" Kami pergi dulu yer mama,papa." Erika menyalam tangan kedua-dua mertuanya sebelum melangkah ke kereta. Lepas Xander sedar semalam, pagi-pagi lagi dia terus nak balik rumah sendiri. Erika pula ikutkan je, nak jadi isteri mithali kan..
" Hati-hati bawak kereta tu Ariq" Nasihat Tan Sri Aryan selepas Xander bersalaman dengannya dan Puan Sri Melissa. Dia pun pelik, kenapa Ariq nak sangat balik awal. Tapi takkanlah nak halang pula Ariq tu dah ada tanggungjawab sendiri. Pandai- pandailah dia urus semuanya.
...
Erika memandang Xander dengan seribu tanda tanya. Dia yakin ada yang tak kena dengan suaminya itu, tapi benda apa yang tak kena?
" Kenapa tengok macamtu?" Soal Xander mula tidak selesa dengan pandangan Erika. Macam dia ni pembunuh pulak. Okaylah dia mafia tapi dia tak membunuh. Dalam ahli kumpulannya kerja-kerja membunuh ni semua Xaiden dengan Ryan yang buat. Dia bagi arahan jer.. kira dia bukan pembunuhlah kan? Hmmm bagusnya mentality Si Xander ni. Pakai otak ke idok??
" Tak ada apa-apa." Erika melarikan pandangannya ke luar tingkap. Keluhan berat dilepaskan. Bermula dari rumah Tan Sri Aryan sampai sekarang hampir sejam perjalanan pulang mereka. Dua-dua diam seribu bahasa. Xander hanya fokus pada pemanduannya. Muka pulak ketat je, sampai Erika nak buka mulut pun tak berani. Nasib...
" Sayang ada apa-apa tak yang nak cerita dekat abang?" Soal Xander setelah sekian lama.
" Cerita apa? Tak ada apa-apapun." Jawab Erika hairan. Mendengar sahaja jawapan Erika wajah Xander mula berubah tidak berpuas hati. Apa agaknya yang difikirkan oleh Xander?
Sampai sahaja mereka di rumah Xander hanya menghantar Erika dan keluar semula. Ada hal penting katanya, tetapi tidak bagi Erika. Dia mula rasa suaminya itu mula menjauhkan diri. Keluhan berat dilepaskan sekali lagi. Kesian Erika, mengeluh je memanjang.
Keesokan harinya,
Erika's POV,
Erika yang baru sahaja selesai menunaikan solat subuh memandang ke arah katil dengan penuh kerisauan.
" Mana Xander ni?" Gumam Erika sendiri, tergerak pula hatinya melangkah ke ruang tamu. Seperti yang dijangka, Xander tak tidur di dalam bilik malam semalam tapi dia tidur dekat atas sofa.
" Abang...bangun, kenapa tidur dekat sini?" Kejutnya perlahan.
" Sekarang pukul berapa?" Soal Xander setelah sedar dari lena.
" Dah subuh dah. Kenapa abang tak tidur dalam bilik?" Soalnya lagi apabila pertanyaan pertamanya tadi dibiar sepi. Tanpa sebarang jawapan Xander meninggalkannya sendirian di ruang tamu dan masuk ke dalam bilik
" Aku ada buat salah ker?" Soal Erika resah hati.3 jam kemudian,
Erika hanya memerhati ke arah Xander yang sedang menghadap cermin sambil mengikat tali leher. Tubuh suaminya itu sengaja ditarik menghadapnya dan tali leher yang sedang diikat bertukar tangan.
" Harini saya cuti, awak balik lunch eh? saya masak." Hanya senyuman manis dihadiahkan kepada Xander sambil mengikat tali leher suaminya itu.
" Tengoklah dulu, saya dah lambat ni." Jawab Xander acuh tak acuh mengalihkan pandangannya dari wajah Erika.
" Alahh...baliklah, lama kita tak makan sekali. Please..." Sengaja Erika menginginkan perhatian daripada Xander. Namun pujukannya masih dibiar sepi. Erika pula hanya menghantar pemergian Xander dengan pandngan sebal. Haihh...dah jadi OKU mamat sorangni.
...
" Hai awak!" Sapa Fia dengan riang. Xander pula sudah berdecit mengenangkan sikap suka terajah bilik orang sesuka hati macam minah tonggek yang ada dekat depan dia tu. Masuk je bilik dia yang kena sergah dulu. Macam mana dia masuk pun tak tahu.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...