Erika's POV,
" Awak?" Soal dia terkaku melihat tunangnya.
Tiba-tiba perbualannya dengan Puan Sri Melissa tadi terlayar di dalam kotak pemikirannya.
" Maksudnya selamani Xander memang dah lupakan aku? Patutlah layanan dia dekat aku lain. Lain daripada dulu..." Monolognya sendiri.
" Hai..." Sapa Xander tenang lalu melangkah ke arahnya. Dia pula tidak menjawab malah mengalihkan pandangannya ke arah lain setelah mengingatkan kejadian yang baru sahaja terjadi seminggu yang lalu. Sakit pula hati ni!!
" Eh korang dah lama kenal ker?" Soal Puan Sri Melissa kepadanya dan Xander.
" Tak! Ya!" Jawabnya dan Xander serentak.
" Mana satu ni?"
" Ya kami dah kenal..." Jawab Xander tersenyum kelat. Dia pula hanya menjeling ke arah lelaki itu.
" Kami baru jer kenal." Tambahnya pula dengan senyuman.
" Ouhh... lagilah senang kalau kamu dah kenal." Kata Puan Sri Marissa pula sambil ketawa.
" Okaylah, kami nak ke dapur. Kamu berdua pergilah berbual-bual Kat luar tu. Kenal lebih rapat lagi" ujar Puan Sri Melissa dengan senyuman yang tidak dapat ditafsir. Apa bendalah dalam otak dia tu?
" Okay aunty."
" Eh, apa ni Ariq? panggil mama jer. Tak lama lagi kamu akan panggil mama juga." Dia pula sengaja membuat muka menyampah.
End POV.
...
Xander's POV
" Hai Erika..." Sapaannya itu tidak dijawab. Baru ingat nak kenal bakal isterinya itu last-last kelaut juga.
" Tuan Ariq dah tahukan tentang pertunangan ni?!" Erika sengaja melantangkan suaranya ke arah Xander. Bukan suami dia lagi, Tak salahlah kann..
" Ehh relax... jangan nak menuduh sesuka hati."
" Saya pun tak tahu tentang siapa bakal tunang saya. Tak sangka pula awak bakal tunang saya."
" Kalau aku tahu kau tunang aku aku kahwin jer terus. Ehh apasal gelojoh sangat aku ni?" Monolog Xander sambil menggeleng. Erika yang melihat situasi itu bertambah hairan. Sewel ker mamat ni?
" Ouhh okay, tapi saya masih ingat apa yang Tuan Ariq buat dekat saya seminggu yang lalu."
" Okay, saya betul-betul minta maaf tentang kejadian hari tu. Saya ada emergency dan masa tu juga phone saya habis bateri"
" Habis bateri tiga jam eh? alasan tak munasabah langsung." Kata Erika berpaling daripadanya.
" I'm so sorry..."
" Saya janji perkara tu takkan terjadi lepasni." Matanya lagi dengan rasa bersalah.
"Lepasni?" Soal Erika sinis.
" Memang tak lah saya nak keluar dengan Tuan Ariq lagi. Tahu tak apa perasaan saya masa tunggu dekat restoran tu seorang diri selama sejam tiga puluh minit?!"
" Habistu awak tak fikir pula perasaan saya tunggu awak terima nak lunch dengan saya selama seminggu?" Dia yang tidak mahu kalah juga sengaja mengungkit hal yang sama.
" Sebab saya fikirlah saya setuju keluar dengan awak Xander." Mendengar panggilan Erika itu, kedua-duanya terdiam.
" Awak panggil saya Xander?" Soalnya tanpa berfikir. Kini dia berasa agak sangsi dengan Erika. Bukan kali pertama gadis itu memanggil nama panggilan itu.
" Yelah.. ke-kenapa?" Erika menelan air liurnya kasar sambil mengutuk dirinya sendiri. Dasar mulut tak boleh zip.
" Salah ker? nama dalam IC Tuan Ariq kan-"
" Ariq Xander bin Tan Sri Aryan." Xander yang menjawabnya terlebih dahulu. Namun nadanya kini berubah dingin. Erika pula diam tidak berkutik.
" Xander, kau tak boleh macamni, cool..." Nasihat Xander kepada dirinya sendiri. Baru ingat nak berkenalan, Tak pasal-pasal si Erika ni mintak putus terus.
" Hmmm betul juga kan.. apalah saya ni." Kata Xander mengubah suasana tegang antara mereka.
" Boleh awak maafkan saya?"
" Kita berkenalan balik." Pinta Xander dengan tenang. Lama Erika membisu sehingga senyumannya terbit kembali.
" Baiklah saya maafkan Tuan Ariq. Tapi jangan buat macam sebelumni eh!"
" Hehehe...okay" Sejurus itu, Erika menghulurkan tangannya ke arah Xander tanda perkenalan.
" Nice to meet you, I'm Erika Airien." Xander membalas dengan hati yang riang. Tambahan pula melihat senyuman gadis dihadapannya itu. Fuhh, macam bidadari!!
"Nice to meet you too, Xander."
End POV.
To be continued.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romantik⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...