Bab 61 : DIA MILIK AKU

444 23 0
                                    

" Anisa, aku nak pergi beli barang dapur tau. Aku keluar sekejap jer." Ujar Erika melekapkan telephone di telinganya.

" Alahh tak nak tunggu aku ker? kita pergilah sekali." Anisa menjawab sambil memerhati jam dinding yang berada di dalam pejabatnya.

" Kau balik pukul berapa harini?" Soal Erika berjeda sebentar.

" Hmmm...pukul 6:30 petang?" Tebak Anisa yakin. Erika yang mendengar jawapan sahabatnya itu terus melihat jam pada dinding biliknya. Baru pukul 2 petang? Alamaknya berjanggutlah dia tunggu Si Anisa tu balik.

" Hmmm...nak tunggu kau tahun depan pun belum tentu." Sindir Erika membuatkan tawa Anisa pecah dari corong telephone. Betullah tekaan Erika tu...kuang kuang kuang.!!

" Aku pergi sendiri jelah. Kau tak payahlah risau, apa-apa terjadi aku call kau cepat-cepat okay?" Sambung Erika cuba menyedapkan hati rakannya itu. Dia tahu Anisa risau kalau dia keluar tanpa teman, dengan keadaan dia Dan kemunculan Adrian yang macam orang kemaruk tu pun dah cukup buat orang fikir yang bukan-bukan.

Lama Anisa berdiam sebelum membenarkan Erika keluar walaupun nak tak nak jer... Tidak lama selepas itu mereka menamatkan taliannya dan t Erika bersiap untuk keluar.

...

" Assalamualaikum.." Anisa melangkah masuk ke dalam rumah dengan rasa tidak sedap hati. Kenapa? sebab waktu dia balik kereta Erika masih tidak kelihatan di perkarangan rumah agam milik sahabatnya itu.

" Erika! where are you?!" Laung Anisa kuat sambil laju meninjau segenap ruang rumah agam itu. Entahlah, dia memang betul-betul tak sedap hati sekarangni. Dah dekat pukul 7 malam batang hiding Erika langsung tak nampak-nampak lagi.

Tidak mahu membuang masa, Anisa terus mendail nombor Erika. Mungkin Ada sebab dia balik lambat. Tetapi hampa apabila talian tidak diangkat walaupun dah hampir 10 kali dia tidak putus-putus menelefon.

Anisa sudah mahu menangis memikirkan pelbagai perkara negatif sedang berlaku kepada Erika. Fikirannya bertambah buntu apabila tahu tiada apa yang boleh dibuat ketika itu. Nak telefon polis kena 24 jam... Siapa yang tak tahu tentang fakta ni cubalah lari rumah. Confirm lepas 24 jam tu baru polis cari. Kalau jadi apa-apa jangan petik nama author eh!

Anisa yang sudah menemui jalan buntu terus mencapai kunci keretanya lalu menuju ke suatu tempat.

Di suatu tempat,

Erika membuka matanya perlahan lalu memerhati sekeliling dengan pandangan hairan. Dia berada di dalam sebuah bilik yang kelam dan sunyi ketika itu. Tambahan pula setelah melihat keadaan dirinya yang sedang diikat pada sebuah kerusi mula membuatkan Erika berasa panik.

Flashback,

Erika yang baru sahaja selesai membeli barang dapur tiba-tiba disapa oleh seseorang yang sangat dikenalinya. Dengan serta merta Erika melangkah laju ke arah keretanya.

" Wait Erika!" Adrian bertindak menahannya laju setelah mengetahui niat Erika ketika itu.

" What do you want Adrian!" Marah Erika cuba melepaskan diri.

" Okay.. saya nak mintak maaf tentang apa yang dah terjadi sebelumni. Niat saya harini sebenarnya nak berbaik dengan awak balik. Saya dah sedar kesilapan dan kebodohan saya yang desperate sangat mahukan awak sedangkan awak milik orang lain." Ujar Adrian cuba ingin memperdaya. Erika yang mendengarnya hanya mendiamkan diri mencerna kata-kata lelaki itu. Ikhlas ker?

" Hmm... baguslah kalau macamtu. Saya mintak maaf sekali lagi atas apa yang telah berlaku sebelumni." Tutur Erika lembut namun niat sebenarnya ialah untuk beredar lebih cepat dari situ. Dia tak nak berdepan dengan Adrian yang pernah gila bayang terhadapnya sebelum ini, sejujurnya dia masih takut dengan apa yang berlaku.

" Jadi saya balik dulu-"

" Wait! Kita minum-minum dulu? Saya belanja sebagai tanda memohon maaf." Lambat-lambat Erika mengangguk lalu mengatur langkah ke sebuah cafe berdekatan bersama Adrian.

Di cafe,

" Cik nak order apa?" Soal seorang pelayan kepada Erika.

" Saya nak apple juice. Adrian awak nak apa?"

" Milo ais." Jawab Adrian laju dan pelayan itu berlalu pergi.

" So awak dengan Xander macam mana? Okay?" Soal Adrian tanpa berselindung.

" Okay jer, bahagia macam selalu." Acuh tak acuh sahaja Erika menjawab dengan senyuman hambar. Dia tahu Adrian sengaja mengajukan soalan sebegitu.

Tidak lama selepas air yang dipesan mereka tiba, Erika meminta izin untuk tandas sebentar.

" Ish! masa macamnilab nak habis bateri." Erika mengeluh sendiri dengan kecuaiannya. Niatnya untuk naknghubungi Anisa tergendala kerana telefon pintarnya telah mati. Sebenarnya dia agak sangsi dengan layanan baik yang diberikan Adrian hari ini. Oleh itu dia ingin mengambil langkah berjaga-jaga.

Pada masa yang sama, Adrian memandang gelas yang berisi apple juice dihadapannya tajam. Dengan sepantas mungkin dia memasukkan sedikit serbuk berwarna putih ke dalam minuman tersebut dan mengacaunya sehingga sebati.

Beberapa minit kemudian Erika kembali ke tempat duduknya dan menghirup air yang dipesannya dengan lagak biasa. Adrian pula hanya memandang Erika dengan senyuman yang tidak dapat ditafsir.

Ya, ubat tidur. Bagi Adrian itulah salah satu cara untuk dia mendapatkan Erika. Dengan menculik dan mengugut Erika untuk meninggalkan Xander. Kemudian dia akan mencapai kebahagiaan yang dicarinya selama ini. Kali ini Erika tidak boleh terlepas!

End Flashback.

To be continued...

Comments and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now