" Terima kasih atas usaha Cik Erika yang berjaya menyelesaikan kes besar ini dengan jayanya. Disebabkan Cik Erika juga, Firma Guaman Always mendapat top 10 antara semua firma guaman di seluruh Malaysia." Erika hanya tersenyum apabila tepukan yang gemuruh diberikan kepadanya.
" Saya juga nak mengucapkam ribuan terima kasih kepada semua rakan sekerja saya terutama PA saya Dania. Kerana kesungguhan dan kesabarannya bersama-sama menyelesaikan kes ini selama hampir 4 bulan."
Lydia hanya menunduk dan menayangkan senyuman yang anggun. Tidak hairanlah Dania sanggup berkorban masa untuk bekerja jika berada di bawah pengurusan seorang peguam yang professional dan baik hati seperti Cik Erika.
Dalam suasana yang meriah itu, sepasang mata hanya memandang ke arah Erika tajam seperti mata pedang.
Dari dulu hingga sekarang, semua yang baik adalah dari Erika dan segala yang buruk ditujukan kearahnya. Ingin sahaja dia melenyapkan gadis di hadapan itu, barulah ada ruang untuk dia berkuasa.
...
" Pangg!" Wajah tampan Xander ditampar tanpa belas kasihan. Setelah dilanyak dengan agak kejam barulah dia bebas untuk bernafas. Beberapa saat kemudian, orang bawahan yang ditugaskan untuk membelasah Xander tadi dihalau keluar.
Rahang lelaki dihadapannya itu diketap kasar menahan amarah. Segalanya sekadar ingin memberi pengajaran kepada Xander. Pengajaranlah sangatt....
" Aku tak nak nama kau terbabit dalam kes polis lagi. Kalau kau dah tahu yang keluarga kita bermusuh, kenapa kau masih tak berhati-hati?" Black atau nama sebenarnya Tan Sri Daris.
" Macam manalah aku nak turunkan takhta kepada kau kalau kau masih tak bertanggungjawab untuk menjaga empayar Vlad ini?"
" Aku tak pernah minta takhta kau." Jawab Xander selamba.
" Jadi kau nak tolak takhta ni mentah-mentah Dan seluruh keluarga kau diancam? Macmtu ker Xander?" Soal Black sinis membuatkan Xander merengus geram.
" Aku belum bersedia untuk semua ni." Jawab Xander akur. Itulah perkara yang membebankannya selama ini. Dia tidak kisah jika dia lenyap di dunia ini. Tetapi keluarganya tidak boleh disentuh oleh sesiapapun. Terutamanya Black, datuk kandungnya sendiri.
" Aku bagi kau masa sebulan untuk bersiap sedia mental dan fizikal. Ingat Xander jangan terlibat dalam kes polis." Tegas Black mengingatkan bakal pewarisnya itu.
" Mujurlah semua rahsia berkenaan empayar ini tidak diketahui oleh peguam yang diupah untuk bebaskan kau haritu. Kau dikira beruntung Xander."
Mengingatkan kejadian itu membuatkan Xander tersenyum sinis. Tidak disangka gadis yang menjadi peguamnya itu bukan calang-calang orang. Dengan ikat jamin sebanyak lapan ratus ribu ringgit dia dapat dibebaskan.
To be continued...
Sorry sebab lambat update bab baru. Author sibuk sikit kebelakangan ni. Insya Allah kalau ada masa, author akan double update dalam masa yang terdekat ni. Tapi korang kena supportla yerr. Apapun Sayonara!!!
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...