Erika melihat ke arah jam dinding hotelnya sangsi.
Sejak dua jam yang lalu Xander meninggalkan hotel tanpa berkata apa-apa mula membuatkan Erika berasa risau. Kedengaran loceng biliknya yang ditekan beberapa kali, Erika terus membuka pintu biliknya.
" Puan Erika, ini ada hantaran istimewa untuk puan daripada Tuan Ariq." Kata seorang wanita sambil menghulurkan sebuah kotak yang agak besar.
" Ouhh, terima kasih.." balas Erika dengan senyuman sebelum wanita itu berlalu pergi.
Erika membuka sekeping kad yang telah diselitkan pada penutup kotak
Sayang bersiaplah, pakai dress yang ada dalam kotak ni. Jumpa pukul 8 okay, see you❤
Erika tersenyum sendiri setelah membaca nota yang diberikan kepadanya. Setelah 3 hari 2 malam berada di Hong Kong, tidak disangka Xander sudah merancang kejutan untuknya pada malam terakhir mereka di sana.
Tanpa membuang masa, Erika bersiap dan memakai dress yang dihadiahkan Xander kepadanya.
Selesai sahaja bersiap, Erika turun ke lobby hotel dengan berhati-hati. Berat jugak dress tu yerr kengkawan sekalian.
Dari jauh kelihatan Xander yang sedang menunggu di atas sebuah sofa. Erika tersenyum melihat tuxedo berwarna putih yang dipakai oleh Xander. Terserlah kekacakkan suaminya itu.
Xander yang menyedari kedatangan Erika terus menuju ke arahnya dengan senyuman.
" You are so beautiful.." Kata Xander tidak mampu berkata apa lalu mencium tangan Erika. Erika pula tidak lekang dari senyumannya, kadang kala dia akan tertunduk menahan malu.
" Thank you darling..you look smart as usual" puji Erika pula.
" Of course I am. Tengoklah suami siapa kan?"
" Hmmm...not bad lah taste abang. It's perfect on you." Puji dirinya sendiri sambil memandang Erika dari atas hingga ke bawah.
Erika pula hanya ketawa, sempat lagi Si Xander ni perah santan yerr. Perasannn...
" So,kita nak pergi mana ni?" Soal Erika.
" Somewhere.. shall we?" Ajak Xander sambil menghulurkan tangannya kepada Erika dan Erika menyambutnya dengan lemah lembut.
Perjalanan yang mengambil masa 10 minit dari hotel mereka memberikan tanda tanya buat Erika.
Setibanya mereka di sebuah bangunan, Xander dan Erika sudah dijemput seperti tetamu kehormat di situ sehingga mereka menaiki lift.
Keluar sahaja dari lift, Erika terpaku melihat keindahan suasana malam yang sungguh menawan, dengan kelopak bunga Ros yang bertaburan di atas lantai, hanya ada sebuah meja yang bertemakan candle light dinner berhadapan dengan pemandangan malam di Hong Kong.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...