Kriingg!!!
Jam loceng Erika berdering kuat.
" Cik Erika, cepat bangun. Dah lambatlah. Hari ni hari first Cik Erika ke Universiti," gerak Safiah seorang pembantu rumah peribadi khas untuk Erika.
" Hmmm..." itu sahaja yang keluar dari mulut Erika sebelum dia kembali melelapkan mata. Safiah pula sudah menepuk dahi mengenangkan sikap gadis muda itu. Lama berjeda, akhirnya Safiah mendapat sebuah solusi. Dikejut Erika buat kali kedua seperti tadi namun sedikit berbeza.
" Cik Erika, bangunlah. Jangan sampai Puan Sri sendiri yang kejutkan," seperti yang dijangka, mata Erika terus terbuku luas apabila sebaris nama itu disebut.
" Sekarang pukul berapa? " soal Erika masih mamai.
" Dah pukul lapan pagi,"
" Hah! kenapa baru nak kejut saya? " wajah Erika berubah cemas lantas mencapai tualanya dan berlari menuju ke bilik mandi. Selamat harini dia ABC.
" Safiah tolong sediakan baju kegemaran saya yer," pinta Erika tergesa-gesa sebelum menutup pintu bilik air.
Safiah mengangguk faham lalu menuju ke bilik wardrobe khas milik Erika bersebelahan dengan kamarnya. Dan menyediakan pakaian kegemaran Erika berserta eksesori yang sepadan.
Selepas Erika bersiap dan bersolek secantik yang mampu, dia turun dengan senyap ke bawah dan terus berlari ke dapur untuk bersarapan. Yelah takut kantoi dekat mama dia yang straight tahap tentera jepun tu. Ehh tak delah, tak pasal-pasal kena cop anak derhaka.
" Mak Su masak apa tu?" Erika menggempar Mak Cik Suraya yang lebih mesra dipanggil Mak Su, tukang masak keluarga mereka.
" Oii mak kau aku masak nasi!" Mak Su melatah apabila dia dicuit dari belakang.
" Ishh! Cik Erika ni. Terkejut Mak Su dibuatnya," kata Mak Su sambil mengetuk bahu Erika perlahan menggunakan sebatang senduk.
" Hehehe sorry... Mak Su masak apa tu?" soal Erika sebelum duduk di hadapan meja makan belakang.
" Harini Mak Su masak special untuk Cik Erika. Nasi goreng kampung," jelas Mak Su sambil menghidangkan makanan di atas meja. Antara sarapan kegemaran Erika ialah nasi goreng. Bagi jelah nasi goreng apapun semua dia bedal.
" Umm... sedapnya, jom Mak Su, makan sekali," ajak Erika menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
" Eh! Tak apalah Cik Erika makan dulu," jawab Mak Su ingin kembali ke dapur.
" Please... Mak Su teman Erika makan," akhirnya pujukan comel Erika membuahkan hasil. Mereka menikmati hidangan yang lazat di atas meja bersama.
Selesai makan, Erika berlari anak naik ke atas untuk melihat Puan Sri Marissa. Erika hanya tersenyum nipis mengintai ibunya dari sebalik pintu bilik. Puan Marissa sedang sibuk bersolek ketika itu.
" Assalamualaikum mama, Erika pergi dulu," bisik Erika hanya mampu didengari olehnya lalu terus keluar dari rumah dan bertolak ke Universiti menaiki kereta Alphad milik keluarga mereka.
Di rumah Ariq,
Ariq keluar dari bilik mandi lalu menyarung T-shirt putih dipadankan dengan jacket jeans kegemarannya. Lama meneliti wajah kacaknya itu, dia terus turun ke dapur untuk bersarapan.
" Mak Tam, mama dan papa mana?" soal Ariq apabila mereka tidak kelihatan. Hanya dia, Puan Sri Melissa dan Tan Sri Aryan sahaja yang menetap di situ. Alisa Xarra dan Arif Xaiden masih bersekolah di asrama penuh.
" Hmm... dia orang keluar awal harini. Petang ni baru balik,"
" Oh... tak apalah kalau macamtu Mak Tam teman Ariq makan," ajak Ariq tersenyum.
" Okaylah nak rasa jugak sedap tak masakan Mak Tam ni," Mak Tam mengambil tempat di sudi Xander dan menyendukkan mi goreng hasil air tangannya ke dalam pinggan Xander dan pinggannya. Lama berborak, Ariq menilik jam tangannya yang telah menandakan pukul 8:30 pagi.
"Okaylah Mak Tam, Ariq dah lambat ni, pergi dulu yer. Assalamualaikum," Ariq menyalam tangan Mak Tam lalu bergegas menaiki Jaguar F-Type miliknya.
Di Universiti ,
Erika melangkah keluar dari kereta betul-betul di hadapan pintu masuk. Dia berjalan masuk dengan bergaya sambil diperhati orang di sekeliling. Mungkin kerana penampilannya yang agak menonjol seperti seorang yang berada.
Ramai yang berbisik apabila melintasinya. Namun, Erika yang sudah terbiasa dengan situasi begitu hanya berlagak biasa dengan wajah yang sedikit sombong.
Tiba-tiba dia merasakan pandangan orang ramai beralih ke belakangnya pula. Erika yang berasa hairan turut berpusing ke belakang. Kelihatan empat orang jejaka kacak yang lagaknya juga seperti orang kaya sedang melangkah dengan gaya yang menawan.
Erika hanya memandang sinis ke arah jejaka-jejaka itu sebelum menyambung perjalanannya. Tetapi tidak sampai beberapa langkah, secara tiba-tiba ramai gadis yang gedik berlari merempuhnya dan mengerumuni jejaka-jejaka kacak di belakangnya itu. Akhirnya dia ditolak jatuh seperti nangka busuk.
' Ish! Pantang nampak lelaki handsome sikit, mulalah nak naik ulat bulu tu! Dasar perempuan,' Kutuk Erika geram. Eh, dia bukan perempuan ker? Yelah dia perempuan jugak. Tapi dia bukan species macamtu.
" Awak tak apa-apa?" soal seorang gadis yang berada betul-betul di hadapannya.
Erika pula terus mendongak ke atas. Kelihatan seorang gadis yang berpenampilan biasa sedang tersenyum sambil menghulurkan tangan ke arahnya. Barulah dia sedar bahawa dia masih barada di atas lantai sejak tadi.
Memikirkan hal tersebut, Erika terus menyambut hulurannya tanpa reaksi.Pada masa yang sama, salah seorang daripada empat jejaka di belakang Erika melihat kejadian tersebut dengan wajah simpati.
" Terima kasih," ucap Erika perlahan lalu meninggalkan gadis yang membantunya itu di situ.
To be continued...
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...