Pen ditangannya dipusingkan berkali-kali. Xander tersenyum sendiri mengenangkan memori indahnya bersama Erika dua minggu yang lalu. Sejak malam itu hubungan mereka bertambah baik dan bahagia.
'Erika Airien' Hanya menyebut sepotong nama itu bisa membuatkan dia angau dengan wanita itu.
Xander yang sedang seronok mengelamun terus tersedar apabila pintu biliknya dirempuh seseorang kuat.
" Maafkan saya Tuan Ariq, Saya dah halang tapi dia still berkeras nak masuk." Ujar Dani selaku PA Ariq Xander. Dia memang nak PA lelaki. Mudah baginya untuk berkerja.
" It's okay." Jawab Ariq Xander sepatah lalu mengarahkan Dani keluar.
" Apa kau nak?" Soal Xander dingin kepada gadis yang berada di hadapan pintu pejabatnya kini. Hidup lagi rupanya minahni. Ingatkan dah mampus!
" Saya nak jumpa awak buat kali terakhir." Jawab Fia menikus. Dia tahu Xander tidak pernah suka akan kehadirannya.
" Okay kau dah jumpa aku. Now get lost!" Tutur Xander sedikit kasar kali ini namun masih dengan riak tenang. Banyak kali dah perempuan itu akan datang menggeletis dengan dia tambah-tambah bila dia berpisah dengan Erika 6 bulan lepas. End up dia memang layak kena halau jelah. Dahlah datang tak diundang.
" Sebelum tu..."
" Apa lagi?" Soal Xander tidak mahu membuanga masa. Dia dah muak melayan perempuan macam Fia Ni. Kalau dia tahu Fia yang entah dari mana tu akan menghantui hidupnya sampai sekarang. Dia langgar jer perempuan tu malamtu. Menyusahkan!
" Sebelumtu saya ada hadiah nak diberikan kepada awak." Xander mengerutkan dahinya. Hadiah apa pulak dia nak bagi ni? Macamlah dia nak simpan..
Fia mendekati Xander lalu menghulurkan sebuah kotak. Tanpa sebarang bunyi
" Neck tie?" Gumam Xander sinis.
Rumah Tan Sri Aryan,
" Bosannya..." Gumam Erika menongkat dagunya di atas dapur island.
Lama matanya meliar di sekeliling dapur, terbayang pula kenangannya Dan Xander memasak bersama beberapa hari lalu.
Flashback,
" Bukan sengaja ku luahkan rasa hati ini... Na na na na na.." Nyanyi Erika ceria. Walaupun lirik dia ke laut. Tak kisah pun, bukan ada orang dengar. Dalam Masa yang sama, tangannya masih lihat mengadun tepung.
Xander tiba-tiba minta dia buatkan Kek Coklat. Mengidam katanya, pelikkan? dia yang mengandung orang lain yang mengidam.
Tanpa disedari, Erika menggeleng kepala sendiri.
" Sayang fikirkan apa?" Terhenjut bahu Erika apabila disergah dari belakang cemberut terus wajah Erika dibuatnya. Xander pula sudah ketawa berdekah melihat reaksi Erika.
" Ish! terkejut tahu tak?" Tempik Erika tidak puas hati.
" Sayang yang mengelamun jauh sampai tak perasan tepung kek ni bersepah dekat atas meja." Xander pula cemberut. Mata Erika terus jatuh ke bawah. Ternganga mulut Erika memandang meja yang sudah terpercik di atas meja.
" Hehehe... Takpe nanti saya kemas."
" Abang nak rasa tepung kek ni sikit tak?"
" Nak!" Jawab Xander teruja. Erika menghulurkan sudu kepada suaminya itu dengan senyuman." Sedap tak?" Soal Erika penuh pengharapan.
" Hmmm...cuba sayang rasa." Sisa tepung kek dicelek sedikit lalu dihulurkan pada Erika. Baru sahaja Erika membuka mulut tepung kek itu singgah di atas hidung mancung Erika.
" Abang!! Apa ni?" Tak pasal-pasal senduk singgah di atas kepala Xander. Padan muka!
Xander mengetap giginya geram. Ada yang nak kena gigit ni!
" Sampai hati sayang ketuk kepala abang kan?" Sergah Xander ingin menerkam Erika. Dan akhirnya suasana di dapur pada petang itu riuh dengan jeritan Erika sambil berkejar-kejaran di seluruh dapur.
End Flashback,
" Hmm...rasanya Xander makan apa eh lunch ni?" Gumam Erika sambil membuka tudung saji.
" Erika nak makan dengan abanglah petangni." Monolognya lagi mengukir senyuman manis.
...
" Kau letak jelah benda tu atas meja aku." Ujar Xander tanpa riak.
" Sa..saya nak awak pakai depan saya."
" Hoi! Kau mimpi apa ni? Kau keluarlah. Makin lemak pulak sekarangni." Halau Xander selamba.
" Alahh...tolonglah." Rengek Fia memeluk lengan Xander. Seperti yang semua tahu, mestilah tangan Fia ditepis kasar.
" Please...kalini jer, lepasni saya takkan muncul depan awak lagi." Pujuk Fia tidak tahu malu.
Xander berdecit sendiri. Tanpa sebarang amaran tangan Fia laju naik ke atas tengkuk Xander. Kolar baju dilipat ke atas dan tangannya terus mengikat tali leher yang sedang tersangkut elok pada leher lelaki itu.
" Apahal kau ni?" Tepis Xander kasar. Namun tangan Fia masih tidak berhenti. Sesudah dia kemas mengikat tali leher Xander, terus sahaja dia memeluk pinggang Xander kuat membuatkan. Wajah Xander makin membahang menahan amarah.
Belum sempat Xander menolak Fia jauh, kedengaran bunyi sesuatu yang terjatuh di atas lantai menarik perhatian mereka berdua serentak.
Terus sahaja Xander menolak Fia kasar. Wajah wanita yang sudah menahan sebak dihati ditenungnya sebal. Dia terus melangkah ke arah Erika yang kaku berdiri di hadapan pintu pejabatnya.
" Jangan dekati saya Xander." Tegas Erika masih tidak lepas memandang ke arah gadis yang sesuka hati memeluk suaminya.
" Sayang...semua ni salah faham jer." Ujar Xander dengan dada yang mula sesak. Tangan Erika yang menggeletar kuat digenggam untuk mengumpul segala kekuatan ketika itu.
Tanpa sebutir bicara yang keluar dari mulut wanita di hadapannya, Erika terus laju keluar dari pejabat Xander.
" Semua sebab kau!" Tengking Xander mula berang. Fia pula sudah menikus setelah melihat wajah berang Xander. Lelaki itu terus berlari keluar untuk mengejar Erika yang sudah jauh di hadapan.
To be continued...
Sorry semua sebab lama tak update, takpa disebabkan sekolah dah nak buka 15 hari bulan ni. Author akan usaha untuk tamatkan cerita Hatred LOVE ni dan kita akan bersama lagi untuk next story. Sayonara!!
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...