Okaylah aku nak mandi dan solat lepastu tidur awal. Esok aku Ada sesi soal jawab dengan anak guam baru aku dekat lokap."

" Kes apa wei?" Soal Anisa ingin tahu. Yelah, sama-sama lawyer kan.

" Kes pecah amanah RM 4 juta ringgit."

" Empat juta? Boleh ker kes seberat ni menang? Banyak sangat nilainya tu." Kata Anisa memandangkan dia juga seorang peguam.

" Aku pun tak pastilah Anisa."

" Hmmm...Aku rasa kau kena kaji dulu kes yang kau nak ambil ni sebelum setuju."

" Hmmm...okay sis. Dahlah aku dah habis makan. Aku nak naik atas buat kerja." Kata Erika ingin beredar dari meja makan.

" Eh, sejak bila kau habis makan ni?" Soal Anisa pelik. Naga ker apa kawan aku sorang ni?

" Kau tu yang makan macam siput. Tunggu kau habis makan lam....bet lagi." Galak Erika memerli dan mentertawakan sahabatnya itu lalu memanjat anak tangga ke biliknya.

Di dalam bilik, Erika hanya memandang sebuah kotak yang masih tidak diusik kemas di atas meja kerjanya.

" Nak buka ke tak nak?" Omelnya sendiri beberapa saat lalu meletakkan kepalanya di atas bantal yang empuk.

Malaslah nak buka fail kerja malam-malam buta ni. Baik aku reka mimpi yang indah in my beuty sleep. Goodnight...

To be continued...

Macam mana? Sorrylah kalau lambat publish bab baru ni. Author tahu yang cerita ni taklah menarik sangat memandangkan percubaan pertama author buat cerita macamni. Lagipun author dah berazam nak habiskan sebelum hujung bulan Mac ni. Kalau nak tunggu readers comment or vote. Memang sampai kiamatlah jawabnya. Heheheh joke jerr. Okaylah apapun sayonara!

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now