Erika menyelak langsir biliknya bersama Xander yang telah ditempah online oleh bapa mertuanya Tan Sri Aryan lebih awal. Selepas perjalanan di dalam kapal terbang selama 4 jam, akhirnya mereka selamat tiba di sana pada jam 3:00 petang di Hong Kong sama dengan waktu di Malaysia.
Terpapar keindahan Hong Kong daripada Four Season Hotel Hong Kong yang bertaraf lima bintang. Dengan suasana honeymoon suites yang romantis menarik perhatian pasangan suami isteri itu.
Tiba sahaja mereka di hotel, mereka berdua terus solat zohor Dan dijamakkan dengan asar kerana mereka akan memulakan aktiviti pertama mereka bersama pada petang itu. Walaupun Xander tu mafia, tak semestinya ajaran agama terabai kan. Gituwwww...
Old Town Central Art Walk, itulah tempat pertama mereka kunjungi. Memang banyak mural yang cantik dilukis di setiap dinding bangunan di situ dan hampir semua tempat Erika excited nak berselfie. Itulah sesuatu yang baharu Xander tahu tentang isterinya. Alahaii..hantu selfie rupanya.
Kemudian, mereka bersiar-siar pula ke beberapa tempat yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke Hong Kong.
Keesokan harinya, mereka memulakan pagi mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan, apa lagi kalau bukan Disneyland Hong Kong, antara taman reakrasi antarabangsa yang terkenal di Hong Kong.
Semua permainan ingin dicuba oleh Erika terutamnya roller coaster.
" Awak! Jom naik roller coaster!" Pinta Erika laju ke hadapan meninggalkan Xander yang terkebil-kebil di tengah orang ramai.
Melihat wajah Xander yang pucat mula membuatkan Erika berasa hairan. "Jangan cakap dia takut naik benda tu?!" Desis Erika berpatah balik untuk mendapatkan Xander yang ketinggalan ke belakangnya.
" Abang takut ker?" Usik Erika ketawa.
" Ma..Mana adalah. Ro...roller coaster jer. Kapal terbang pun abang boleh naik setakat roller coaster no hal lah." Tipu Xander yakin. Kalpal terbang dengan roller coaster mana sama Encik Xander oii!! Erika pula sudah ketawa melihat wajah suaminya yang semakin pucat.
" Abang memang tak pandai menipu kan? hahaha... takpelah, saya kan ada. Awak tak payah takut okay." Ujar Erika lembut sambil mengusap belakang Xander. Xander hanya tersenyum hambar, teringat lagi sewaktu dia bersama-sama sahabatnya Damian, Mark, Ryan dan Aaron menaiki roller coaster di Legoland setahun lalu. Sebenarnya dia pernah balik Malaysia tahun lepas atas urusan kerja, alang-alang boleh bercuti sekali.
Lepas sahaja mereka turun dari roller coaster, Xander terus berlari ke tandas kerana pening yang tak mampu ditahannya. Hilang mood untuk bermain selepas itu. Hmmm... kesian kann.
Lamunan Xander terhenti apabila namanya dipanggil kuat oleh Erika.
" Haih abang ni. Saya panggil dekat Lima Kali jauh sungguh mengelamun." Kata Erika menggelengkan kepala. Sabar jelah...
" Jomlah Naik. Takpe, saya ada sebelah awak okay.." kata Erika lagi cuba meyakinkan suaminya itu. Tak sangka suaminya itu mempunyai kelemahan seperti orang biasa. Luar jer nampak ganas tapi hati banyak lembut maa...
Akhirnya roller coaster yang dinaiki mereka tiba pada penamat, walaupun Xander berasa pening dan loya seperti yang dijangka, dengan Erika yang sentiasa berada di sisi mampu menenangkan Xander.
Kemudian, mereka banyak meluangkan masa untuk bergambar semasa di Hong Kong Disneyland pada hari itu.
To be continued...Sorrylah, rasanya bab kalini membosankan sikit. Author akan cuba buat yang lagi better untuk bab yang seterusnya okay, tapi korang pun rajin-rajinlah comment yerr. Sayonara!!
Comments and vote okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...